Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 24 August 2020

LAUNCHING OF THE RENONG SHIP WITH A HISTORY

News Headlines From The Past : Launching of the Renong, ship with a history


Gambar 1 : Keratan suratkhabar Bahasa Inggeris pada tahun 1948

#MengungkapLembaranZaman

Pada hari ini (15 Jun 2020) dalam tahun 1948, "Renong", sebuah kapal besi yang pertama dibuat di Tanah Melayu, dilancarkan di Limbungan Straits Steamship, Sungai Nyok, Butterworth. Upacara pelancaran dilakukan oleh Mrs. A. V. Aston, isteri kepada Pesuruhjaya Tetap bagi Persekutuan Tanah Melayu, Mr. A.V. Aston.

Kapal seberat 295 ton dan berukuran 130 kaki panjang, direka oleh Syarikat Ritchie and Bisset dari Singapura dan mampu menampung berat muatan 250 ton serta memuatkan 146 orang penumpang termasuk kakitangan.

Kerja-kerja pembinaan kapal ini telah dimulakan sejak tahun 1941 tetapi tergendala apabila tentera-tentera Jepun menakluki Tanah Melayu. Pada 1947, kerja-kerja pembinaannya disambung semula sehingga kapal ini siap dilancarkan pada hari ini.

Pelancaran kapal besi ini merupakan detik penting dalam perkembangan perhubungan dan perdagangan di Tanah Melayu khususnya di antara Pulau Pinang dengan negeri-negeri di Selatan Siam di sebelah Utara dan Sumatera di sebelah Selatan. #butterworth #perai #kapal #penang #72th


Gambar 2 : Gambaran dari jarak jauh


Gambar 3 : Gambaran dari jarak dekat


Gambar 4 : Gambaran sebenar, Kapal Besi, "Renong

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...