Kejatuhan Perniagaan Keluarga Zaitun Industries
Lagu Iklan Produk Zaitun, satu jenama yang terkenal pada era 80/90 an.
IKLAN SABUN ZAITUN 1984
Masih ingat lagi barangan jenama Zaitun yang pernah menguasai pasaran tempatan suatu ketika dahulu?
“Gunakan tanpa was-was”, memang tak boleh lupa tagline tu.
Pernah terfikir bagaimana satu jenama keluaran muslim yang dulu menjadi kebanggaan akhirnya terkubur?
Tuan Zayed Zulkifli, seorang Marketing Representative dan pelabur value investing mengupas tentang faktor kejatuhan perniagaan keluarga ini. Tuan Zayed turut mengajar orang awam mengenai kepentingan pelaburan jangka masa panjang melalui kaedah Analisa Fundamental.
Zaitun Industri ditubuhkan oleh pengasasnya Dato Seri Hj Mohammad Eusuff Teh dengan mengambil sempena nama anak perempuan beliau pada tahun 1978. Pada awal penubuhannya memang agak hebat. Mereka menjadi perintis produk halal muslim dengan slogan halal gunakan tanpa was-was dalam sektor toiletries dan cosmetics.
Produk mereka dieksport ke Brunei, Singapore, Indonesia dan sebagainya.antara produk yang laris ialah ubat gigi zaitun. sehingga dikatakan Colgate Malaysia pun “terancam” dengan kehadiran pemain baru ini. Prospek Zaitun dianggap cerah dan mempunyai harapan yang agak tinggi untuk maju ke hadapan. Tetapi apa sebenarnya yang telah terjadi? Banyak spekulasi yang keluar kata kejatuhan zaitun disebabkan ada orang dengki.
Pernah Disenaraikan Di KLSE
Permulaan cerita sebenar terdedah bila mana Zaitun Berhad disenaraikan di papan kedua KLSE pada Jun 1997 oleh anak pengasas Dato Mohd Kamal. Semasa penyenaraian zaitun, dalam unjuran keuntungan yang disebut prospektus dikatakan Zaitun RM5.7 juta dan pasca penyenaraian dalam lebih kurang RM4.3 juta untuk tahun kewangan 31 December 1997.
Tetapi sebaliknya berlaku selepas penyenaraian, pada tahun kewangan yang sama 1997 laporan kewangan menyebut Zaitun kerugian sebanyak RM14 juta berbanding unjuran RM4.3 juta. Ia merupakan perbezaan yang sangat besar berbanding unjuran dan laporan sebenar (Forecast versus Actual). Bayangkan Untung 4.3 juta menjadi rugi (loss) RM 14 juta.
Zaitun mengalami kerugian semenjak tahun pertama penyenaraian. Ekuiti pemegang saham yang bermula RM41 juta pada 1997 menjadi defisit -RM29 juta pada tahun 2001. Kejatuhan Zaitun bukanlah sesuatu yang pantas tetapi ia adalah penderitaan kesakitan yang berpanjangan.
Antara puncanya ialah tadbir urus korporat yang sangat lemah. Bayangkan bila disenaraikan pada Jun 1997, Zaitun telah memeterai penjanjian pembelian tanah RM36 juta dengan Benua Rezeki Sdn Bhd di mana Pengarah Zaitun sendiri juga adalah pengarah dalam Benua Rezeki (iaitu Mohd Kamal Mohd Eusuff dan Aisha Mohd Eusuff – adik beradik).
Pentadbiran Yang Lemah
Pada 31 Disember 1997, 50% deposit telah dibayar. Walau bagaimanapun, perjanjian jual beli dibatalkan dan deposit sepatutnya dipulangkan sebulan dalam tempoh 6 bulan tetapi setakat Ogos 1998, hanya RM345,000 sahaja dipulangkan. Ini adalah dikategorikan sebagai RPT (Related Party Transaction) dan tidak mendapat persetujuan dari Pemegang Saham.
Dalam tahun yang sama, pihak pengurusan syarikat telah melibatkan diri dalam perdagangan saham (share trading) menggunakan pembiayaan margin (share margin financing) sebanyak RM20 juta (ini kira baru tahun pertama penyenaraian) pada tahun 1997.
Tiada pendedahan (Disclosure requirement) atas sebab apa transaksi ini dilakukan dan tidak mendapat persetujuan dari pemegang saham. No disclosure, therefore, shareholders were unaware of this transaction. Walau bagaimanapun setelah dapat diketahui, pendedahan dibuat bahawa pada September hingga November 1997, pembelian saham dibuat ke atas 13.7% Hai Ming sebanyak RM13.7 juta dan 1.48% (RM3 juta) dalam Grand Central Enterprise.
Kedua-dua saham ini kemudiannya dijual pada RM6.5 juta menyebabkan kerugian (realized net loss) RM10.2 juta. Sekali lagi, Dato Mohd Kamal dikatakan mempunyai pegangan 6% dalam GCE paid up capital.
Zaitun didenda ke atas RPT (related party transaction) yang dilakukan. Zaitun telah dinyahsenarai dari KLSE pada 16 Jun 2003 kerana gagal mematuhi langkah penstrukturaan semula untuk status PN4 (sekarang dikenali GN3 untuk ACE market untuk syarikat yang mengalami masalah kewangan).
Skandal Zaitun ini jelas menunjukkan :
- Pelanggaran yang serius dalam prinsip corporate disclosure and transparency dalam menjalankan transaksi yang tidak mendapat mandat dari pemegang saham
- Kegagalan lembaga pengarah menjalankan tanggungjawab fidusiari (Fiduciary responsibilities) – pengarah eksekutif dan pengarah bukan eksekutif (Executive Directors dan Non-Executive directors) yang sepatutnya menjadi penjaga ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus korporat (guardian of transparency, accountability and corporate governance).
Pada era 1997, banyaknya berlaku tadbir urus korporat yang sangat teruk apabila ketidakfahaman lembaga pengarah dalam tanggungjawab mereka. Sebab itu, kita tengok banyak downfall of public listed companies selepas krisis kewangan 1998. Vice Chairman Zaitun ketika itu adalah Mutiara Rokiah binti Abdullah yang mana suami dan anak-anak beliau adalah merupakan Pengarah dalam Zaitun sendiri.
Masalah Zaitun bukan terhenti pada tadbir urus korporat sahaja tetapi ia termasuk masalah pengurusan dan model perniagaan Zaitun sendiri seperti isu pengedar dan cuba menceburi bidang MLM untuk pengedaran produk mereka antara punca utama kerugian ialah distributorship produk mereka.
Antara pengedar mereka seperti Boustead Trading, Harrison, Harpers dan Sime Darby Marketing. Asyik terminate pengedar mereka yang berakhir dalam mahkamah. Zaitun juga dikatakan memberi jualan credit yang agak longgar, hutang pelanggan (credit sales) adalah 95% jumlah jualan. Dan Zaitun membuat pinjaman hutang yang melebihi dari jualan syarikat.
Sebelum 1998, banyak syarikat yang disenaraikan di KLSE adalah kebanyakan family business yang kebanyakan tidak faham bila mana disenaraikan pasaran saham, segala transaksi yang besar mesti mendapat kelulusan terlebih dahulu walaupun majoriti lembaga pengarah adalah adik beradik sendiri. Dalam kes Zaitun, Mutiara, Aisha, Faridah, Kamal adalah anak beranak.
Belajar Daripada Kesilapan
Pasca 1998, kita dapat lihat banyak berlaku perubahan dalam tadbir urus korporat terutamanya MCCG2017 di mana, separuh daripada lembaga pengarah mesti terdiri dari pengarah bebas, duality role chairman and CEO tidak dibenarkan. Tenure untuk lembaga pengarah dihadkan selama 9 tahun sahaja. 9-12 tahun mesti mendapat approval dari pemegang saham. 13 tahun ada 2-tier voting. Dan tertubuhkan audit committee, remuneration committee, nomination committee untuk memberi check and balance kepada kedudukan pengarah eksekutif syarikat di Bursa.
Elakkan Membeli Saham Syarikat Berstatus PN17 Atau GN3
Bagi syarikat yang bermasalah, Bursa Malaysia akan kategorikan syarikat ini di bawah status pemerhatian. Bermasalah dari sudut kewangan, laporan kewangan yang tidak tepat, pihak pengurusan yang bermasalah, dan indikator yang paling penting adalah syarikat tersebut mengalami kerugian yang teruk.
Status Practice Note 17 (PN 17) diberi bagi syarikat (kaunter) yang tersenarai di papan utama, manakala Guidance Note 3 (GN3) bagi kaunter didalam ACE Market. Senarai kaunter PN17 dan GN3 ini akan sentiasa berubah dari semasa ke semasa.
Jauhkan diri daripada membeli saham-saham syarikat yang bermasalah, banyak lagi saham yang berpotensi yang boleh dijadikan pilihan. Nak tahu lebih lanjut, jemput baca Kenali Syarikat Bermasalah di Bursa Malaysia.
https://www.majalahlabur.com/saham/kejatuhan-perniagaan-keluarga-zaitun-industries/
------------------------------------------------------------------------------------------------
Maklumat Tambahan Sampingan :
Siri Pertama :
RARE | Keadaan Dalam VILLA ZAITON “Gunakan Tanpa Was-Was“
https://www.youtube.com/watch?v=ayb7JyNcz1I
No comments:
Post a Comment