Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 21 December 2020

"Cepat Dimasak, Sedap Dimakan!"

Maggi BUKAN kebanggaan rakyat Malaysia


Gambar : Rangkuman iklan-iklan yang pernah dikeluarkan oleh syarikat berjenama Maggi


Maggi sekian lama menjadi ‘kata nama’ merujuk kepada produk mi segera tidak kira apa jua jenama sekalipun. Di rumah, mi segera menjadi pilihan untuk berjimat manakala mi goreng segera (baca: maggi goreng) menjadi pilihan di rakyat Malaysia untuk makan lewat malam di kedai Mamak.

Marketing Maggi secara meluas dan kerap serta berada awal dalam pasaran Malaysia menjadikan Maggi satu produk ‘otai’ yang susah untuk mendapat saingan. Perkataan ‘maggi’ telah menenggelamkan penggunaan ‘mi segera’ memberikan kelebihan ‘marketing free’ kerana menjadi sebutan setiap rakyat Malaysia dari generasi ke generasi. 

Maggi menarik perhatian para pembeli dengan harga yang rendah, kualiti yang boleh diterima oleh pasaran dan promosi yang kerap melalui iklan di TV, radio, YouTube, Facebook dan lain-lain.

Tetapi adakah anda tahu Maggi bukanlah jenama Malaysia? 

Maggi merupakan salah satu produk di bawah Nestle yang merupakan pemilik syarikat makanan dan minuman yang berasal dari Switzerland. Jenama Maggi diasaskan oleh seorang usahawan Switzerland iaitu Julius Maggi pada tahun 1884 dengan visi menghasilkan makanan yang sedap dan nutrisi untuk keluarga yang sibuk bekerja.

Kemudian, Nestle mengambil jenama Maggi pada tahun 1947 dan Maggi kini telah berusia lebih daripada 100 tahun! 

Selain Malaysia, Maggi juga mendapat sambutan di Bangladesh, Pakistan, Singapore, Australia, New Zealand, dan India.

Pada tahun 2018, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pernah menyatakan bahawa produk Maggi di India mengandungi banyak plumbum yang membahayakan kesihatan pengguna tetapi produk Maggi di Malaysia masih selamat dimakan. 

Walaubagaimanapun, kajian oleh tujuh penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM) dan University of London mendapati lebih 98 peratus daripada 707 mi segera di pasaran memiliki kandungan garam yang tinggi. 

Seorang penggemar mi segera yang menggelar dirinya ‘Ramen Rater’ meletakkan 3 produk keluaran Malaysia dalam ‘Top Ten Instant’ Noodles 2020’ iaitu MyKuali White Fish Broth Noodle, Red Chef Green Tom Yum Soup Noodles, dan Red Chef Spicy Sakura Prawn Soup Rice Vermicelli & Noodles.

Seorang lagi Food Columnist di Los Angeles Times memberikan tempat ke-2 kepada MyKuali Penang White Curry dalam “The Official Instant Ramen Power Rankings by Lucas Peterson”.

Kini, pembelian mi segera bukan lagi atas alasan berjimat semata-mata. Ianya telah menjadi minat dan juga ‘challenges’ kepada orang muda. Syarikat mi segera pulun mengeluarkan mi segera perisa pedas demi mengikuti trend semasa sehingga ada yang menghasilkan mi segera campur boba (Tealive X Mamee Spicy Mi Boba). 

Kami faham bahawa mi segera menjadi pilihan utama kebanyakan rakyat Malaysia tetapi pengurangan pengambilan mi segera lebih baik bagi memastikan tahap kesihatan kita.

Dalam penulisan ini, kami tekankan pada mi segera. Selain mi segera, Maggi mempunyai pelbagai lagi produk seperti sos, seasoning dan perencah.

Kalau hendak sokong Jenama Malaysia, Maggi bukan pilihan anda. Mi segera jenama Malaysia manakah yang anda selalu beli? Tuliskan di ruangan komen di sini (https://www.facebook.com/109107074296162/posts/136022968271239/)

#Maggi #JM #JenamaMalaysia


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...