Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
PKPB ganti dgn PKPP
Mulai 10 Jun - 31 Ogos 2020, Merentas negeri dibenarkan, Kecuali melibatkan kawasan PKPD. Hampir semua aktiviti dibenarkan, Kecuali Bar, kelab malam, kenduri kendara, rumah terbuka, pusat refleksologi, tempat perhimpunan ramai, masih tidak dibenarkan dan mesti patuhi SOP.
Sumber : Perdana Menteri, 7 Jun 2020, jam 3 petang, RTM
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan PKPP 10/06/20 - 31/08/2020
1. Rentas negeri dibenarkan.
2. Gunting rambut dibenarkan.
3. Pasar pagi/petang/siang/malam dan gerai-gerai yang bukan restoran dibenarkan.
4. Dobi layan diri, kolam mancing dibenarkan.
5. Aktiviti sukan yang tak melibatkan sentuhan badan dibenarkan.
6. Berbasikal dan konvoi motorsikal dibenarkan.
7. Sukan yang ada sentuhan tidak dibenarkan lagi.
8. Pelancongan domestik dibenarkan.
9. Sempadan negara masih ditutup.
10. Sambutan Hari Raya Aidiladha dibenarkan.
11. Solat berjemaah dilonggarkan dengan membenarkan lebih ramai. Akan diumumkan nanti.
12. Sekolah akan dibuka secara berperingkat. Pengumuman akan dibuat nanti.
13. Waktu operasi perniagaan seperti biasa dengan norma baru.
14. Pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat karaoke, taman tema, kenduri, rumah terbuka masih belum dibenarkan.
Alhamdulillah. Tahniah kepada semua rakyat Malaysia. Mari kita bangunkan kembali ekonomi.
Jangan lupa norma baru kita. Sentiasa basuh tangan dan gunakan hand sanitizer serta penjarakan sosial.
#KISAHMASYARAKAT
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun hingga 31 Ogos 2020
🇲🇾 Menggantikan PKPB
🇲🇾 Perjalanan rentas negeri dibenarkan mulai 10 Jun (kecuali melibatkan kawasan-kawasan PKPD)
🇲🇾 Hampir semua aktiviti dibenar beroperasi semula (kebenaran secara berperingkat & mesti mematuhi SOP)
🇲🇾 Aktiviti komersial bukan dalam premis niaga dibenarkan (liputi dobi layan diri, penggambaran filem dan mesyuarat yang. mematuhi SOP)
🇲🇾 Sukan dan rekreasi dibenarkan kecuali pertandingan (tiada larangan terhadap aktiviti sukan yg. tidak melibatkan sentuhan badan)
🇲🇾 Perhimpunan di stadium masih dilarang (sukan renang masih tidak dibenarkan)
🇲🇾 Pelancongan domestik dibenarkan semula (sempadan negara masih ditutup)
🇲🇾 Ibadah korban dibenarkan mengikut SOP (kelonggaran lebih ramai solat berjemaah sedang diperhalusi)
🇲🇾 Sekolah akan dibuka berperingkat (pengumuman terperinci dibuat KPM sedikit masa lagi)
🇲🇾 Larangan terhadap aktiviti tertentu masih berterusan (liputi pusat refleksologi, kelab malam, karaoke, kenduri dan rumah terbuka)
No comments:
Post a Comment