Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 14 June 2020

...is there a cover-up in China?

Archive : 23rd March 2020


The coronavirus conspiracy: is there a cover-up in China?

Arkib : 22 Mac 2020

MENGAPA VIRUS DAN WABAK PENYAKIT SERING MUNCUL DARI CHINA?

Oleh : Amir Asyraf Alwi

Baru-baru ini timbul beberapa persoalan yang agak ironi berkenaan wabak koronavirus. Persoalan itu adalah tentang "mengapa China sering menjadi pusat atau tempat pilihan virus-virus ini untuk lahir dan menyebar".

Pelbagai teori dan konspirasi dikemukakan, bermacam bentuk andaian falasi dan saintifik melintas di ruangan suapan berita Facebook. Aku tak mampu mengemukakan penjelasan yang saintifik kerana ia bukan bidang kemahiran aku, namun dari segi geografi dan sosiologi, kelaziman fenomena yang melanda China ini juga amat berkait rapat dengan budaya masyarakat China sendiri.

Sebenarnya dunia tidak perlu menunggu kerajaan China melaksanakan pembersihan populasi ala "Thanos" pun untuk mencetuskan wabak ini. Gaya hidup dan budaya masyarakat China sendiri pun sudah cukup untuk mencetuskan pelbagai jenis virus pembunuh. Sebenarnya bukan di China sahaja, malahan benua Asia dan Afrika dianggap sebagai "pusat penetasan virus" sejak zaman berzaman.

Bencana wabak Selsema Asia pada tahun 1956 telah mengorbankan antara satu hingga empat juta orang di seluruh dunia. SARS pada tahun 2002 menjangkiti 8,098 dan membunuh 774 orang di 17 daerah. H7N9 menyerang sepuluh tahun kemudian menyebabkan sekurang-kurangnya 1,223 orang dan membunuh empat daripada sepuluh orang.

Kini, COVID-19 yang lebih ringan, namun, setakat masa artikel ini ditulis pada 22 Mac 2020, virus yang amat mudah dijangkiti ini telah menyerang dengan mencatatkan lebih daripada 275,577 kes di seluruh dunia, virus ini turut mencatatkan 11,280 jumlah kematian dengan 91,358 kes dilaporkan telah berjaya sembuh.

Doktor muda Li Wenliang cuba memberi amaran kepada orang lain tentang cetusan coronavirus. Dia 'diberi ganjaran' dengan ugutan kasar oleh pihak polis. Li kemudian dijangkiti COVID-19 dan meninggal dunia pada minggu pertama bulan Februari. Baik, ini mungkin antara faktor yang menimbulkan pelbagai persepsi terhadap kerajaan komunis China.

Kesemua bencana yang disebut di atas adalah berasal dari China. Mengapa?

Dr. Steven Novella menyatakan pendapat beliau melalui salah satu episod Skeptics' Guide to the Universe.

"Apa yang berlaku bukanlah misteri yang besar, terlalu banyak populasi tumpuan yang sentiasa ada hubungan/sentuhan langsung dengan pelbagai spesies haiwan yang berpotensi menjadi bekas takungan, dan mereka tidak mengamalkan disiplin kebersihan. Ini adalah resipi untuk melahirkan jenis virus ini."

China Selatan-Tengah umpama "penyebar/pembawa tercampur" bagi suatu virus, Dr. Peter Daszak, Presiden EcoHealth Alliance menyatakan. Terdapat banyak ladang penternakan khususnya ternakan ayam dan babi, dengan tahap kebersihan yang terhad dan kekurangan dari segi pengawasan. Petani akan membawa ternakan mereka ke pasar basah di mana mereka berhubung dan bersentuh dengan pelbagai jenis haiwan eksotik.

Pelbagai jenis burung, mamalia, dan reptilia menjadi "perumah" virus yang boleh berpindah spesies dan mudah bermutasi, bahkan berpotensi menjangkiti manusia. Pakar-pakar yakin inilah yang berlaku ketika Koronavirus COVID-19 tercetus dan merebak hari ini, itulah puncanya pada 30 Januari, kerajaan China mengeluarkan perintah sekatan sementara berkaitan perdagangan haiwan liar.

FAKTOR BUDAYA PRIMITIF DAN TRADISI

Penyakit koronavirus, yang dikenali sebagai COVID-19, merupakan ancaman global yang mengerikan dan baru sahaja muncul sebagai penyakit berjangkit. Walaupun manusia sangat berpengalaman menghadapi epidemik sepanjang sejarah mereka, wabak pemusnah itu kini semakin meningkat.

Dalam tempoh masa 20 tahun yang lalu, koronavirus sahaja telah melahirkan tiga wabak utama di seluruh dunia. Lebih membimbangkan lagi, jarak masa antara ketiga-tiga pandemik ini semakin pendek.

Kebanyakan pandemik akan berkongsi sekurang-kurangnya satu perkara yang sama: Mereka dilahirkan samada di Asia atau Afrika. Yang kebanyakannya datang dari China.

Budaya berhijrah atau migrasi besar-besaran yang berlaku beberapa kali sebelum ini dalam sejarah ketamadunan manusia adalah satu sebab mengapa lebih banyak penyakit dan wabak bermula di Asia (China) dan Afrika. Pembangunan tamadun yang pesat berlaku di seluruh rantau Asia dan Pasifik, di mana 60% daripada seluruh dunia sudah hidup dan berbudaya.

Menurut Bank Dunia, hampir 200 juta orang berpindah ke kawasan bandar di Asia Timur pada dekad pertama abad ke-21. Untuk meletakkannya dalam satu perspektif, 200 juta orang boleh membentuk sebuah negara kelapan yang berpopulasi tinggi di dunia.

Penghijrahan pada skala sebesar itu bermakna banyak hutan perlu dimusnahkan untuk mewujudkan kawasan penempatan. Haiwan liar, dipaksa untuk lari lebih jauh ke pekan dan bandar, maka pertembungan dengan haiwan domestik dan manusia tidak dapat dielakkan.

Haiwan liar sering menjadi perumah untuk virus;  Kelawar, sebagai contoh, boleh membawa beratus-ratus virus. Dan virus boleh melompat dari satu spesis ke spesis yang lain, lalu akhirnya boleh menjangkiti manusia.

Sesungguhnya, pembangunan yang melampau boleh mencipta kitaran hidup yang ganas. Semakin bertambah populasi manusia, semakin bertambah projek-projek membotakkan hutan, perkembangan spesis manusia dan kehilangan habitat akhirnya membunuh spesis pemangsa, termasuk yang memakan tikus.

Dengan ketiadaan pemangsa atau sekurang-kurangnya dengan jumlah pemangsa yang semakin berkurangan, populasi tikus meningkat. Dan sebagaimana yang ditunjukkan melalui kajian di Afrika, begitulah juga risikonya penyakit zoonotik (selsema burung, anthrax, dan lain-lain).

Situasi yang sama pernah berlaku kepada Eropah bila mana penganut Katolik melaksanakan tradisi tahyul iaitu pembunuhan kucing pada skala besar kerana tuntutan Paus Gregory IX yang mendakwa kucing sebagai binatang tidak suci yang merupakan jelmaan syaitan. Apabila jumlah kucing semakin berkurangan, jumlah tikus bertambah, itu antara punca merebaknya wabak Black Death.

Situasi semasa kelihatannya akan bertambah buruk. Sebahagian besar penduduk Asia Timur masih hidup di kawasan luar bandar. Pembangunan dijangka akan berterusan selama beberapa dekad mendatang.

Kawasan-kawasan tropika yang kaya dengan kepelbagaian biodiversiti, telah sedia menyimpan kumpulan patogen yang besar, meningkatkan kemungkinan besar patogen novel akan muncul.  Sistem pertanian di seluruh Afrika dan Asia tidak membantu.

Di kedua-dua benua, kebanyakan keluarga bergantung kepada pertanian sebagai sumber sara hidup dan ladang haiwan ternakan yang kecil. Kawalan penyakit, makanan suplemen dan perumahan untuk haiwan-haiwan itu amatlah terhad. Lembu, ayam dan babi, yang boleh membawa penyakit endemik, sering bersentuhan antara satu sama lain, dengan pelbagai haiwan non-domestik dan juga manusia.

Bahkan bukan setakat di ladang-ladang, malahan pasar haiwan hidup adalah tempat biasa di seluruh Asia dan Afrika, dengan keadaan yang penuh sesak dan pencampuran intim pelbagai spesies, termasuk manusia. Ini juga memainkan peranan penting dalam bagaimana patogen pembunuh boleh muncul dan pantas menyebar di antara spesis.

Lain-lain risiko: memburu dan menyembelih haiwan liar di hutan, satu aktiviti yang sangat meluas di sub-Sahara Afrika. Oleh kerana aktiviti-aktiviti ini mengancam spesis haiwan liar dan menyebabkan perubahan ekosistem yang tidak boleh lagi diubah kembali keadaannya yang asal, ia juga membawa pertembungan di antara manusia dan haiwan liar untuk bercampur bersama. Pemburuan haiwan hutan liar adalah laluan yang mudah, jelas dan paling utama untuk penyebaran penyakit zoonotik.

KESALAHAN UBATAN TRADISIONAL CINA

Begitu juga dengan perubatan tradisional Cina, yang kononnya bertujuan untuk memberikan penawar kepada pelbagai keadaan dan masalah seperti arthritis, epilepsi dan disfungsi ereskil. Walaupun tiada sebarang bukti saintifik wujud untuk menyokong keberkesanannya, orang Asia adalah pengguna terbesar produk ubatan tradisional Cina.

Apabila diserang penyakit, kebanyakan orang Asia terutamanya orang Cina memilih ubatan tradisional Cina, di mana sering berlaku kes para pengamal perubatan tradisional Cina kerap melakukan kesalahan dalam diagnosis gejala, kemudian menawarkan rawatan akupuntur dan ubatan berasakan herba atau haiwan yang langsung tidak efektif sebagai rawatan.

Ia bahkan meningkatkan kadar kematian secara drastik semasa wabak dan membiarkan individu yang dijangkiti kembali bercampur dengan masyarakat di mana mereka akan menjangkiti lebih ramai orang. Industri perubatan tradisional di China jelas telah terpesong dengan mempromosikan cecair yang tidak terbukti terdiri daripada peraman anggur, herba/skullcap Cina, dan menyapu forsythia sebagai rawatan untuk COVID-19.

Harimau, beruang, badak, pangolin dan spesies haiwan lain diburu dan dipotong-potong bahagian tubuh mereka supaya boleh diadun dengan bahan ubat-ubatan yang dipersoalkan ini. Ini juga merupakan penyumbang utama untuk meningkatkan interaksi haiwan-manusia.  Lebih-lebih lagi, apabila berlaku peningkatan permintaan, memandangkan pasaran dalam talian melonjak seiring dengan pertumbuhan ekonomi tanpa henti Asia

Virus, dengan beribu-ribu jenis penyakit, terus berkembang. Ia hanya soal takdir dan waktu sebelum satu lagi wabak besar tercetus di rantau ini di dunia. Semua coronavirus yang menyebabkan kemunculan wabak baru-baru ini, termasuk COVID-19, berpindah dari kelawar ke haiwan lain sebelum menjangkiti manusia.

Agak sukar untuk meramalkan dengan tepat struktur rantaian kejadian yang menyebabkan wabak pandemik, tetapi satu perkara yang pasti: risiko-risiko ini dapat dikurangkan sekiranya langkah serius dalam merangka strategi untuk meminimumkan kesan pembangunan oleh manusia yang menyumbang kepada gangguan sistem ekologi dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak dari pemerintah tertinggi, ilmuwan, saintis, pakar perubatan, pesakit, hinggalah ke masyarakat awam khususnya.

Sebagai mana lazimnya suatu wabak, ia adalah penyakit berjangkit yang bermula di satu bahagian dunia dan mampu tersebar ke seluruh dunia dalam sekelip mata.

LANGKAH PENCEGAHAN ASAS

Saat ini sepatutnya sudah ada keperluan yang mendesak untuk merancang strategi pemuliharaan yang membina untuk mencegah penebangan hutan dan mengurangkan interaksi haiwan-manusia.

Sistem pengawasan global yang komprehensif untuk memantau kemunculan penyakit-penyakit ini adalah sesuatu yang amat diperlukan dalam membantu kita melawan wabak yang mematikan dan menakutkan ini.

Namun, yang masih menjadi persoalan, bagaimanakah kerajaan China yang pada dasarnya dianggap patut bertanggungjawab, akan melaksanakan dasar tertentu yang bertujuan sebagai pencegahan wabak pada masa hadapan?

Aku percaya semua orang bersetuju jika pelaksanaan langkah-langkah asas yang berikut diambil secara serius :

• Sekatan secara menyeluruh aktiviti perdagangan haiwan eksotik di pasar awam.

• Mengharamkan terus amalan memakan binatang hidup-hidup dan mentah.

• Memulakan penguatkuasaan peraturan keselamatan makanan dan perubatan, bermula dengan menolak penggunaan ubat tradisional Cina.

• Merangka akta dan perundangan khusus bagi melindungi haiwan liar dan alam sekitar di bawah undang-undang sivil.

Namun bagi kita semua selaku rakyat Malaysia, apa yang perlu dilakukan pada saat ini ialah bersatu padu dan hanya mematuhi arahan pemerintah dengan memberi kerjasama sepanjang tempoh Restriction Movement Order (Perintah Kawalan Pergerakan) ini.

Tak susah mana pun, setakat duduk di dalam rumah dan elakkan keluar tanpa urusan penting hingga bercampur dengan orang ramai tanpa penjarakkan sosial.

Cetusan wabak pandemik dan sewaktu dengannya yang berlaku setiap abad, boleh diibaratkan sebagai fasa klimaks dalam satu kitaran alam yang digerakkan manusia sendiri dengan merosakkan kestabilan alam sekitar.

Namun wabak ini terus berulang setiap abad walaupun manusia sudah berpengalaman menghadapi wabak penyakit sejak ribuan tahun yang lalu kerana manusia sendiri yang membangun secara tidak teratur

Tiada gunanya kita merangka pelbagai strategi yang bernas untuk memulihara ekosistem dan mengubah budaya pemakanan demi menghentikan kitaran alam tidak sihat yang sering berulang setiap abad ini sekiranya kita sendiri tidak mematuhi peraturan mudah yang ditetapkan kerajaan demi kebaikan diri kita sendiri.

#Covid19
#StayInYourHome

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...