Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 18 August 2020

...Satu panduan permulaan

Pasukan Luno : Apa itu Ethereum? Satu panduan pemulaan

Arkib : 8 JUN 2017 • Ringkasan 3 minit untuk dibaca

Catatan: Nota ini telah dikemaskini. Anda kini boleh membeli dan menjual Ethereum dengan LUNO.

Baru-baru ini kami telah melihat satu kecenderungan minat baru terhadap Ethereum daripada pelanggan kami. Seperti Bitcoin, Ethereum (atau ETH, satu mata wang yang mendasari) telah melonjak ke paras tertinggi dengan harga baru sejak beberapa minggu kebelakangan.  Ini disebabkan oleh semakin ramai orang menyakini dengan kemampuan dan potensi oleh Ethereum. Di LUNO, kami menyokong Bitcoin sebagai cryptocurrency yang dominan manakala Ethereum pula adalah matawang yang kedua terbesar selepas Bitcoin.

Ethereum dan Ether
Istilah kebiasaan yang sering  digunapakai ialah Ethereum dan Ether. Walau bagaimanapun, sebenarnya ia sama sekali berbeza. Ethereum adalah rangkaian kontrak pintar, manakala Ether pula adalah token atau mata wang yang diperlukan untuk mendorong kontrak tersebut. Melalui penggunaan sistem teknologi dan nama yang baharu, kebanyakannya pengumpul krypto (termasuk LUNO) biasa untuk menyebut kedua-dua istilah tersebut hanya sebagai "Ethereum" dengan menggunakan kod mata wang ETH.

Apa itu kontrak pintar? / Portal Pembelajaran LUNO : 

Ethereum bertujuan untuk memudahkan kehidupan seharian menjadi lebih efisien serta menjimatkan kos dengan mengautomasikan proses seharian tanpa melalui orang tengah dari sistem yang biasa kita gunakan. Ini boleh ditakrifkan sebagai satu sistem yang meliputi satu peraturan yang melibatkan sistem kewangan, sistem komputer atau pelbagai jenis sistem lain lagi yang berkaitan.

Selain itu dengan Bitcoin, kedua-dua rangkaian dan mata wang disebut juga "Bitcoin."

Sepintas lalu Ethereum
Ethereum adalah satu platform sumber terbuka, berdasarkan teknologi blockchain, yang membolehkan pembangunan perisian bagi membina kontrak pintar dan juga aplikasi terdesentralisasi.

Walaupun Bitcoin adalah mata wang (simpanan kekayaan dan alat pembayaran utama), maka Ethereum juga adalah salah satu platform perisian selain Bitcoin.

Apa itu Ethereum? / Portal Pembelajaran LUNO :

Seperti mana Bitcoin mampu untuk menyimpan senarai baki dan transaksi pada blok rantaiannya (blockchain) yang tersendiri, blok rantaian Ethereum juga direka untuk menyimpan pelbagai jenis data. Data ini dapat diakses dan digunakan oleh program komputer yang berjalan di dalam blok rantaian Ethereum. Program-program ini dipanggil dengan istilah aplikasi terdesentralisasi, atau dapps.

Ethereum boleh dibeli, dijual, diperdagangkan dan juga boleh disimpan di platform seperti LUNO dengan cara yang sama seperti Bitcoin. Pencipta Ethereum tidak pernah berhasrat untuk menjadikan mata wang ini seperti Bitcoin kerana bekalannya secara konsisten tidak dijamin sekiranya berlaku permintaan dari pasaran semasa. 

Dari mana Ethereum berasal? / Portal Pembelajaran LUNO :

Ethereum pertama kali disebut pada tahun 2013 di dalam kertas putih oleh Vitalik Buterin, pemaju yang mengusahakan Bitcoin pada ketika itu. Buterin menyakini bahawa Bitcoin haruslah digunapakai disesuaikan mengikut keadaan semasa. Beliau juga memberikan pendapat bahawa Bitcoin harus pergi melangkah dengan lebih jauh lagi daripada hanya sekadar untuk menjadi simpanan kekayaan. Selain itu,  Bitcoin juga memerlukan ciri-ciri seperti kontrak pintar untuk menentukan transaksi urusan secara automatik hanya melalui sistem pembayaran yang kebiasaannya dilakukan, misalannya. Justeru itu, idea yang bernas untuk merealisasikan projek ini tidak beliau ambil untuk penambahbaikan bagi Bitcoin akan tetapi ianya telah digunapakai, oleh Buterin bagi mencipta Ethereum sekitar tahun 2014. Ini adalah salah satu faktor dan sebab utama Ethereum telah diciptakan dan ianya bukan persaingan kepada Bitcoin.

  1. Sahkan identiti anda
  2. Masukkan wang ke dalam dompet LUNO anda.
Setelah selesai, anda hanya perlu melakukan beberapa perkara berikut untuk melakukan transaksi beli dengan mudah :

  • Log masuk ke Luno dan pilih BELI dari navigasi atas di skrin utama
  • Pilih mata wang yang ingin anda beli : Ethereum
  • Pilih mata wang mana yang ingin anda belanjakan : Bitcoin atau mata wang tempatan anda
  • Masukkan jumlahnya
  • Kaji urus niaga (yang menunjukkan kadar pertukaran dan jumlah Ethereum yang akan anda terima) 
  • Pilih SETERUSNYA, semak butiran dan sahkan
  • Akhirnya, 🎉 anda baru sahaja membeli Ethereum pertama anda!
Setelah pesanan beli anda selesai, anda boleh pergi ke TRANSAKSI dari MENU untuk maklumat lebih lanjut.

Ketahui lebih lanjut mengenai Ethereum :
Sejak hari pertama, kami terus mengawasi kemajuan, kasus penggunaan dan penggunaan Ethereum, di seluruh dunia. Kami akan terus memantau pembayaran dan landskap cryptocurrency, terus mendengarkan pelanggan kami dan terus bekerja keras dengan masyarakat bagi membangun sistem kewangan masa depan.

Dari PENULIS Pasukan LUNO

Dalam melakukan satu perjalanan yang jauh hingga ke bulan, kami telah menulis mengenai semua perkara crypto. Kami hanyalah manusia biasa yang mempunyai kelemahan. Oleh itu, di dalam Blog kami, kami telah menyampaikan pelbagai pandangan mengenai LUNO yang juga mengandungi idea-idea serta watak-watak yang unik di dalam pasukan kami. Kami tidak pernah memberikan anda sebagai penasihat kewangan peribadi anda. Akan tetapi,  kami menggesa kepada anda untuk melakukan penyelidikan anda sendiri sebelum membeli atau memperdagangkan sebarang cryptocurrency. Ini adalah cabaran dunia baru yang sedang di luar sana. Pasaran dunia semasa yang boleh berubah-ubah setiap masa. Oleh itu, anda jangan sekali-kali berdagang dengan dana yang tidak mungkin anda untung ataupun rugi. Adakah anda ingin memberitahu kepada kami betapa anda menyukai blog kami? Hanya hantarkan ciapan (tweet) kami di @ lunomoney.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...