Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 6 October 2020

Raja Laut


Jalan Raja Laut, Poskod 50350 Kuala Lumpur


Gambar yang tertera di atas dan yang telah dibulatkan ini adalah Raja Laut

Raja Laut (1850 -1915)

Raja Laut adalah putera kedua Sultan Muhammad, beliau dilahirkan pada tahun 1850, mendapat gelaran Raja Laut kerana dikatakan dilahirkan ketika bondanya berada di perairan sekitar Lukut. 

Beliau kemudianya dijadikan anak angkat oleh Raja Juma'at lalu menjadi saudara tiri kepada putera kandung Raja Juma'at, iaitu Raja Bot. 

Raja Laut adalah pengasas kepada Kuala Lumpur Sanitary Board sewaktu ianya ditubuhkan pada 1890. Selain daripada itu, Raja Laut juga bertanggungjawab menubuhkan sekolah Melayu pertama di Kuala Lumpur, di mana beliau turut menyekolahkan putera beliau di sekolah berkenaan.

Pada tahun 1898, Raja Laut telah dimasyurkan sebagai Raja Muda Selangor, selepas Raja Sulaiman dinobatkan sebagai Sultan Selangor, Raja Laut menggunakan gelaran ini sehingga tahun 1903. Raja Laut mengahwini Raja Daing Chahaya dan dikurniai seorang putera, iaitu Raja Alang. 

Keluarga diraja ini tinggal di sebuah rumah dikawasan 'Batu Road' pada ketika itu, sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1915 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan 'Kampong Gonggang', iaitu nama asal jalan Ampang. Nama Raja Laut diabadikan sebagai nama sebuah jalan yang bersambung dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Sumber : https://www.google.com/url?q=https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/09/624891/jalan-raja-laut-1-kini-dikenali-jalan-palestin&sa=U&ved=2ahUKEwjIkpCt-ojsAhXYAnIKHaW8D5MQFjAGegQIBxAB&usg=AOvVaw2AFjH9__EUuRR4kPm_c7wL

Nota : Tiada salah menyatakan soladriti terhadap perjuangan saudara kita di Palestin.Tetapi jangan sampai meleburkan sejarah tokoh tempatan negara sendiri.

Boleh sahaja letakkan satu nama jalan di Putrajaya sebagai tanda sokongan. Ia lebih relevan dan praktikal.

Co Ad AA (Sumber-sumber gambar diperolehi dari Google)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Pendapat daripada seorang penulis dari sumber Facebook.

Arkib : 29 September 2020

Tajuk berita daripada Malaysiakini. [Jalan Palestin : Kenapa Jalan Raja Laut, bukan jalan nama Inggeris diganti?]

JALAN RAJA LAUT DITUKAR NAMA MENJADI JALAN PALESTIN - KENAPA ADA YANG TERLEBIH SUDU DARIPADA KUAH?

Salam. Lewat malam semalam setelah 2 hari penuh dengan pelbagai program dari Sungai Buaya di Rawang membawa ke Senawang di Seremban baru saya berpeluang untuk melihat perkembangan di Medsos lalu mendapati antara isu yang sedang hangat diperkatakan (selain keputusan pilihan raya Sabah) adalah pertukaran nama Jalan Raja Laut di Kuala Lumpur menjadi Jalan Palestin. Kelihatan ramai marah-marah mempersoalkan. Kenapa ditukar nama satu jalan berdasarkan seorang tokoh Melayu yang merupakan ahli kerabat diraja Selangor yang memiliki kedudukan penting dalam sejarah tempatan? Kalau iya pun hendak sokong Palestin kenapa tak ambil jalan lain yang pakai nama Inggeris, misalnya Jalan Conlay?

Saya pun menyemak berita-berita berkenaan lalu mendapati portal berita Malaysiakini pun antara yang membesar-besarkan perkara ini. Timbul persoalan. Kenapa pula Malaysiakini yang merupakan port orang liberal nak sibuk pasal bela Melayu? Ah. Ini kelihatan seperti sentimen hendak melaga-lagakan Melayu dan Islam.

Pertama. Let's get our facts right. Yang ditukar nama cuma Jalan Raja Laut 1 yang merupakan antara begitu banyak jalan kecil yang bercabang daripada Jalan Raja Laut. Bukannya laluan utama Jalan Raja Laut yang berpanjangan dari Dataran Merdeka membawa ke hujung utara Chow Kit. Tapi cerita diperbesar-besarkan seolah-olah Jalan Raja Laut yang begitu ikonik dengan KL pula ditukar nama. Kelihatan ramai tidak menyemak keadaan kerana terpalit dengan permainan emosi sesetengah pihak. 

Kedua. Tahukah anda nama Palestin sudah dihilangkan daripada peta-peta rasmi moden termasuk Google Map? Jadi pada saya ada baiknya dimunculkan nama Jalan Palestin itu yang saya lihat berdekatan dengan kawasan Chow Kit dan Jalan Tuanku Abdul Rahman yang sering dilalui rakyat marhaen... bukan di Jalan Conlay misalnya yang lebih sering dilalui golongan lebih eksklusif.

Kesimpulannya? Bagi saya ia langkah yang baik. Bagus juga ada kontroversi kerana memberikan publisiti lalu mendapat perhatian umum. Tetapi biarlah berpada dan tahu keadaan sebenar. 

Sekali lagi biar diberitahu. Antara yang kelihatan galak bermain dengan isu ini adalah portal Malaysiakini yang diketahui adalah sebuah website berita puak liberal yang selalu meremehkan kepentingan orang Melayu dan Islam. Kenapa tiba-tiba seperti hendak membela nama yang membayangkan keutamaan orang Melayu seperti Raja Laut? Ia ibarat para pekebun Musang King di Pahang tiba-tiba boleh berdemonstrasi memakai sepanduk dengan Bahasa Melayu yang betul sambil memegang gambar Yang di-Pertuan Agong. Sedangkan kita tahu betapa bencinya puak-puak mereka kepada bahasa dan Raja-raja Melayu.

Mesti ada udang di sebalik mee. Oleh itu janganlah kita terpalit dengan permainan emosi mereka. Orang Melayu jangan mudah melatah. Selagi begitu selagi itulah kita menjadi bahan ketawa buat mereka.

Kopipes dari FB : MerahSilu

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...