Petronas Penyumbang Terbesar Sewaktu Krisis COVID-19 pada tahun 2020
Petikan Berita Pertama
1. COVID-19: Pekerja PETRONAS sumbang gaji RM6.4 juta
Ahmad Tumpat
Syarikat minyak dan gas negara, PETRONAS
Lagi berita mengenai COVID-19
💟ı|ı🔥GAK☆ORG🔥ı|ı ﷽
🎶⚽️🏆ՂҼա ա๏ɾӀԺ ÍՂƑ๏🌎🌙🌹
https://www.google.com.my/amp/s/www.bharian.com.my/node/680719/amp
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kongsi info Ini:
© Astro Awani
Petikan Berita Pertama
1. COVID-19: Pekerja PETRONAS sumbang gaji RM6.4 juta
Ahmad Tumpat
Syarikat minyak dan gas negara, PETRONAS
KUALA LUMPUR: Kakitangan PETRONAS bersatu menderma RM6.4 juta menerusi inisiatif sumbangan gaji sukarela untuk disalurkan kepada Tabung COVID-19 di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Sumbangan itu disasarkan menambah dana NADMA ke arah memperhebatkan lagi tindak balas terhadap pandemik, khususnya sumbangan barangan perlu dan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk pekerja barisan hadapan serta sukarelawan.
Kempen derma itu membolehkan kakitangan memperuntukkan sebarang jumlah sumbangan melalui penolakan automatik gaji bulanan.
Bermula dengan sumbangan daripada pengurusan kanan PETRONAS yang menderma 10 peratus gaji April dan Mei 2020, inisiatif mendapat sokongan padu 9,000 kakitangan dengan RM6.4 juta berjaya diraih.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, berkata kejayaan mengatasi pandemik memerlukan usaha semua pihak, termasuk yang tidak berada di barisan hadapan melalui galakan, sifat belas dan kemurahan hati.
“Adalah menjadi harapan saya bahawa tindakan serba sederhana kami ini akan membantu golongan kurang bernasib baik semasa mereka memerlukan, selain menyediakan sokongan kepada petugas barisan hadapan memerangi COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan.
Sumbangan gaji kakitangan itu adalah tambahan kepada pelbagai sumbangan PETRONAS yang disalurkan melalui unit operasi perniagaan dan anak syarikatnya di Malaysia serta seluruh dunia, keseluruhannya berjumlah RM31.4 juta setakat 17 April lalu.
Sumbangan gaji kakitangan menjadikan keseluruhan usaha PETRONAS memerangi COVID-19 berjumlah RM37.8 juta.
Jumlah keseluruhan itu termasuk peralatan perubatan kritikal serta bekalan bernilai RM20 juta bagi membantu usaha barisan hadapan di hospital dan pusat penjagaan kesihatan yang disumbangkan oleh Yayasan PETRONAS pada 23 Mac lalu.
Lagi berita mengenai COVID-19
💟ı|ı🔥GAK☆ORG🔥ı|ı ﷽
🎶⚽️🏆ՂҼա ա๏ɾӀԺ ÍՂƑ๏🌎🌙🌹
https://www.google.com.my/amp/s/www.bharian.com.my/node/680719/amp
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Petikan Berita Kedua
🇧🇳🇲🇾🎶⚽️🏆ՂҼա ա๏ɾӀԺ ÍՂƑ๏🌎🌙🌹
COVID-19: Petronas sumbang peralatan perubatan RM20 juta kepada hospital
Isabelle Leong, Astro Awani |
Yayasan Petronas bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk memberikan sokongan kepada masyarakat pada saat genting ini.
KUALA LUMPUR: : Petronas menyumbangkan peralatan perubatan bernilai RM20 juta kepada hospital yang diwartakan bagi mencegah penularan wabak COVID-19.
Kementerian Kesihatan dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan menyalurkan peralatan dan bekalan perubatan kritikal itu kepada hospital terbabit termasuk pusat kuarantin.
Peralatan perubatan itu termasuk ventilator, katil hospital dan tilam selain kamera pengimejan termal, termometer digital, kit ujian virus, pelindung hidung dan mulut serta peralatan perlindungan peribadi (PPE).
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas, Lita Osman berkata pihaknya sangat berterima kasih kepada kakitangan perubatan dan anggota penguat kuasa yang bekerja keras untuk membendung penyebaran COVID-19.
COVID-19: RM600 juta beli peralatan perubatan, lantik kakitangan KKM baharu
“Mereka memerlukan semua bantuan, terutama sekali apabila terdapat lebih daripada 1,000 pesakit yang positif COVID-19 yang sedang menerima rawatan.
“Bersama-sama, Yayasan Petronas bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk memberikan sokongan kepada masyarakat pada saat genting ini.
“Usaha kami juga mencerminkan komitmen Petronas terhadap peningkatan kesejahteraan masyarakat," kata Lita dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurut kenyataan tersebut juga, sumbangan berkenaan melengkapkan inisiatif baharu oleh anak syarikat Pertronas, Petronas Dagangan Berhad (PDB) yang menyumbangkan air mineral Mesra dan roti Mesra Biter kepada kakitangan perubatan yang ditempatkan di Pusat Saringan COVID-19 di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Dalam pada itu, PDB juga akan menyumbangkan air mineral Mesra kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Kongsi info Ini:
© Astro Awani
No comments:
Post a Comment