Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 2 June 2020

Mereka juga mangsa...

Arkib : 25 Mac 2020

Mereka juga mangsa kepada keadaan

Saya tahu ramai yang sedang salahkan jemaah Tabligh.

Dan saya faham ini ialah kerana kluster terbesar kes Covid dalam Malaysia ialah dari perhimpunan 16,000 orang Tabligh pada 27hb Feb hingga 1 Mac.

Dua hari dahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah pun menasihatkan orang ramai tidak mendiskriminasi dan menyalahkan jemaah tabligh, sebaliknya membantu mengesan mereka serta kontak dalam usaha membendung penularan COVID-19.

Bukan jemaah Tabligh pun yang mahu dijangkit virus. Mereka juga mangsa.

Dan mereka tidak pernah menyalahi apa-apa undang-undang kerana mereka memohon dan mendapat lulusan penuh dari pihak-pihak berkuasa termasuk pihak polis dan pihak DBKL di bawah kerajaan PH masa itu.

Pihak polis pun tak salah memberi kelulusan pada 12 Feb 2020 (seperti dalam surat) kerana masa itu, kerajaan PH tak pernah menghalang perhimpunan umum besar-besaran atau menaikkan status amaran negara.

Tengok kronologi ini:

29 Jan 2020: Tiada halangan untuk perhimpunan, persidangan, kata TPM

7 Feb 2020: Singapura naikkan status amaran Virus Corona jadi Oren
Singapore raises coronavirus outbreak alert to Orange

8 Feb 2020: Malaysia tak akan naikkan status amaran seperti Singapura.
Malaysia will not increase virus alert status, says Wan Azizah

11 Feb 2020: Covid-19: WHO beri amaran kepada Malaysia dan negara serantau (Bagi menjawab WHO, Menteri Kesihatan PH masa itu kata keadaan di Malaysia adalah terkawal)

12 Feb 2020: PDRM memberi lulusan untuk acara Tabligh di Masjid Seri Petaling. (surat) kerana kerajaan PH tak pernah halang perhimpunan besar dan tak pernah naikkan status amaran seperti negara Singapura.

24 Feb 2020: Lid naik belon panas untuk melancaran Fiesta Belon udara antarabangsa 2020.

27 Feb hingga 1 Mac 2020: Perhimpunan tabligh 16,000 orang berlangsung.

29 Feb 2020: Muhyiddin dilantik PM.

2 Mac 2020: PH umum mereka telah lancarkan jelajah serta ceramah seluruh negara untuk melawan kerajaan PM8 (jelas menunjukkan PH tak pernah bantah atau ada niat untuk haramkan perhimpunan umum besar-besaran.

10 Mac 2020: Kes Covid pertama jemaah Tabligh dikesan.

Sebab itu, jangan salahkan Tabligh lagi kerana mereka tak menyalahi apa-apa undang-undang dan mereka mendapat kelulusan penuh dari kerajaan masa itu.

Tapi apa yang penting sekarang ialah semua jemaah Tabligh yang pernah hadir acara itu memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk memberitahu siapa yang mereka pernah berhubung dengan dan ke mana mereka pernah pergi sejak acara itu.

Dan juga orang ramai yang pernah berhubung atau ada kontak dekat dengan ahli jemaah Tabligh yang hadir pada acara itu dikehendaki untuk berhubung dengan KKM untuk disaring serta-merta.

Yang lain, teruskan untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan untuk duduk di rumah.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...