Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 12 October 2020

DI TANAH MELAYU


Melayu Bersatu, Islam Berdaulat

GALUR MELAYU PELBAGAI DI TANAH MELAYU

Orang Melayu di Semenanjung Malaysia terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu Melayu Anak Dagang dan Melayu Semenanjung.

Istilah 'Melayu Anak Dagang' merujuk kepada suku-suku pribumi Nusantara yang bukan penduduk asal Semenanjung. Mereka berasal dari Kepulauan Indonesia, Champa, Filipina dan Brunei.

Melayu Anak Dagang merangkumi :-

  1. Suku Aceh
  2. Suku Banjar
  3. Suku Batak-Mandailing
  4. Suku Boyan (Bawean)
  5. Suku Bugis
  6. Suku Cham
  7. Suku Jawa
  8. Suku Kerinci
  9. Suku Minangkabau
  10. Suku Rawa
  11. Suku Yunnan
  12. Suku Jambi
  13. Suku Riau
'Melayu Anak Dagang' tidak di anggap sebagai pendatang di Semenanjung kerana penduduk Nusantara menganggap bahawa Kepulauan Melayu adalah hak milik bersama. Itu adalah sebab utama mengapa kerajaan Malaysia memberi mereka status Bumiputra.

Istilah 'Melayu Semenanjung' pula merujuk kepada suku-suku pribumi Nusantara yang merupakan penduduk asal Semenanjung. Melayu Semenanjung merangkumi :-

1. Suku Kedah Tua

  • suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kerajaan Kedah Tua pada awal abad ke-4 Masihi.
  • merujuk kepada orang Melayu di Kedah, Pulau Pinang, Perlis, utara Perak dan selatan Thai (Satun, Trang, Phuket dll)

2. Suku Perak

  • suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kerajaan Gangga Negara pada awal abad ke-2 Masihi.
  • merujuk kepada orang Melayu di Perak (bahagian tengah dan selatan)
3. Suku Kelantan dan suku Patani
  • dua suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kerajaan Langkasuka pada abad pertama atau ke-2 Masihi.
  • merujuk kepada orang Melayu di Kelantan, Patani dan wilayah-wilayah lain di selatan Thailand.

4. Suku Terengganu

  • suku pribumi Semenanjung yang asalnya dari keturunan penduduk Kerajaan Langkasuka yang berhijrah ke Terengganu (Terengganu adalah sebahagian jajahan Langkasuka)
  • merujuk kepada orang Melayu di Terengganu.
5. Suku Pahang
  • suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kota Muang Pahang - salah satu kota Naksat (Naksat city) di bawah pemerintahan Langkasuka.
  • Kota Muang Pahang masih tidak ditemui sehingga sekarang.
  • merujuk kepada orang Melayu di Pahang.
6. Suku Johor
  • suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kota Gelanggi atau Perbendaharaan Permata pada 650 tahun Masihi.
  • Kota Gelanggi adalah dipercayai ibu kota pertama empayar Srivijaya sebelum berpindah ke Palembang, namun kota tersebut masih tidak ditemui.
Suku kaum yang dikatakan rumpun Melayu/Bumiputra di Malaysia sahaja:

  1. Jawa 17 suku
  2. Minangkabau 5 suku
  3. Kampar 2 suku
  4. Rawa 2 suku
  5. Samusai
  6. Bugis 2 suku
  7. Button
  8. Toraja
  9. Mandaeleng 2 suku 5 marga
  10. Batak 4 suku 7 marga
  11. Iban
  12. Bidayuh
  13. Punan
  14. Penan
  15. Kenyah
  16. Murut
  17. Kadayan
  18. Kadazan
  19. Dusun
  20. Brunei
  21. Malanau
  22. Bisayak
  23. Viesayak
  24. Sulu
  25. Banjar 5 suku
  26. Melayu 3 suku
  27. Bankahulu 2 suku
  28. Acheh 2 suku 
  29. Boyan
  30. Nias
  31. Bajau 2 suku
  32. Zamboangga
  33. Orang Asli 4 suku
  34. Champaa
Apakah keturunan anda? Kalau nak mengaku Melayu hanya ada 3 suku iaitu Maye maye, Kampong, Suku anak dalam (kubu) yang belum Islam. Kenalilah keturunan anda...

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10216080079770375&id=1101123111

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...