Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 2 November 2020

Malakat Mall...

Arkib : 26 November 2019

Gambar 1 : Program Solat Secara Berjemaah di Malakat Mall

Malakat Mall peluang usahawan bumiputera kembangkan perniagaan

CYBERJAYA 26 Nov. - Malakat Mall bakal menjadi revolusi perniagaan bumiputera yang bakal menguasai 60 peratus daripada pasaran runcit. 

Kajian menunjukkan sektor peruncitan bumiputera masih tidak berkembang kerana tidak dapat menyertai pasaran. 

Berdasarkan analisis data, senario ini berlaku kerana bumiputera tiada akses kepada pasaran.  

Justeru dengan pembukaan pusat beli belah seperti Malakat Mall, ia dapat meningkatkan penyertaan usahawan bumiputera dalam pasaran runcit. 

Menurut Ketua Pegawai Operasi Malakat Mall, Istighfar Hamidon, sasaran pusat beli belah ini  adalah untuk membolehkan kehadiran perusahaan bumiputera dalam industri peruncitan dengan mengurangkan pemilikan asing daripada terlibat dalam pasaran. 

Satu fakta yang jelas industri runcit di Malaysia kini bernilai RM110 bilion. Walaubagaimanapun, syarikat asing yang menerima manfaat ekonomi langsung di sektor runcit terbesar. 

Mereka mendapat lebih 60 peratus daripada saiz pasaran. 32 peratus selebihnya dikuasai oleh bukan bumiputera. Hanya peratus yang amat sedikit iaitu lapan peratus dimiliki oleh bumiputera”, katanya. 

Terdapat beberapa faktor senario ini berlaku termasuk sewa sangat tinggi di pusat beli belah dan ada juga yang mampu tetapi tidak diberikan tempat yang strategik di pusat beli belah. 

Tambah Istighfar, objektif utama Malakat Mall bukanlah hanya untuk mewujudkan pusat beli belah barangan bumiputera tetapi mahu membina ekosistem ekonomi yang membolehkan komuniti berbelanja mendapat manfaat langsung.  

Ini semua mampu diselesaikan dengan hanya menyatukan kuasa pembelian kita kerana Malakat Mall mempunyai model perniagaan yang unik. 

Kami tidak mengenakan sewa kepada penyewa. Semua usahawan ialah rakan kongsi melalui perkongsian revenue sebanyak 20 peratus sahaja. Berbeza dengan amalan biasa di pusat beli belah sedia ada, mereka harus membayar sewa dan ‘revenue sharing’. Selain itu, semua usahawan akan dipimpin hingga berjaya. Ini adalah melalui bimbingan, latihan dan dibantu sebagai rakan usahasama. 

Malakat Mall akan dijadikan pusat perkembangan dan latihan komuniti akan diberikan secara berterusan yang melibatkan seluruh komuniti. Pusat beli belah ini juga memainkan peranan sebagai pusat transformasi perniagaan. Para peniaga akan mampu menyatukan pembelian barangan umum untuk mengurangkan kos operasi mereka,” jelasnya. 

Justeru, setiap usahawan haruslah memiliki produk yang sesuai dan unik. Imej haruslah setanding dengan jenama luar negara. Bimbingan akan diberikan kepada mereka agar mencapai penanda aras ini. 

Menariknya, semua kedai di Malakat Mall  tidak akan menerima tunai. Sebab semua transaksi akan menggunakan aplikasi komuniti iaitu Raudhah Pay. 

Berbeza dengan pusat beli belah lain, di sini akan ada tujuh minit masa rehat untuk solat sebaik sahaja azan berkumandang dan solat boleh dilakukan di mana sahaja. 

Semua ruang yang bersih akan dibekalkan dengan bangku yang mempunyai sejadah. Supaya semua dapat menunaikan solat di awal waktu. Sama ada dalam restoran mahupun di lobi dan ini juga akan menjadi tarikan pelancong untuk memahami kehidupan Islam. - MT

------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, 

Saya ingin menyeru seluruh umat islam dalam group ini memberi sokongan padu kepada usaha murni Coachfadzil mewujudkan mall Khas setanding kualiti Midvalley, untuk membantu org islam berniaga iaitu Malakat Mall. 

‘Malakat’ yang bermaksud “perhimpunan segala pedagang” juga adalah nama lain bagi ‘Melaka’ yang gah dimata dunia satu ketika dahulu.

Siapakah Coachfadzil?

En Fadzil Hashim atau lebih dikenali sebagai Coachfadzil adalah founder Brainy Bunch sebuah sekolah montessori yang punyai lebih 100 kampus di Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia dan Gaza adalah individu yang action-oriented. 

Coachfadzil diberi kepercayaan oleh Ketua Aktivis ‘Persatuan Pengguna Islam Malaysia’ (PPIM),Datuk Nazim Johan untuk menjadi CEO ‘Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia’ (KoPPIM).

Kewujudan Malakat Mall bakal memberi impak besar kepada ekonomi Islam di Malaysia kerana semua jenama/perniagaan yang dibawa masuk adalah milik muslim. Peniaga tidak dikenakan sewa Bulanan tetapi menggunakan konsep ‘revenue sharing’ supaya peniaga berkembang maju bersama. Sistem ini dikatakan untuk menghapuskan dominasi sistem kapitalis yang mengeksploitasi golongan peniaga kecil. Satu ekosistem baru yang diwujudkan dibawah satu payung iaitu Malakat Mall untuk menaikkan ekonomi orang Islam di Malaysia.

Malakat Mall pertama bakal di buka di Cyberjaya pada awal tahun 2020.Team Coachfadzil kini sedang rancak merangka gerak kerja untuk menjayakan projek ini.Mereka mensasarkan 100 Malakat Mall bakal dibuka diseluruh Malaysia.

Ingat, kejayaan mall pertama ini adalah penentu segalanya, Tuan-tuan dan Puan-puan wajib beri sokongan! Perjuangan ini adalah jihad ekonomi Islam. Allahuakbar! 

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" [ Surah Al-Ra'd Ayat 11]

BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH

Mari ramai-ramai pakat ‘like’ FB page Malakat Mall sebagai tanda sokongan dan ikuti perkembangan mereka๐Ÿ‘‡๐Ÿป

https://www.facebook.com/MalakatMall/

Kepada sesiapa yang ingin memiliki saham koperasi sila rujuk laman FB KoPPIM. Disasarkan pulangan dividend sebanyak 10% kepada ahli koperasi.Sila klik ‘Like’ page KoPPIM ๐Ÿ‘‡๐Ÿป

https://www.facebook.com/Koppim-Official-105281304212128/

atau rujuk terus ke laman web, http://www.koppim.com.my/

#info #link #facebook #website #muslim

------------------------------------------------------------------------------------------------

Pusat beli belah himpun produk Bumiputera bakal dibuka di Cyberjaya


Gambar 2 : Malakat Mall - Pusat beli belah himpun produk Bumiputera bakal dibuka di Cyberjaya

Sep 9, 2019 (Dikemaskini Sep 9, 2019)

Sebuah pusat beli belah yang akan menghimpunkan produk Bumiputera akan dibuka berhampiran Raudhah City di Cyberjaya

Pengasas syarikat pemaju, Raudhah City Sdn Bhd, Mohd Fadzil Hashim berkata idea untuk membuka Malakat Mall bertujuan meningkatkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam pasaran runcit.

Katanya, kajian menunjukkan sektor peruncitan Bumiputera masih tidak berkembang kerana tidak dapat menyertai pasaran.

Bila kami analisis data, ia menunjukkan sebab kita tak boleh pergi jauh adalah kerana kita tiada akses kepada pasaran.

Kita tiada pusat beli-belah, jadi antara rancangan strategik kami adalah untuk mempunyai pusat beli-belah,” katanya dipetik portal The Malaysian Insight.

Tambahnya, isu sebenar melibatkan peniaga Bumiputera bukanlah persaingan dengan usahawan kaum lain tetapi mengenai perkembangan usahawan Bumiputera itu sendiri.

Sebab itu, selepas 62 tahun Merdeka, komuniti Bumiputera masih ketinggalan dalam sektor ekonomi.

Mereka tidak ada dalam sektor peruncitan sedangkan siapa kawal sektor peruncitan dia akan kuasai ekonomi,” katanya yang turut mengusahakan sekolah tadika swasta popular Brainy Bunch.

Bagaimanapun, Fadzil menjelaskan pusat beli-belah itu tidak ada kaitan dengan kempen mengutamakan produk Islam dan Bumiputera yang hangat diperkatakan sekarang.

Idea kita untuk tubuhkan Malakat Mall ini jauh lebih awal daripada kempen utamakan produk Melayu dan Islam yang berlaku hari ini,” katanya.

Selain itu, Fadzil turut mahu syarikat asing mengurangkan kepentingan dalam pasaran runcit untuk membolehkan lebih ramai usahawan Bumiputera terlibat dalam sektor peruncitan.

Sasaran kita adalah untuk membolehkan kehadiran perusahaan Bumiputera dalam industri peruncitan ini dirasai dengan mengurangkan pemilikan asing daripada terlibat dalam pasaran.

Kita nak syarikat asing melabur dalam bidang strategik, tetapi bukan datang ke negara kita menjual ayam dan beras, bukan melakukan perniagaan yang rakyat kita sendiri boleh buat,” katanya.

Bagaimanapun Fadzil berkata beliau berhasrat menyediakan 20 peratus tempat di pusat membeli-belah itu kepada syarikat bukan Bumiputera atau syarikat asing.


#info #link #website #berita #kempen

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...