Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 11 June 2020

CADANGAN MEMBANGUNKAN....

CADANGAN MEMBANGUNKAN VAKSIN COVID-19 BERASASKAN AIR TANAH

Arkib : 19 Mac 2020

SURAT TERBUKA KEPADA KERAJAAN


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Ke Hadapan :

YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
YB Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham bin Baba
YB Menteri Hal Ehwal Agama,
Dato' Seri Dr Hj Zulkifli Mohamad Al- Bakri
Ketua Pengarah Kesihatan,
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah,

CADANGAN MEMBANGUNKAN VAKSIN COVID-19 BERASASKAN AIR TANAH

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, dan YB kerana sudi membaca cadangan saya ini. Saya juga mendoakan keselamatan dan kesejahteran kepada YAB Perdana Menteri, YB dan semua rakyat Malaysia dalam mengharungi cabaran wabak Pandemik ini.

Saya bukanlah seorang agamawan, dan bukan pula seorang ahli perubatan. Saya cuma pemuda kampung berfikiran cetek yang inginkan supaya idea saya ini diketengahkan.

Terbukti, dalam agama kita, sertu atau samak berjaya memati/menghilangkan kuman-kuman yang bahaya dan degil dari binatang seperti anjing atau khinzir atau dari keduanya. Saya telah mendengar dari ilmuan bahawa kuman dari anjing atau khinzir tersebut tidak dapat dihilangkan walaupun digunakan sabun,  sebaliknya hanya menggunakan AIR TANAH (cuma sekali cucian) dapat menghilangkan kuman dari anjing dan khinzir ini.

Jadi, pada fikiran cetek saya, virus COVID -19 ini datangnya juga dari haiwan (ular, kelawar dan lain-lain), tetapi dari segi kesucian haiwan tersebut, tidaklah seberat anjing atau khinzir. Dan saya juga terbaca dengan hanya menyuci tangan menggunakan sanitizer atau sabun, virus covid -19 ini akan hilang/mati/dinyahkan. Berkemungkinan (pada logik saya) virus covid -19 ini lebih mudah dihilangkan dengan air tanah kerana kuman dari binatang yang tidak najis. (bukan anjing dan khinzir)

Persoalannya,

Jika virus COVID -19 ini telah menyerang pesakit dan masuk ke dalam badan.

Cadangan saya :

Ini juga berbentuk rayuan saya supaya pihak kerajaan mendengar dan bertindak dengan membuat penyelidikan makmal, bagaimana boleh dikaji :

1. Apakah bahan yang ada dalam air tanah yang digunakan untuk sertu / samak itu yang menyebabkan ia dapat membunuh kuman dari anjing atau khinzir

dan

2. Mengekstrak bahan tersebut ke dalam bentuk cecair sebagai Vaksin (percubaan)

seterusnya

3. Membuat penyelidikan makmal samada ekstrak ini berjaya memati/menghilangkan virus COVID -19 ini dengan cara disuntik, diberi makan atau dilarutkan melalui mesin bantuan pernafasan(ventilator).

Saya merasakan bahawa cubaan ini patut dilakukan kerana tidak melibatkan kos yang tinggi. Hanya tanah (cuma mungkin boleh dipelbagaikan jenis tanah ).

Dengan nasihat agamawan dan kepakaran ahli perubatan, saya mengharapkan cubaan ini dapat dilaksanakan. Saya tidak malu dikatakan mengusulkan idea tidak masuk akal/bodoh kerana saya masih menyanjungi ajaran agama kita dalam bab sertu yang terbukti berkesan, bersih, sihat dan berpahala sekira mengamalkannya.

Walaupun (sekiranya) keputusan kajian ini gagal, kita tidak kerugian berjuta ringgit tetapi kalau kita tidak mencuba, itu mungkin kerugian yang lebih kerana bagi saya GAGAL SETELAH MENCUBA LEBIH BAIK DARI TIDAK MENCUBA.

Sekian, sekali lagi saya mengharapkan agar pihak kerajaan dapat mencuba, membangunkan vaksin berasaskan tanah ini.

Terima Kasih atas perhatian YAB PERDANA MENTERI dan YB Menteri.

KAMARULZAMAN HASHIM,
TAIPING, PERAK

19/03/2020 @10pm

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...