Perkongsian
Sedikit makluman berkenaan dengan pengeluaran produk sos dan kicap yang pernah dikeluarkan oleh pengusaha Melayu di Negeri Perak. Jenama produk tersebut ialah Sos Samano dan juga Kicap Cap Tiga Ayam keluaran Syarikat S.M.N. Foods (M) Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Dato' Haji Muhammad Noor yang terletak di Kampung Changkat Belingkor, Batu Gajah, Perak.
Produk-produk keluaran syarikat ini masih lagi mempunyai permintaan yang tinggi daripada pembelinya. Dato' Haji Muhammad Noor ini juga adalah merupakan pemilik taman tema pertama di Tanah Melayu (Malaysia), iaitu Taman Tasik SM Noor yang juga terletak di Negeri Perak. Akan tetapi, Taman Tasik SM Noor ini sudah pun lama ditutup daripada operasi sekitar tahun 1990an oleh kerana masalah kegawatan ekonomi yang sedang melanda Malaysia ketika itu. Sebelum wujudnya kicap popular seperti Cap Kipas Udang, Kicap Jalen dan Sos Life, Sos Samano dan Kicap Cap Tiga Ayam ini adalah antara jenama yang popular dan disukai ramai terutamanya orang-orang Melayu di Malaysia pada satu ketika dahulu. Sekian.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Teks Asal :
Ni pulak pasal kisah sos dan kicap legend yang dikeluarkan oleh pengusaha Melayu kat negeri Perak. Ate yop dan yong nye kalau idak tahu pasal sos dan kicap ni make deme bukan orang Perak pure le yop. Tak lain dan tak bukan le Sos Samano dan Kicap Cap Tiga Ayam keluaran syarikat S.M.N Foods (M) Sdn. Bhd yang dimiliki oleh Dato' Haji Muhammad Noor dan terletak di Kampung Changkat Belingkor, Batu Gajah, Perak.
Sos dan kicap ni sampai sekarang ni masih banyak peminat dan tinggi permintaannya. Kalau nak tahu Dato' Haji Muhammad Noor ni lah juga merupakan pemilik taman tema pertama di Tanah Melayu iaitu Taman Tasik SM Noor yang juga terletak di negeri Perak. Tapi sayang Taman Tasik SM Noor ni dah lama tutup pada awal tahun 90an kerana masalah kegawatan ekonomi yang melanda pada masa tersebut. Sebelum ada kicap popular Cap Kipas Udang, Kicap Jalen dan Sos Life. Sos Samano dan Kicap Cap Tiga Ayam ni le sos dan kicap yang disukai orang-orang Melayu di Tanah Melayu dahulu.
Kredit page BARA produk...
https://www.facebook.com/groups/576448509128018/permalink/2602996826473166/
No comments:
Post a Comment