Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday 11 June 2020

Pengorbanan Anda...

Pengorbanan Anda Adalah Penghormatan Bagi Kami 

Arkib : 19 Mac 2020

Dipetik dari Facebook Eyda Sukiman

Saat kita masih lagi keluar rumah tanpa sebarang urusan penting dan tanpa rasa bersalah, ketahuilah, jiran Kekda seorang SB (Special Branch PDRM) terpaksa duduk diluar demi keselamatan anak-anak dan isterinya 😢.

Balik rumah dari bertugas terus mandi diluar rumah, tanpa masuk rumah pun. Dan duduk didalam Khemah yg beliau sendiri pasang untuk asingkan diri dari anak-anak dan isteri beliau.

Sedangkan beliau sedaya upaya mengikut step-step precaution sedaya mampu ketika bertugas diluar sana ditempat orang ramai dari terkena jangkitan virus tersebut.

Lebih memilukan, bila beliau dan pasukannya ke tempat seperti kedai di dalam kampung, rata-rata jawapan orang awam :

“Kami ni dah tua, COVID tak nak dah kat kami. Kalau kena pun memang nak mati dah dengan usia kami ni.“

Orang yang cakap macam ini dia tak tahu kot macam mana keadaan meninggal dengan sakit COVID19 ini hmmm.

Belum lagi part orang ramai masih bawak anak-anak keluar pegi beli barang macam takde apa-apa.

Sebak pilu tengok para FRONTLINERS usaha betul-betul untuk kekang situasi ni dari jadi makin teruk. Tapi rakyat / orang awam, masih ada yang tak cakna dan tak peduli.

SELFISH ! Tolonglaa saat korang masih berpeluang duduk bersama keluarga, ingat barisan hadapan negara yg terpaksa berkorban sebegini rupa untuk kesejahteraan kita semua.

TOLONG, TOLONG PRIHATIN 🙏🙏😞

**Buat jiran Kekda, Abg Din, anda adalah hero negara. Buat Kak Ta dan anak-anak, sesungguhnya kalian adalah insan yang hebat . Kalian semua adalah yg terhebat 🙏♥️.

#KekdaShare
#StayAtHomePlease

https://www.facebook.com/270326046661954/posts/1240871892940693/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...