Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 9 June 2020

05 Jun 2020

Intipati Perutusan Khas PM Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek pada 5 Jun 2020
  • Lebih banyak sektor akan dibuka jika SOP PKPB terus dipatuhi
  • Kadar pengangguran di Malaysia pada paras 3.9 peratus
  • Ekonomi Malaysia dijangka menguncup suku kedua tahun ini
  • Langkah kerajaan dan disiplin rakyat berjaya bendung 80 peratus kes COVID-19 pulih sepenuhnya
  • Pemulihan ekonomi yang lebih menyeluruh Pelan Pemulihan Ekonomi Kerajaan akan beri fokus kepada enam tahap utama bagi merancakkan semula pembangunan ekonomi negara
  • Pakej rangsangan ekonomi kerajaan berjaya selamatkan 2.4 juta pekerjaan
  • 12.7 juta atau 83.5 peratus pekerja mula bekerja pada Jun 2020, berbanding 10.2 juta atau 67.2 peratus pada 17 Mei lepas.
  • Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) berfungsi sebagai langkah segera untuk bangun dan rancakkan semula ekonomi negara untuk jangka masa pendek
  • Kerajaan perkenal Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan tema Bersama Menjana Ekonomi, merangkumi 40 inisiatif bernilai RM35 bilion.
  • Insentif bagi menggaji penggangur berumur di bawah 40 tahun sebanyak RM800 sebulan bagi setiap pekerja;
  • Insentif bagi menggaji penganggur berumur 40 tahun dan ke atas dan golongan OKU sebanyak RM1,000 sebulan.
  • Elaun latihan sehingga RM4,000 boleh dituntut daripada PERKESO oleh mereka yang hilang pekerjaan, walaupun mereka bukan pencarum di bawah Skim Insurans Pekerjaan.
  • Insentif kepada majikan yang menyediakan peluang perantis kepada lepasan sekolah dan graduan pada kadar RM600 sebulan.
  • Kerajaan akan memperuntukkan RM2 bilion bagi program peningkatan kemahiran untuk mereka yang sedang menganggur dan juga golongan belia. Ini akan memanfaatkan lebih daripada 200 ribu orang.
  • Bagi golongan belia, ini termasuklah program latihan dan penempatan (place and train), pelaksanaan kursus jangka pendek di institusi-institusi terpilih dan subsidi latihan.
  • Kerajaan akan melaksanakan program peningkatan kemahiran (upskilling) di dalam industri penting seperti elektrik, elektronik serta teknologi maklumat dan komunikasi dan menggalakkan penyambungan pembelajaran melalui kursus jangka pendek dan subsidi latihan.
  • Sebanyak RM75 juta akan diperuntukkan bagi langkah-langkah berikut:
oPertama : Geran sejumlah RM50 juta dalam bentuk dana padanan akan diperuntukkan bagi platform ekonomi gig untuk mencarum bagi pekerjanya di bawah Skim Bencana Pekerjaan PERKESO dan Skim i-Saraan KWSP; dan

oKedua : Peruntukan sebanyak RM25 juta kepada MDEC bagi program Global Online Workforce (GLOW) yang bertujuan untuk membimbing rakyat Malaysia menjana pendapatan dalam talian melalui pelanggan antarabangsa.
  • Pengecualian cukai pendapatan sehingga RM5,000 kepada pekerja yang menerima manfaat dalam bentuk telefon bimbit, komputer riba atau tablet daripada majikan.
  • Kerajaan akan memberikan geran kepada pengendali taska untukmematuhi dan melaksanakan SOP yang ditetapkan. Selain itu, e-Baucar akan disediakan untuk perkhidmatan pengasuh kanak-kanak yang ditempah dalam talian dan juga insentif cukai pendapatan individu untuk yuran yang dibayar kepada taman asuhan dan taman didikan kanak-kanak sehingga RM3,000
  • Program MY30 di mana pengguna hanya perlu membayar RM30 sahaja sebulan untuk menikmati pas perjalanan tanpa had bagi pengangkutan awam di bawah seliaan Prasarana di Lembah Klang. Inisiatif ini terbuka kepada semua warganegara dan akan berkuatkuasa mulai 15 Jun hingga hujung 2020.
  • 300,000 OKU dan ibu tunggal yang tersenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat layak menerima bantuan one-off sebanyak RM300 bagi mengurangkan beban mereka. Bayaran ini InshaAllah akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha
  • Kerajaan dengan kerjasama syarikat swasta akan menjalankan kempen “Shop Malaysia Online” bagi menggalakkan rakyat berbelanja secara atas talian, di mana kod promosi dan pelbagai baucar diskaun akan diberi melalui platform e-dagang
  • Bagi PKS dan syarikat di peringkat pertengahan atau mid-tier companies, Kerajaan akan meneruskan pemberian geran dan pinjaman berjumlah RM700 juta untuk membolehkan lebih banyak syarikat melanggan atau menggunakan perkhidmatan digitalisasi. Ini termasuk :
oPertama : RM100 juta Geran Padanan Digital PKS yang akan disediakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi;
oKedua : RM500 juta di bawah Dana Transformasi Teknologi PKS sebagai pinjaman mudah; dan
oKetiga : RM100 juta Geran Automasi Pintar, di mana setiap syarikat yang layak akan menerima geran sehingga RM1 juta
  • Pembiayaan Mikro PENJANA dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional dan TEKUN Nasional bagi pembiayaan sebanyak RM400 juta di mana RM50 juta akan dikhususkan kepada usahawan wanita
  • Rebat cukai pendapatan sehingga RM20,000 bagi setiap tahun untuk tempoh tiga tahun taksiran pertama tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Rebat cukai pendapatan ini diberikan kepada syarikat baharu yang ditubuhkan dan beroperasi antara 1 Julai 2020 dan 31 Disember 2021
  • Pengecualian duti setem ke atas surat cara berkaitan percantuman atau pemerolehan bagi transaksi yang disempurnakan antara 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021.
  • Pengecualian duti setem akan diberikan ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman yang bernilai antara RM300,000 hingga RM2.5 juta. Pengecualian duti setem ke atas 14 suratcara pindah milik adalah terhad kepada RM1 juta pertama nilai rumah kediaman tersebut manakala duti setem sepenuhnya diberikan ke atas perjanjian pinjaman. Pengecualian ini akan berkuatkuasa bagi perjanjian jual beli yang ditandatangani mulai 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2021 tertakluk kepada syarat pemberian diskaun sekurang-kurangnya 10% oleh pihak pemaju
  • Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah diberikan kepada individu warganegara Malaysia ke atas pelupusan rumah kediaman yang dibuat mulai 1 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2021. Pengecualian ini dihadkan bagi pelupusan tiga unit rumah kediaman sahaja untuk setiap individu
  • Pengecualian cukai jualan sebanyak 100 peratus ke atas penjualan kereta penumpang pemasangan tempatan, dan 50 peratus bagi kereta penumpang yang diimport bagi tempoh mulai 15 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020
  • Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan dan menyeragamkan waktu operasi di Pusat Transformasi Bandar atau UTC di seluruh negara berkuatkuasa 1 Julai 2020.
  • Perniagaan di bawah industri pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan yang telah diberikan penangguhan bayaran ansuran ke atas anggaran cukai yang kena dibayar bagi tempoh 1 April 2020 hingga 30 September 2020 akan dilanjutkan tempoh penangguhan selama 3 bulan lagi mulai 1 Oktober 2020 hingga 31 Disember 2020.
  • Mengecualikan cukai pelancongan sepenuhnya bagi tempoh mulai 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021
  • Pengecualian cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penginapan yang disediakan oleh pengendali premis penginapan dilanjutkan mulai 1 September 2020 hingga 30 Jun 2021
  • Kerajaan bersetuju untuk menggubal Rang Undang-Undang COVID-19 (Langkah Sementara). Rang Undang-Undang ini merupakan pelepasan sementara atau temporary relief daripada tanggungjawab perjanjian bagi suatu tempoh yang ditetapkan.
Ringkasan [6/5, 4:17 PM] TMM : 

Intipati Perutusan Khas PM Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek pada 5 Jun 2020

📌 Lebih banyak sektor akan dibuka jika SOP PKPB terus dipatuhi

📌 Kadar pengangguran di Malaysia pada paras 3.9 peratus

📌 Ekonomi Malaysia dijangka menguncup suku kedua tahun ini

📌 Langkah kerajaan dan disiplin rakyat berjaya bendung 80 peratus kes COVID-19 pulih sepenuhnya

📌 Pemulihan ekonomi yang lebih menyeluruh Pelan Pemulihan Ekonomi Kerajaan akan beri fokus kepada enam tahap utama bagi merancakkan semula pembangunan ekonomi negara

📌 Pakej rangsangan ekonomi kerajaan berjaya selamatkan 2.4 juta pekerjaan

📌 12.7 juta atau 83.5 peratus pekerja mula bekerja pada Jun 2020, berbanding 10.2 juta atau 67.2 peratus pada 17 Mei lepas

📌 Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) berfungsi sebagai langkah segera untuk bangun dan rancakkan semula ekonomi negara untuk jangka masa pendek

📌 Kerajaan perkenal Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan tema Bersama Menjana Ekonomi, merangkumi 40 inisiatif bernilai RM35 bilion

📌 Kerajaan peruntuk RM9 billion yang memberi manfaat kepada 3 juta pekerja bagi tangani pengangguran

📌 Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) tumpu kepada tiga matlamat utama: memperkasakan rakyat, merancakkan perniagaan dan merangsang ekonomi, yang akan membawa kepada landasan pemulihan dan pertumbuhan

📌 Terdapat 40 inisiatif di bawah PENJANA bernilai RM35 bilion untuk percepatkan pemulihan ekonomi yang berdaya tahan

📌 Program Subsidi Upah bagi bantu majikan dilanjut tiga bulan lagi

📌  Setiap tahanan reman yang bakal dihantar ke penjara akan jalani pemeriksaan saringan COVID-19

📌 Daripada jumlah RM35 bilion PENJANA itu sebanyak RM10 bilion merupakan suntikan fiskal daripada kerajaan

📌 Kerajaan akan laksana program peningkatan kemahiran dalam industri penting seperti elektrik dan elektronik serta ICT

📌 Sebanyak RM75 juta diperuntukkan bantu ekonomi GIG

📌 Geran sebanyak RM50 juta dalam bentuk dana padanan akan diperuntukkan untuk platform gig ekonomi bagi pekerja yang mencarum di bawah Skim Bencana Pekerjaan PERKESO dan Skim i-Saraan KWSP

📌 Kerajaan akan beri geran kepada pengendali taska untuk patuhi dan laksana SOP disediakan

📌 Dalam usaha menggalakkan bidang freelancing MDeC akan diberi peruntukan sebanyak RM25 juta bagi program Global Online Workforce (GLOW)

📌 Kerajaan perkenal insentif pengambilan pekerja, syarikat diberi insentif kewangan untuk beri pekerjaan kepada penganggur dan belia

📌 Kerajaan akan tubuh Pasukan Petugas Pengambilan Semula Pekerjaan Nasional dipengerusikan bersama Menteri Kewangan dan Menteri Sumber Manusia

[6/5, 4:18 PM] TMM : Kerajaan Perkenal Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (#PENJANA) - PM Muhyiddin Yassin*

Rujuk Intipati Penuh PENJANA 👇👇

05 Jun 2020
#ilovepm #kerajaanpedulirakyat

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...