Selat Melaka dan Laut China Selatan adalah prasarana utama laluan ini.
Jalan laut, kenderaannya adalah kapal, tongkang, perahu dan sebagainya. Perlu ada lokasi perhentian sementara untuk meneruskan perjalanan.
Ditemui 3 jenis tinggalan yang mewakili tempoh masa tertentu seperti Neolitik, Mesopilitik atau turut dipanggil prasejarah, protosejarah dan tamadun.
3 jenis tinggalan sejarah di atas ditemui dan diwakili oleh kawasan-kawasan di tepi laut yang bertindak sebagai tempat hentian samada jeti atau pelabuhan iaitu di Johor Lama, Melaka, Beruas, Selinsing, Guar Kepah dan Kedah Tua.
Tamadun diwakili Kedah yakni Kedah Tua. Neolitik diwakili oleh Guar Kepah, Seberang Perai, Pulau Pinang.
Jika Tamadun Indus dan Tamadun China masing-masing wujud dalam tempoh masa yang hampir sama dengan larian tahun berdasarkan tinggalan dijumpai di dua tamadun dunia ini sekitar beberapa tahun sahaja iaiti 2500 Sebelum Masehi, maka adakah tempat perhentian sementara yang dinyatakan iaitu Semenanjung Malaysia ini pula hanya 788 Sebelum Masehi?
Sedangkan gelaran Orang Laut adalah milik bangsa ini. Dan jong-jong Melayu lebih berganda-ganda besar dari kapal-kapal benua India dan China.
Senyumlah wahai Melayu. Bangsamu turut dikesan kedua tertua DNA nya di dunia. Apakah kita masih beranggapan kita tidak ada sejarah?
Qala'i menguasai dunia pada 788 Sebelum Masehi sedangkan tamadun lain mengeluarkan kain, tembikar dan segala macam perhiasan.
Hasil hutan dan besi diperolehi dari benua Melayu yang penuh dengan hutan dan gunung ganang.
Semua di atas adalah tanda-tanda bahawa takkan ada kekosongan di mana-mana mukabumi milik Allah SWT ini. Yang hilang adalah sejarah. Maka kitalah yang perlu memikirkan dan mencari sejarah.
Tokoh Melayu paling hebat berusia 500 tahun dahulu. Mungkin banyak lagi tokoh Melayu yang kita tak tahu tetapi bangsa yang menjajah dan benua-benua yang sentiasa singgah di Semenanjung ada menulis dan sudah tentu mereka tak akan bercerita hebat untuk sebuah bangsa lain yang tidak menguntungkan mereka. Tetapi jika tiada tokoh hidup sekalipun, Qala'i hitam memberi makna bahawa bangsa yang dipandang rendah oleh dunia pada masa ini bukan calang-calang ya.
2,000,000 tuyere bernisbahkan 20 tuyere. Satu isyarat bahawa bangsa ini bukan bangsa hutan semata. Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment