Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 19 November 2020

TOK KENALI

Arkib : 19 November 2020 


Gambar : Allahyarham Tok Kenali Dalam Kenangan

Hari ini 19/11/2020 genap 87 tahun Tok Kenali wafat.

Majalah "Pengasuh" keluaran 11.12.1933 mencatitkan berita tentang kematian Tok Kenali antara lain berbunyi :

"Kembali ke Darul-Baqa 1352H yang meredupkan alam Kelantan dengan dukacita. Innalillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun"

Hari wafatnya dilawati oleh tidak kurang daripada 2,500 orang dan sembahyang jenazahnya lebih daripada 1,000 orang. 

Bayangkan pada tahun 1933, media elektronik tiada lagi untuk kita maklum pada orang awam dalam masa yang singkat.

2,500 orang yang hadir bukanlah angka yang sedikit di waktu itu ditambah pula sistem pengangkutan yang belum lagi maju. Sungguh Allah Taala telah muliakan auliyaNya.

Marilah kita sedekahkan bacaan al-Fatihah buat Wali Allah Tokoh Ulamak Ulung Nusantara ini. 

Baca Al-fatihah kepada ruh Tuan Guru Shaykh Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali (1868 – 1933) 

#KenaliUlamak 💙.🌿

ﷺ ❤️ ﷺ ✨صلوا على حبيب الله✨ ﷺ 

صلى الله عليك و سلم يا رسول الله

في كل لمحة ونفس عدد ما وسعه علم الله

-------------------------------------------------


Anak-anak Tok Kenali :-

Duduk kiri ke kanan
  1. Tuan Guru Haji Ahmad @ Tok Bakok
  2. Syeikh Haji Salleh al-Kalantani
  3. Dua pupu mereka yang bernama Yaakob
  4. Tuan Guru Haji Mahmud
  5. Syeikh Haji Abdullah Zawawi
#Gambarsejarah


-------------------------------------------------


Setiap yang berlalu akan menjadi sejarah.. Sejarah mengajar manusia hidup bertamadun..manusia hidupnya bertamadun akan menjadi sejarah..

Siapakah yang berada di dalam gambar bersejarah ini yang diambil pada 20 September 1928 di hadapan bangunan MAIK ini?

Duduk dari kiri ke kanan :
  1. Wali Allah Tuan Guru Haji Muhammad Yusof Bin Ahmad @ Tok Kenali
  2. Tuan Haji Zainal Abidin Bin Ahmad @ Za'aba
  3. Dato' Bentara Luar Megat Uthman
  4. Encik Muhammad Adnan Arifin (editor Pengasuh)
Berdiri tengah dari kiri ke kenan :
  1. Tidak diketahui
  2. Hassan Haji Umar (pengurus Matba'ah MAIK)
  3. Dato' Lela Negara Haji Ahmad Ismail (murid Tok Kenali)
  4. Tuan Guru Haji Wan Ahmad Khatib (cucu Tuan Guru Haji Awang Alim Atas Paloh)
  5. Tidak diketahui
  6. Dato' Lela Jasa Wan Hanafi (setiausaha MAIK)
  7. Nik Hasan Bin Wan Isa
Belakang dari kiri ke kanan :
  1. Tuan Guru Haji Yaakob Bin Haji Ahmad @ Haji Yaakob Lorong Gajah Mati
  2. Tuan Guru Haji Ahmad Khat (guru Madrasah Muhammadi)
  3. Tidak diketahui
  4. Tok Semanggit Fathani @ Haji Ismail
  5. Tidak diketahui
  6. Dato Seri Nara Diraja Nik Ismail Bin Haji Nik Mahmud
خديجة عبد الوهاب

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...