“SELALU MELIHAT KEBAIKAN DALAM DIRI ORANG LAIN, JADI BAIK, FIKIR SECARA BAIK & LAKUKAN KEBAIKAN”.
KALAU TAK SOLAT DAN KURANG SOLAT PUN SALAH. TETAPI ANDA BUKAN JAHAT. MUNGKIN ANDA MEMPUNYAI HATI YANG BAIK DAN ANDA LAKUKAN PERKARA YANG BAIK SELALU.
KITA SEMUA ADALAH BAIK, TETAPI DENGAN CARA YANG BERBEZA
Sesetengah orang mempunyai keupayaan untuk bangun pada waktu malam bagi menunaikan solat sunat Tahajjud pada setiap hari, akan tetapi tidak semua yang mampu melakukannya walaupun telah berusaha dengan sebaik mungkin. Walau bagaimanapun, mereka mengamalkan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis sepanjang tahun.
Tidak ramai orang yang mampu melakukan kedua-duanya seperti di atas, tetapi ke mana sahaja mereka pergi, mereka mempunyai sifat pemurah kepada pengemis. Sesetengah mereka tidak mempunyai kekuatan untuk melakukan tambahan ibadah lain, tetapi mereka memiliki hati yang bersih dan sentiasa tersenyum terhadap orang lain sepanjang masa. Sesetengah yang lain pula tidak melakukannya tetapi hanya membuatkan anak-anak ketawa apabila bersama dengan mereka.
Ada di antara mereka yang ilmiah dan menulis dengan baik, dan ada pula yang terdiri daripada penceramah yang dinamik, tetapi golongan introvert ini kemungkinan lebih bersifat belas kasihan dan hanya terhad kepada kakitangan mereka sahaja bahkan mempunyai lebih banyak kebijaksanaan.
Ramai golongan professional mempunyai pengetahuan yang sangat cetek mengenai Islam, tetapi melalui dakwah, mereka telah memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi orang ramai untuk mendekati Islam. Mereka telah mematuhi syariah menerusi pelbagai sudut dalam perniagaan.
Golongan berusia yang kebanyakannya mengabaikan (syariah compliant) kerana sifat panas baran mereka, mungkin bukan terdiri daripada aktivis politik atau penggerak misi kemanusiaan. Tetapi, resepi ringkas mereka adalah untuk mengurangkan rasa sakit dan kesakitan itu mungkin lebih bermakna kepada sesetengah orang.
Ia mudah, tetapi surirumah dextrous yang mengimbangi perasaan anda dan memastikan segala keselesaan dipenuhi, mungkin mempunyai tahap kesabaran, daya tahan, kepintaran dan kemuliaan hati yang kebiasaannya tidak ada pada orang ramai.
Tujuannya? Jangan sesekali berfikir bahawa mereka yang tidak melakukan apa yang kamu lakukan adalah lebih rendah dengan apa jua perkara atau tiada sesuatu yang boleh disumbangkan. Jangan sesekali menganggap bahawa amalan ibadah kamu adalah lebih baik daripada orang lain. Jangan biarkan ketaqwaan anda mengubah diri menjadi takabur. Jangan biarkan ketakwaan menjadikan anda terasing dari keluarga dan rakan-rakan, jangan sesekali membiarkan ia mempengaruhi anda mengatasi undang-undang dan merasakan diri lebih baik daripada orang lain.
Keturunan, kekayaan, kebijaksanaan, warna kulit dan kekuatan di medan perang bukanlah kriteria pengukur ketaqwaan anda. Ramai orang di Afrika, Eropah, Asia, China dan seluruh dunia yang mungkin lebih dekat dengan Allah daripada anda kerana, hakikatnya mereka mampu untuk menanggung keperitan dan ujian lebih baik daripada anda.
Penampilan dan cara berpakaian tidak mencerminkan kriteria ketaqwaan anda. Ramai lagi manusia di dunia ini yang lebih dekat pada Allah walaupun penampilannya kelihatan biasa.
Penglibatan anda bersama Khanqah, Jemaah Tabligh, mana-mana organisasi kemanusiaan, kelab profesional (undang-undang, perubatan, perniagaan, politik), atau kumpulan jihad, institut ilmiah, adalah cara yang terbaik untuk menghapuskan sifat ego, kebanggaan diri dan tidak memandang rendah terhadap orang lain. Ramai yang mempunyai hati yang suci walaupun mereka bukan terdiri daripada golongan tersebut, kerana ini bukan pasport automatik untuk menuju ke syurga.
Seorang pelacur mendapat balasan syurga hanya dengan melepaskan dahaga seekor anjing, dan yang lain memperolehnya (syurga Allah) dengan hanya memaafkan kesilapan orang lain pada setiap hari sebelum tidur. Tidak banyak yang mampu mereka lakukan (ibadah), tetapi apa yang mereka lakukan itu adalah penting bagi Allah.
Seseorang itu mungkin melepasi pintu syurga dengan amalan yang sangat sedikit, walaupun semasa di muka bumi mereka dianggap golongan yang tidak penting oleh masyarakat, bahkan perbuatan mereka yang lain jauh lebih binasa kerana sifat angkuh dan bangga. Jangan terperanjat sekiranya seseorang itu yang membawa anda menuju masuk ke pintu syurga.
“SELALU MELIHAT KEBAIKAN DALAM DIRI ORANG LAIN, JADI BAIK, FIKIR SECARA BAIK DAN LAKUKAN KEBAIKAN” - [ ] Petikan dari fb kawan
https://www.facebook.com/294704229595/posts/10158761850114596/
No comments:
Post a Comment