Arkib : 24 Mei 2020
Manhua : Komik Hong Kong
*Soalan ini sebenarnya di tanya pada saya yang datang daripada seorang ahli group Manga..tapi sebab ia berkaitan Manhua..jadi lebih baik saya switch jawapannya di sini..harap beliau juga dapat melihatnya..juga kerana soalan ini banyak dibincangkan oleh ahli group dan sentiasa bermain-main di minda kita..
Sebelum saya jawab soalan ini..saya juga akan bertanya..Apakah benar remaja sekarang sudah hilang minat pada Manhua..?..Apakah benar juga zaman Manhua sudah berakhir..?
Benar..jika dilihat pada hakikat dan realiti sekarang..sememangnya jawapan itu sudah kita ketahui..namun begitu mengapakah ia terjadi..?
Sebelum kita memberi alasan yang esklusif tentang Manhua..biar kita jawab mengenai alasan overall yang popular dan berlaku pada zaman ini mengapa hobi bacaan komik kian pudar oleh remaja sekarang..
- Kerana zaman ini zaman teknologi dan gadjet jadi remaja sekarang kurang memberi tumpuan berbanding remaja zaman 80-90an dahulu yang tak banyak hiburan teknologi seperti sekarang.
- Pada zaman dahulu..Televisyen dan buku menjadi medium utama hiburan dalam hobi yang indoor (dalam rumah)..
- Pasaran Manhua tidak sebesar pasaran Manga dan komik US..ini juga betul..
Bermacam lagi sebenarnya jawapannya..jika kita nak senaraikan mungkin berbelas or berpuluh jawapan general sebegini..
tapi focus jawapan saya di sini bukanlah jawapan overall tersebut..tapi jawapan esklusif ini..
Antara punca-punca mengapa Manhua tidak berjaya menarik pembaca remaja kini adalah :-
1.Genre Yang Tidak Dipelbagaikan Dipasaran.
- Sebelum saya ceritakan isinya..lebih baik kita mengenal dahulu genre-genre utama yang ada dalam bidang Manga.
1. Shonen (remaja) - contoh Manga : Dragon Ball, One Piece, Naruto, Bleach dan lain-lain.
- ia dikelaskan untuk pembaca yang berumur remaja dalam 12 tahun ke atas.
- lukisan yang standard, kemas dan comel.
- plot cerita yang ceria dan tidak terlalu serius.
- ada aksi sederhana dan serius.
2. Seinen (dewasa) - contoh Manga : Berserk, Vagabond dan lain-lain.
- ia ditujukan kepada pembaca dewasa dan matang.
- lukisan matang/ganas/artistik dan lain-lain.
- plot cerita lebih berat dan serius.
- aksi serius.
3. Shojou (wanita) - contoh Manga : Nana, Boy Over Flowers dan lain-lain.
- sasaran kepada pembaca kaum Hawa.
- lukisan ke arah feminin.
- plot cerita banyak berkisarkan cinta dan sewaktu dengannya.
4. Kodomomuke - contoh Manga : Doraemon, Shin Chan, Yokai Watch dan lain-lain.
- Untuk pembaca paling muda iaitu kanak2 (10 tahun ke bawah).
- lukisan ringkas dan comel.
- plot cerita mudah, lawak dan ceria.
Jika anda faham genre di atas anda sudah ada jawapannya..ya kerana boleh kita lihat genre yang ada dalam Manhua 99% adalah jenis Seinen (dewasa). Bila dah namanya Seinen maka ia sukar untuk menarik pembaca remaja yang muda.
Tapi mengapa pula remaja zaman 80-90an boleh tertarik baca Manhua ni walaupun seinen..?..Persoalan jugak tu,..jawapannya mudah,sebab zaman tu Manhua lah antara bacaan utama..jadi budak-budak zaman tu hadap jelah walau macamana pun jenis komik tersebut..semasa itu pasaran Manga masih lagi belum menguasai negara kita..yang cuma ada majalah-majalah Lawak dan juga komik-komik melayu lama..jadi kedatangan Manhua memberikan dimensi baru dalam industri komik negara yang membuatkan remaja teruja..tambahan dengan lukisan-lukisan yang dilihat cun dan moden..
Pentingnya genre Shonen (remaja) ini sebenarnya ia bukan sahaja menarik remaja..tapi ia menarik ‘overall’ peringkat umur dari Kodomomuke (kanak-kanak) hingga ke Seinen (dewasa)..malah genre ini juga mampu menarik pembaca jenis Shojou (gadis) juga..lihat...!!..Walaupun satu genre..tapi ia sebenarnya merangkumi 4 genre di dalamnya.
Jadi tak pelik jika di dalam ranking jualan manga dunia genre Shonen menguasai 9/10 Manga paling laris sepanjang zaman kerana ia menarik ke semua peringkat umur dan jantina untuk membacanya. Oleh itu, boleh kita katakan punca kejatuhan Manhua adalah kurang berupaya menarik 3 golongan daripada 4 tersebut..remaja, wanita dan kanak-kanak.
Sebenarnya cara ini banyak juga d isedari oleh artis-artis Manhua. Oleh yang demikian kita lihat ada Manhua yang strokenya seakan Manga untuk di pelbagaikan dalam pasaran. Ini boleh kita lihat dalam komik seperti Jaguh Layang (karya awal Wyl), Dunia RX serta karya-karya Andy Seto. Tapi ianya tak banyak sangat. Malah manhua jenis Shojou (gadis) dan cinta boleh kata tak ada langsung. Yang popular dahulu Feel 100% itu pun dikatakan adalah komik Taiwan.
2. Tema yang Kurang Dipelbagaikan.
- Ini pun boleh kita kata memainkan peranan kekurangan pilihan pembaca. Boleh kata hampir 99% Manhua dalam pasaran juga adalah bertema aksi. Berbanding dengan bidang Manga dan komik US yang mengklafikasikan tema masing-masing.
Antara contohnya :-
- Tema Aksi - contoh genre aksi Shonen dan Seinen. 50%
- Tema Horror - contoh karya Junji Ito. 10%
- Tema Penyiasatan/Detektif - contoh Detektif Conan. 5%
- Tema Komedi -contoh Dr slump. 10%
- Tema Romantik/Cinta - contoh Manga Shojou. 10%
- Tema Sukan - contoh Manga Slam Dunk. 5%.
Jadi di sini pasaran pembaca di sempitkan berbanding Manga..Manhua kehilangan pembaca 5/6 tema di atas..sebab tak ke semua pembaca yang minat tema pertarungan misalnya pembaca perempuan..mungkin juga mereka pernah mencuba untuk menerbitkan tema lain selain aksi..dan mungkin juga kurang sambutan..juga mungkin mereka kekurangan bakat-bakat penulis dalam tema-tema selain tema aksi pertarungan..
Rasanya satu-satunya tema horror yang ada dahulu dalam pasaran Manhua negara kita ialah Mingguan Misteri sahaja. Tema sukan juga sangat limited, rasanya yang ada di pasaran negara kita dalam 10 tajuk sahaja iaitu Penjaring (Bolasepak), Blade (Bola Keranjang), Raja Snuker, Gpex dan lain-lain.
*Jawapan ini tidak semestinya betul dan tepat..tapi inilah realiti yang saya lihat sepanjang berkecimpung dalam hobi membaca Manga dan Manhua sejak dari kecil lagi..memang betul dulu saya ada terbaca satu artikel..walaupun semasa itu Manhua tengah panas dan top..tapi penulis tersebut kata Manhua tak akan sustain dalam jangka waktu yang lama seperti establishnya bidang Manga selama hampir 100 tahun..mungkinlah kekurangan faktor di atas serta juga faktor pasaran yang kecil berbanding manga..
tq.
harap jawapan itu sedikit membantu.
https://www.facebook.com/groups/LegasiManhuaMalaysia/permalink/10156960331695940/
No comments:
Post a Comment