Arkib : 14 April 2020
Kemelesetan Ekonomi Tahap Global
Peringatan Mesra Buat Semua
Bank Dunia dengan rasminya mengumumkan kemelesetan ekonomi tahap global.
Seperti yang dijangkakan. Kita sekarang berada dalam fasa kemelesetan ekonomi tahap global dengan kemelut covid-19 di mana semua bisnes di seluruh dunia menutup sementara operasi mereka.
Bank Dunia juga berkata yang kemelesetan ekonomi ini mungkin lebih teruk dari krisis kewangan tahun 2008/09.
Jadi negara mana yang dapat keluar dari kemelut covid-19 paling cepat maka negara itu akan dapat pulih lebih cepat.
Bank Dunia menjangkakan paling cepat ekonomi dunia akan pulih 2021.
Sebab itula Bank Negara Malaysia dan Kerajaan Malaysia memberikan 6 bulan moratorium kepada kita semua. Bukan 1/2 bulan sahaja.
Harga untuk 6 bulan moratorium ini adalah sebanyak RM100 billion. Sangat luar biasa tau!!!
Sekarang bukanlah masa untuk bergaduh antara golongan-golongan T20/M40/B40, siapa dapat lebih siapa dapat kurang, nak amik morotorium ke tak atau “panic buying”.
Sekarang adalah masa untuk kita menilai semula tahap kewangan dan bukannya panic buying kita sepatutnya buat panic savings.
Kepada yang masih ada pekerjaan bersyukur dan dalam masa sama tawakal. Jangan rasa selesa. Sebab apa-apa pun boleh terjadi.
- Potongan gaji.
- Diberhentikan kerja.
Anda kena bersedia mental dan fizikal. Banyak bisnes tak kira besar atau kecil terjejas. Ada yang kemungkinan akan kecilkan bisnes atau gulung tikar.
Sekarang adalah masa untuk kita tingkatkan simpanan tunai (cash reserves) kita dan potong benda-benda yang tidak diperlukan.
Buat perkiraan balik berdasarkan Keperluan Vs Kehendak.
Sebab kita pun tidak tahu berapa lama lagi PKP ni. Ramai menjangkakan yang PKP akan dilanjutkan lagi hingga sampai Ramadhan.
Kenapa?
Berdasarkan satu kajian oleh JP Morgan, COVID-19 akan memuncak pertengahan April iaitu tarikh penambahan tempoh PKP kita.
Jika kita lihat sekarang, semakin ramai orang yang kena jangkitan corona ini.
Apa yang dapat saya pesan adalah:
- Mula berjimat cermat. Tingkatkan simpanan tunai dan bijak berbelanja.
- Ambil 6 bulan moratorium yang diberikan oleh bank untuk naikkan simpanan tunai anda.
- Ambil RM500 dari KWSP tiap-tiap bulan sebagai wang kecemasan anda.
- Potong belanja-belanja yang tidak diperlukan.
- Bersyukur dengan apa yang anda ada dan bantulah mereka yang memerlukan jika anda mempunyai lebihan.
Pada saat kita pening nak masak apa hari ini, ada keluarga di luar sana yang nak beli susu anak pun duit tak ada 😠apatah lagi nak hidang makanan.
Bersyukurlah kawan-kawan jika anda masih ada bumbung di atas kepala, beras di rumah. Kerana ada yang tidak bernasib baik seperti anda.
sharing is caring🌹
#stayatHome
#stopcovid19
No comments:
Post a Comment