Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 19 August 2020

Di manakah...?

Arkib : 30 Disember 2019

BAHASA Melayu (BM) menjadi bahasa Kebangsaan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Asal tulisan BM adalah dalam tulisan jawi tetapi mengikut seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan ianya adalah tulisan rumi tetapi tulisan jawi tidak boleh dilarang dalam penulisan bahasa Melayu.

Dalam sejarah Tanah Melayu, BM ditulis dalam jawi.

Lihat Batu Bersurat Terengganu, Kanun Melaka dan lain lain lagi. Hatta Residen Inggeris termasuk Raffles dan lain-lain semuanya mahir tulisan jawi.

Bahkan dokumen kemerdekaan 31 Ogos 1957 pun ditulis dalam jawi.

Tulisan jawi menjadi asas dalam pembelajaran di sekolah sehingga pada tahun 1960an, Menteri Pendidikan pada masa itu memansuhkan tulisan jawi dari kurikulum pembelajaran kebangsaan.

Namun ia masih diajar di sekolah kebangsaan pada tahun 70an. Masih segar dalam ingatan guru Cina mengajar jawi.

Tun Abdullah Ahmad Badawi PM ke-5 memperkenalkan JQAF di antaranya mengembalikan pembelajaran jawi secara sistematik.

Malangnya, akhbar tulisan jawi hilang dari cetakan kecuali beberapa halaman dalam Utusan Melayu. Dahulu ada sisipan jawi, online jawi tetapi sekarang entah ke mana.

Tetapi akhbar tulisan Mandarin dan Tamil masih kelihatan sehingga kini.

Di manakah akhbar tulisan jawi kita?

(Pertama kali disiarkan dalam Facebook Mohamed Azam Mohamed Adil)

— BebasNews

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...