Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 4 November 2020

Pedang Rasulullah S.A.W.

Arkib : 10 September 2020

"Pedang Rasulullah S.A.W Dari Kedah Tua"


Gambar 1 : Pedang bernama Qala’i


Gambar 2 : Dipercayai salah satu pedang milik Rasulullah s.a.w.


Gambar 3 : Pedang Qala’i diambil gambar dari jarak dekat


Gambar 4 : Tapak Arkeologi Sungai Batu 

Di dalam Istana Topkapi di Turki, terdapat sebilah pedang milik Rasulullah S.A.W. Ianya adalah antara pedang yang terbaik kualitinya di masa itu dan merupakan pedang istimewa yang dapat dibezakan dari pedang-pedang lain dari segi pembuatannya berasaskan teknologi pamor keris (teknologi campuran aloi besi) yang juga dikenali sebagai ‘wootz steel’ oleh Barat. Pedang ini memiliki lapisan-lapisan besi yang kompleks pada bilahnya dan memiliki corak beralun-alun pada hujungnya. Orang Arab pada masa itu mengenalnya sebagai ‘pedang bergelombang’. 

Pedang itu bernama Qala’i, berasal dari Qala’a iaitu Kedah Tua yang disebut oleh Idrisi, Ahli geografi Arab era Abbasiyah dalam kitabnya Al-Rujjar (Nuzhat Al-mushtaq Fi’khtiraq Al-afaq) dan Abu Dulaf Iaitu Pengembara dan pemuisi dari Bukhara yang catatannya (al-Risalah) terkumpul dalam Majmu’ fil-jughrafiyya pada tahun 940 Masehi.

Pedang ini asalnya dari harta ghanimah ataupun rampasan perang dari Bani Qaynuqa. Iaitu salah satu dari tiga suku Yahudi yang menetap di Madinah. Bagaimana pedang buatan orang-orang Kedah Tua boleh sampai ke tangan suku-suku Yahudi di Madinah? 

Mengapa dalam banyak-banyak pedang, Pedang Qala’i ini dipersembahkan kepada Nabi S.A.W.? Lantas Nabi S.A.W sendiri memilihnya dan memasukkannya ke dalam koleksi pedang-pedang kesayangan baginda yang berjumlah 9 bilah pedang itu. Cuba kaji asal-usul ‘mereka’ itu dan anda akan terkejut kerana perdagangan orang Melayu melepasi 300 tahun Sebelum Masehi. Bagi yang mengkaji dan meminati sejarah mungkin tidak hairan kerana usia tapak arkeologi Sungai Batu kini sudah mencapai 500 tahun sebelum Masehi dan ia masih ‘mengira’.

Sekarang ada riwayat lain yang agak banyak menyebutkan bahawa Abdul Muttalib telah menemui dua patung kijang diperbuat dari emas bersama-sama sebilah pedang Qala’i ketika menggali telaga zamzam yang sebelum ini telah terkubur ketika zaman selepas Nabi Ismail a.s. Setelah mendapat alamat melalui mimpi. Riwayat-riwayat itu termasuk :
  1. At-Tabari
  2. Al-Azraqi
  3. Al-Fakihi
Di sini kita menemui item yang sama, Pedang Qala’i buatan dari Kedah Tua yang kita ketahui pada hari ini tahu tentang penemuan tapak pemperosesan besi purba di Sungai Batu dan Lembah Bujang. Bukti ini pula disahkan oleh Al-Idrisi dan Abu Dulaf.

Menurut sarjana Islam terkenal al-Kindi dalam kitabnya ar-Risalah ba’da Ikhwanuhu as-Suyuf dan dikomentar oleh al-Biruni, Terdapat 3 pedang yang terbaik dan tinggi kualitinya di dunia! Pertama pedang Yaman, Yang kedua pedang Qala’i dan yang terakhir ialah pedang ‘al-Hind’.

Namun ahli geografi terkenal iaitu Idrisi pula menegaskan dalam kitabnya al-Rujjar bahawa apa yang dinamakan pedang ‘al-Hind’ itu sebenarnya berasal dari pedang Qala’i itu. Seorang lagi sarjana tersohor Islam Iaitu Al-Kindi menyatakan pedang-pedang Qala’i apabila tiba di wilayah Arab, sering ditukarkan namanya menjadi ‘pedang Yaman’. 

Apabila saya sampai di Kalah (Kedah), saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok kota, taman-taman bunga dan aliran mata-mata air dari bumi. Saya lihat lombong bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya dalam dunia ini. Di dalam kota ada tukang-tukang membuat pedang “qala’I” iaitu pedang Hindi yang tulen…” - Abu Dulaf 940 Masehi. 

"..when a sword is made from Qala'i and tempered in Yemen, beware it!.. (al-Jahiz)

Masih banyak lagi rahsia di alam melayu ini yang belum dirungkai dan dijumpai. Itu tugas kita bersama demi mengungkap dan mencari kebenaran kehebatan Alam melayu yang telah ditutup dan dimanipulasi banyak pihak termasuk penjajah. Kita bongkarkan sama-sama dan tunjukkan kepada anak cucu cicit kita betapa hebatnya orang Melayu dahulu.


Arkib : 04 November 2020

Assalam, mungkin tulisan di bawah dapat merungkai serba sedikit beberapa persoalan tentang besi Kedah dan sumber cerita pedang Qala'i. InshaAllah dan selamat membaca.

************************

Pedang Qala'i  Mencatur Kegemilangan Empayar

oleh Muharawi

Dalam satu pembentangan pada tahun 2015, Prof Dr Mokhtar Saidin menyatakan Al-Kindi (801 - 873 M), seorang sarjana Arab menulis bahawa pedang terbaik di dunia datang dari Yaman, Kalah dan Hindi.

Al-Kindi atau nama sebenarnya Ya'qub ibn Ishaq al-Kindi telah dititahkan oleh Khalifah Abbasiyah untuk mengkaji tentang pedang terbaik dan ciri-ciri pembuatan dan mutunya dan beliau mencatat dalam karyanya bertajuk "Perihal Pedang dan jenis-jenisnya" Ini membuatkan beliau mencatat antara lainnya tentang Semenanjung Melayu atau lebih dikenali sebagai Kalah Bar. Kalah Bar ialah tanah semenanjung, manakala Kalah Bahr ialah Laut Kalah iaitu Selat Melaka. Bar dan Bahr ialah dua yang berbeza. Oleh kerana Al-Kindi membawa amanat Khalifah, maka kajian dan catatan beliau adalah amat tinggi nilai wibawa dan ilmiahnya.

Di sini kita renungkan sedikit. Zaman Empayar Abbasiyah adalah era keemasan empayar Islam. Mereka telah bertempur dan menewaskan kuasa besar Rom dan Parsi dalam beberapa siri peperangan. Pedang adalah senjata tempur yang menentukan kemenangan mutlak sesuatu peperangan. Simboliknya, pedang adalah senjata yang dihunus ke leher musuh untuk mereka menyerah diri. Malahan pedang juga adalah senjata yang dikumpul dan diserahkan oleh musuh secara beramai-ramai sebagai tanda menyerah kalah. Ini bermakna pedang yang digunakan oleh tentera Islam ternyata lebih ampuh dari pedang Rom dan Parsi. Ironinya, al-Kindi merumuskan pedang buatan Kalah adalah dua terbaik dalam kategori yang paling atas. Apakah pedang buatan Kedah Tua yang digunakan oleh tentera Abbasiyah menentang Rom dan Parsi. 

1. Bukti kewujudan pedang Qala'i dalam sejarah

Sebelum kita pergi jauh, fahami dulu nama pedang tersebut. Kalah atau Qalah adalah sebuah negeri dalam sebutan Arab yang merujuk kepada Kedah. Tatabahasa Arab akan menambah konsonan yang berbunyi 'ee' dihujung bagi setiap yang berasal dari sesuatu tempat. Qalah (qaf, lam, ha) menjadi  Qala'i (qaf, lam, ain, ya), قلعي (Qala-ee). Rom menjadi Rumi, Fars menjadi Farisi, Khurasan menjadi Khursani. Oleh itu pedang yang diperbuat di Q/Kalah di beri nama pedang Qala'i. Seterusnya, sesetengah para penyelidik mengambil nama Qala'i itu merujuk pada besi yang diproses di Kedah Tua dan menyebutnya Besi Kalai. 

Perlu diingat, sumber utama sejarah tentang pedang Qala'i ialah dari sumber Arab. Selain al-Kindi di abad ke 9, sarjana Arab lain yang mencatatkan tentang pedang Qala'i dan pembuatan alatan besi di Kedah ialah al-Idrisi abad ke 12, Mis'ar ibnu Muhalhil abad ke 10, al-Biruni abad ke 11 dan beberapa nama lain. Manakala, tidak pula diketahui apa panggilan pedang tersebut di benua India. Ada  tercatat tentang besi dari Kazakham (Kedah) dalam himpunan puisi 'Pattinapalai' pada abad pertama masihi dan juga terdapat dalam satu catatan lain di abad kesepuluh. Sama ada besi dari Kedah ada digunakan untuk pembuatan pedang Hindi, penulis masih mencari faktanya. Namun mengikut catatan India, besi dari Kedah digunakan untk membuat roda kereta kuda atau 'chariot'

Setakat kini, catatan terawal tentang pedang Qala'i ialah melalui peristiwa peperangan antara tentera Islam menentang Yahudi Bani Qaynuqa pada tahun 624 M. Tentera Islam menang dan di antara rampasan perang ialah sejumlah pedang Qala'i. Sambil memegang pedang rampasan tersebut, diberitakan, Rasulullah bersabda, "Pedang kita ialah dari Qala'ah". Apa yang disebut Rasulullah adalah hadith, dan sumber sirah ini merujuk pada Ibn al Athir seorang Muhaddith yang hidup sekitar 1150 - 1210 M.

Ada satu riwayat yang mengatakan Abdul Mutalib, datuk kepada Nabi Muhammad saw, ketika berusaha menggali telaga Zamzam, telah terjumpa beberapa tinggalan barangan lama dalam tanah. Antaranya ialah peralatan besi dan juga pedang. Kesemuanya di leburkan untuk dibuat pintu Kaabah. Kisah ini tidak dapat dipastikan kesahihan sumbernya. 

Terdapat suatu surat yang disimpan oleh Ibn Abd Rabbih (940 M). Ia adalah surat dari Maharaja Srindravarman dari Srivijaya untuk Khalifah Umar bin Abd Aziz, antara lain isi kandungannya berkenaan hadiah berupa pedang Qala'i untuk Khalifah Bani Umayyah tersebut yang memerintah sekitar tahun 717 - 720 M. Ini membuktikan adanya hubungan diplomatik antara Srivijaya dan Kerajaan Islam Bani Umayyah seawal abad ke 8.

Namun bukti muktakhir tentang pedang Qala'i terletak di muzium Topkapi, Turki. Pedang milik Nabi Muhammad saw. Ia berukuran 100 cm panjang. Ia dikatakan mempunyai bentuk yang beralun atau berlekuk, tapi bukan bermaksud berluk. Berluk maknanya berlekuk di bahagian sisi, tapi jika diperhatikan, bilah pedang yang pipih itu tidak rata tapi beralun (rujuk gambar) dan ia bertulis " Ini adalah pedang mulia milik keluarga Nabi Muhammad, Pesuruh Allah."

2. Catatan sarjana

Dalam catatan  al-Kindi , ia merumuskan terdapat tiga kategori pedang iatu 'atiq,'atiq wa-la muhdath dan muhdath. Untuk memudahkan pemahaman, penulis menyebut sebagai Unggul, Bagus dan Sederhana. Setiap kategori itu pula tebahagi kepada beberapa yang lain. Tidak kurang  15 jenis pedang yang di huraikan oleh al-Kindi. Unggul adalah kategori paling atas.

"Pedang Unggul terbahagi kepada tiga jenis : yang pertama dan paling hebat ialah pedang Yemen, kedua ialah Qala'i dan ketiga ialah Hindi . . ." al-Kindi mencatat.

Al-Kindi mencatatkan  "Qala'i yang seberat tiga ratl kurang suku (2.75 ratl) bersamaan 10 - 15 dinar bergantung pada bentuk dan keruncingan  mata pedangnya. Pedang Qalai hanya selebar empat atau tiga jari . . . dan panjangnya antara empat hingga lima jengkal melainkan bagi yang telah dikurangkan dan ditokok tambah".

Berat 2.75 ratl itu bersamaan 0.9 kg. Ukuran panjang tersebut sepadan dengan pedang yang terdapat di Muzium Topkapi. Satu jengkal lebih kurang 22 - 23 cm, jadi 4 - 5 jengkal bersamaan 88 - 115 cm. Bermakna pedang Qala'i di Muzium Topkapi itu jatuh dalam julat yang dicatat oleh al-Kindi. Pamornya bersimpul-simpul dan beraneka, jelas kelihatan berbanding pedang Yaman.

Seperkara yang perlu diingat, apabila sumber Arab menyatakan al-Hind, ia bermaksud perairan atau maritim dan tanah di sekitar Selat Melaka hingga ke Laut Jawa dan ia mengunjur dari Teluk Benggala, atau lebih tepat Pakistan masa kini. Oleh itu jika sumber Arab menyebut penduduk atau orang al- Hind, ia bermakna penduduk di rantau Kepulauan Melayu. Tradisi penggunaan nama Hindi itu diteruskan di zaman kolonial Belanda dan Inggeris di mana mereka menamakan Hindia Timur untuk rantau kepulauan Melayu dan Hindia Barat untuk jajahan Inggeris di benua kecil India. Banyak penulisan orientalis barat melakukan kesilapan atau sengaja menterjemah al-Hind sebagai India.

Al-Idrisi menulis tentang Segitiga Lautan Hindi, iatu Uman (Tanah Arab), Sufalah (Afrika Timur) dan Kalah (Kedah). Beliau mengatakan penduduk dari "kepulauan al-Hind" juga datang dan mengimpot besi dari Sufalah kerana besinya mempunyai kualiti tersendiri yang diperlukan oleh tukang besi al-Hind.

Jelas disebut tentang "Kepulauan al-Hind" dan memperkuatkan hujah di atas kerana benua kecil India bukan terdiri dari kepulauan.

Al-Idrisi juga mencatatkan " . . . penduduk al-Hind sangat handal membuat beberapa bahan dari campuran unsur-unsur yang membantu mereka melebur besi menjadi besi Hindi bersempena nama al-Hind. Di sana (al-Hind) terdapat bengkel-bengkel pembuatan pedang, dan hasil dari tukang besi mereka jauh lebih baik dari orang lain . . . Namun tiada besi (pedang) yang setanding ketajaman (yang diperbuat oleh) al-Hind. ini adalah fakta umum, tiada siapa yang dapat menafikannya".

Mis'ar ibn Muhalhil atau lebih dikenali sebagai Abu Dulaf yang diutuskan oleh Putera Samanid, Nasr bin Ahmad ke istana China mencatatkan, "Aku pulang dari China ke Kalah, yang merupakan negeri pertama di al-Hind dari arah China di mana kapal berhenti dan berlabuh. Ianya sebuah kubu yang hebat dimana terdapat lombong timah Qala'i dan hanya boleh di dapati di dalam kubu ini dan disitu juga pedang Qala'i ditempa".

Beliau juga mencatat "Pedang Qala'i , ianya adalah hebat, diperbuat di al-Hind".

Dari catatan di atas, bukan sahaja pedang dinamakan sempena Qala'i, malahan timah juga dinamakan timah Qala'i. 

Al-Biruni ada mencatat "Pedang Qala'i, seperti juga timah, diberitakan diekspot dari Kalah dan disebut ianya adalah bercirikan Qala'i. dan ianya adalah pedang yang lebar."

Catatan di atas cukup membuktikan bahawa adalah sahih pedang Qala'i diperbuat di Kalah. Namun belum ada penemuan arkeologi di Lembah Bujang yang menemukan bengkel mahupun kesan pembuatan pedang. Tapi dengan nama-nama besar sarjana Arab tersebut, yang bukan calang-calang dan di utus sendiri oleh pihak Khalifah, kewibawaan catatan mereka tidak boleh diperikaikan. 

Mungkin ada pembaca, yang keliru dengan beberapa catatan sarjana tersebut seperti "pedang Qala'i yang diperbuat di Yemen". Ini perlu diperhatikan dengan baik. Pedang terbahagi kepada dua bahagian. Pertama bilah dan keduanya, hulu. Pedang diekspot, sama ada dalam bentuk bilah sahaja atau beserta hulunya. Seperti yang disebut, pedang kategori Unggul adalah yang terbaik. Pedang sebegini adalah lambang prestij dan status. Kebiasaannya, hulunya akan ditempah mengikut citarasa pembeli/pemilik dengan kepakaran dan bahan tempatan. Bilah pedang pula akan di ukir dengan aluran corak, motif dan tulisan tertentu. Hiasan pada hulu, corak dan motif yang diukir pada bilah itulah yang akan menentukan harganya. Sebab itu ia disebut pedang Qala'i yang diperbuat di Yaman. Dengan kata lain pedang itu diberi nilai tambah dan harganya berlipat kali ganda dari pedang atau bilah Qala'i asal.

3. Ciri-ciri pedang terbaik

Penyelidikan al-Kindi juga meliputi pedang Rom dan Parsi namun agak menghairankan beliau tidak meletakkan kedua pedang tersebut antara terbaik sedangkan mereka antara kuasa besar ketenteraan. Al-Kindi menilai pedang terbaik berdasarkan tiga ciri, iaitu kepadatan, kejituan dan kelenturan. Ketiga - tiga ciri tersebut bergantung pada bahan dan teknik pembuatan.

Menurut komentar keatas karya al-Kindi, pedang Unggul terutamanya Qala'i dan Yaman mempunyai kandungan karbon yang tinggi, manakala pedang Rom Byzantin hanya mengandungi 0.3 % karbon. Kandungan karbon yang lebih tinggi ini sebenarnya telah merubah besi itu menjadi besi keluli. Besi keluli mempunyai kelenturan dan kelenturan adalah aspek yang penting kerana ia membuatkan pedang tidak mudah patah. Kepadatan membuatkan pedang itu tidak mudah sumbing manakala kejituan akan memastikan pedang itu lasak.

Catatan al-Kindi menyenaraikan banyak terma seperti narmahan, syarbuqan, faqirun, mawallad dan lain-lain. Tidak perlu untuk menghuraikan nama dan terma tersebut di sini, cukuplah sekadar menceritakan sifatnya. Namun terma "fuladh" harus diingati kerana ia bermakna keluli. Sehingga kini, keluli adalah bahan penting dalam dunia moden ini. Struktur konkrit memerlukan keluli untuk membina rangkanya. Hampir kesemua pedang yang dikaji oleh al-Kindi ini ialah pedang keluli, tetapi bukan pedang Byzantin yang ditempa terus dari jongkong besi.

Keluli terhasil dari proses lain dari peleburan bijih besi. Ia adalah proses hiliran untuk meningkatkan mutu besi untuk tujuan tertentu. Barangkali Inilah yang dimaksudkan oleh al-Idrisi di mana tukang besi Kalah mempunyai kemahiran mencampur beberapa besi dan bahan tertentu untuk menghasilkan keluli dan pedang keluli terbaik. Proses membuat keluli dilakukan melalui peleburan didalam bikar. Jongkong besi adalah bahan utama di samping bijih besi, arang kayu atau arang batu dan beberapa bahan lain. Bikar tersebut ditutup mati serapatnya supaya bahan di dalamnya tidak meluap keluar. Ia dibakar di dalam relau pada suhu 1500 o C untuk  jangkamasa tertentu, supaya besi, arang dan bahan-bahan lain bercampur dengan sebati.  Kemudian ia dibiarkan sejuk sebelum penutupnya dibuka. Campuran besi yang berat dan sebati tadi akan mendap ke bawah kerana berat, bahan-bahan yang tak sebati yang ringan akan berada di atas. Hanya dengan mengetuk beberapa kali, bahan yang di atas akan  pecah dan terpisah dari sebatian dibawah. Sebatian di bawah itulah keluli. Bentuknya setongkol mengikut rupa bikar tersebut. Oleh kerana ia menggunakan bikar, ia lebih dikenali dengan nama 'crucible steel', 'wootz steel' oleh pengkaji barat.

Pedang Qala'i dan pedang keluli yang lain memerlukan tukang untuk mengilatkan bilahnya. Ia memerlukan tugasan khas dan kepakaran. Hanya dengan teknik kilatan yang betul dan mahir, pamor di bilah pedang itu akan timbul dan ketara.. Pamor pedang Qala'i, menurut al-Kindi coraknya bersimpul simpul  dan beraneka bentuk. Pamor adalah identiti dan ciri penting pada senjata besi dan pemiliknya. Ia umpama cap jari. Pemilik akan mengenali senjatanya hanya dengan meneliti pamor. Tiada keris atau pedang mempunyai bentuk pamor yang sama.     

Yaman merupakan pusat perdagangan pedang. Bermacam pedang dari segala ceruk rantau dibawa ke sana. Pedang atau bilah Qala'i asal yang dibawa ke sana, menurut al-Kindi hanya berharga 10 - 15 dinar. Namun setelah kerja tokok tambah atau di tambah nilai ia boleh dijual setara dengan pedang Yaman iaitu 50 hingga 100 dinar. Harga tersebut terhasil dari kerja-kerja kosmetik seperti mengilatkan bilah, membuat dan menghias hulu, mengukir tulisan dan corak malahan menitikkan emas ke dalam lubang yang dibuat di atas bilah.

Bila disoroti, pedang Qala'i ini sudah tiba di Tanah Arab sebelum era Islam lagi dan di abad ke 13 M masih menjadi bahan dagangan. Tidak kurang 800 tahun perdagangan dan pengeluaran pedang Qala'i ini antara Kedah dan Tanah Arab.  Justeru itu, di zaman Srivijaya, penguasaan ke atas Kedah adalah kemestian demi penguasaan ke atas sumber senjata paling utama. Malahan dagangan senjata merupakan sektor yang mewah hasilnya.

Perbandingan pedang yang di dapati dari catatan al-Kindi, berat dan lebar pedang Qalai adalah kurang berbanding pedang lain, namun dari segi mutu, ia jauh lebih baik. Mutu pedang seperti disebut awal tadi ialah kepadatan, kejituan dan kelenturan. Ciri-ciri ini pernah tersebut dalam suatu catatan yang mana tentera Rom kehairanan mengapa pedang tentera Islam yang lebih kecil dan ringan mampu mematahkan pedang mereka yang lebih berat dan besar. Ini merupakan satu petunjuk untuk membuat spekulasi bahawa pedang Qala'i adalah antara yang digunakan oleh tentera Islam kerana ia adalah dalam kategori pedang Unggul iaitu jenis terbaik dan ringan serta tidak berapa lebar.  Ciri tersebut amat penting dalam tempur berpedang kerana mudah untuk mengemudi pedang secara libasan, menghunus, menukar arah dan menangkis serangan lawan.

Manakala sejarah dari kitab suci mengaitkan besi dengan kelengkapan perang. Kedah Tua mula mengeluarkan jongkong besi seawal 788 M mengikut jumpaan arkeologi, dan ada kemungkinan tarikh tersebut menganjak ke zaman yang lebih awal.

4. Di manakah pusat pembuatan pedang Qala'i

Sehingga kini masih belum di jumpai kesan tinggalan pembuatan pedang di Lembah Bujang, sama ada Sungai Batu, Sungai Mas dan Pengkalan Bujang. Ketiga-tiganya suatu ketika dulu adalah  "emporia" iaitu pusat perdagangan entrepot pada abad yang berlainan. Bermula di Sungai Batu kemudian di ambil alih oleh Sungai Mas sekitar abad ke 5, dan Pengkalan Bujang bermula dari abad ke 10. Ini bermakna, ketika Abu Dulaf singgah di Kedah, beliau berlabuh di Pengkalan Bujang. Beliau mengatakan ada tembok besar untuk memasuki kota tersebut dan di dalam negeri itu ada banyak lombong timah dan juga banyak aktiviti pembuatan pedang Qala'i. Apakah pernah ada penemuan tembok kota di sekitar Pengkalan Bujang?

Abu Dulaf mencatatkan tentang tembok, lombong bijih timah dan pedang bergandingan. Al-Biruni pula mencatat timah dan pedang, manakala al-Idrisi menyebut tentang besi, bengkel dan pembuat besi dan pedang. Di samping al-Kindi, catatan 3 tokoh di atas sudah amat penting untuk merumuskan Kedah adalah pengeluar pedang Qala"i. Catatan mereka pula berkisar dalam empat abad iaitu abad 9 hingga 12, dan kesemua catatan tentang Qalah dan pedang Qala'i adalah konsisten.

Kedah merupakan pengeluar bijih timah utama suatu ketika dulu. Kalah, Kataha, Kataram atau ringkasnya Kedah Tua itu menjajar dari Ligor di utara hingga ke Kuala Selinsing. Keseluruhan pantai barat semenanjung di panggil Kalah Bar atau Tanah Kalah oleh pedagang dan pelayar Arab. Petunjuk penting untuk sampai ke pusat pengeluaran pedang Qala'i ini ialah tembok besar dan lombong bijih timah purba.

Satu soalan yang perlu dirungkai ialah apakah pengeluaran pedang Qala'i ini berpusat dan dikawal atau bebas dikerjakan oleh penduduk sebagai mata pencarian utama. Sepertimana peleburan besi, industri tersebut kelihatan tersebar jauh ke pedalaman dan taburannya tertumpu di rangkaian sungai dan penyelidik malahan penduduk kampung kerap menjumpai relau yang belum digunakan. Untuk menjumpai besi keluli di sekitar Lembah Bujang mungkin sukar kerana ia adalah komoditi dagangan yang lebih berharga dari jongkong besi, sepertimana sukar dan sedikitnya bloomery iron (besi kembang) yang ditemui di tapak Sungai Batu. Jika dapat ditemui besi keluli di sekitar Lembah Bujang, ia adalah artifak paling penting dalam meneroka legenda pedang Qala'i !!

Rujukan :

Medieval Islamic Swords and Swordmaking, Kindi's Treaties "On Swords and their Kinds" efition, translation and commemtary by Robert G Hoyland and Brian Gilmour.

Malaysian Weapon in Arabic Literature: A Glimpse of Early Trade in The Indiam Ocean by SQ Fatimi.

Swords amd Sabers During the Early Islamic Period by David Alexander.

https://www.facebook.com/1413499895570914/posts/2718317498422474/

Arkib : 11 Februari 2021

Al-Qala’i (القلاعي) – Namanya mempunyai hubungan di Syria atau India yang berhampiran dengan China. Pedang ini salah satu pedang yang di dapati oleh Rasulullah SAW dalam harta rampasan perang daripada Bani Qainuqa’ Yahudi Madinah. Panjangnya hampir 100 sentimeter. Sekarang tersimpan di Muzium Topkapi, Istanbul, Turki


https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3489-bayan-linnas-siri-ke-19-pameran-athar-rasulullah-saw-hukumnya-pedang-dan-rambut-serta-janggut-rasulullah-saw

" Kalah" or "Kalaha" was Found by Kurds from the Kalahar Tribe


The State of Kedah, which was opened in 11th century A.D. was originally named " Kalah " (Muhammad Hassan, 1968: 3). " Kalaha " was the name of a tribe of Kurds, i.e. the natives of Iran who migrated to the Nusantara in the 10th and 11th century A.D. When the " Kalahar " tribe settled in Kedah, the other tribes moved on to settle down in other parts of the Malay Archipelago (Omar Amin Husin, 1962: 185).


Historians had proven that the Kingdoms of Pasai, Rokan, Kuntu and Siak in Sumatra were opened by Muslim Iranians as far back as 969 A.D. Tombstones engraved in the Pahlawi script were found there. Legor, or Nakhorn Si Thammarat was opened by Kunu Iranians who named the city, Jamguerd. Arabs pronounced it as " Jamkut ". The same could be said of a settlement in Leren, near Gerisik in East Java, which was believed to have been opened by Iranians of the Lor tribe. Zainab binti Maimun who was buried in Leren in 1101 A.D. had Sulaiman al-Farisi as one of her ancestors (Omar Amin Husin, 1962: 179)


When the Kalahar tribe arrived in Kedah, they named the place in accordance with the name of their tribe : Kalahar. Muhammad Hassan in his book, " Al-Tarikh Salasilah.. ", wrote its name as " Kalaha ". Arabs pronounced it as " Kalah ". These Kurds tribes who had migrated to the Nusantara did so not only for trade, but also in search of a calm and peaceful life, away from their own strife-torn land. These Iranians had also migrated to Africa, India, The Middle East, the Far East and New Zealand. The Malay Archipelago or "Nusantara" was also one of their destinations.

http://www.vikingsword.com/vb/showthread.php?t=19019

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...