Franco Fontana ataupun nama Islamnya ialah Youssef Ibrahim adalah seorang pejuang yang berjuang bersama-sama dengan rakyat Palestin
Franco Fontana dari Itali berjuang bersama rakyat Palestin menentang tentera penjajah Zionis selama 22 tahun.
Beliau telah menjual semua harta peninggalan ayahnya di kota Palermo pada tahun 1975 dan menyumbangkannya kepada kem pelarian Palestin. Beliau berjuang dalam pertempuran mempertahankan Palestin dan terkenal dengan ketepatannya dalam menggunakan roket “Katyusha”.
Beliau telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Youssef Ibrahim dan telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2015 di Lubnan.
Meninggalkan wasiat dalam tulisannya yang berbunyi, “Saya mungkin mati dan tidak melihat pembebasan Palestin, tetapi anak-anak atau cucu saya pasti akan melihat pembebasannya”.
Semoga Allah merahmati dan memberkati Youssef Ibrahim @ Franco Fontana. Aamiin Ya Robbal'alamiin.
#bebaskanpalestin 🇵🇸
No comments:
Post a Comment