https://www.facebook.com/photo?fbid=1307426196282739&set=a.108402099518494
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari SATU 2.0.2.1.
1. Hari ini hari cuti. Ramai orang keluar dan pergi berjalan. Ada juga yang memilih untuk duduk di rumah sahaja. Meluangkan masa bersama keluarga dengan cara tersendiri. Ada juga yang sibuk bekerja demi kemaslahatan orang lain. Gerai-gerai jualan menyajikan aneka juadah ringan di waktu petang.
2. Tengah hari tadi cuaca mendung dan hujan turun gerimis sebentar. Alhamdulillah. Sudah masuk tahun baru, melangkah masuk ke tahun 2021. Cuaca baik meskipun mendung. Bererti banyak aktiviti boleh dibuat di luar.
3. Sejak malam 27 Disember 2020, banyak serangan luar diaktifkan di alam ghaib. Seperti dijangka, gelombang aura yang tidak baik semakin kuat dan aktif di ruangan angkasa.
4. Semalam bulan mengambang penuh. Di sebahagian kawasan, bulan nampak jelas dan berwarna merah. Pada waktu ini banyak pihak sedang cuba memanipulasi dan mengeksploitasi energi alam. Para penyihir dan penyembah syaitan tidak terkecuali.
5. Usaha peringkat akhir tahun 2020, selepas Asar pada tanggal 31 Disember 2020, para ketua mereka telah mula bergerak dan berkumpul di suatu tempat. Mereka merancang sesuatu yang besar pada tahun hadapan. Kini mereka sudah berkumpul di serata tempat bersama kelompok mereka.
6. Mereka gigih berusaha dan merancang dengan teliti. Selama ratusan bahkan ribuan tahun mereka telah berusaha dan merancang. Tahun ini, seperti biasa mereka menggerakkan anggota mereka ke beberapa lokasi yang terpilih.
7. Ketika mereka memulakan upacara puja dan membaca mentera sihir memuja 1blis dan Daccal, ada segelintir orang akan mula merasa fikiran terganggu, emosi terganggu, dan badan jadi letih dan mengalami lesu yang luar biasa.
8. Rasa sakit bisa-bisa pada anggota tubuh dan sengal di bahagian tulang belakang dan rusuk. Fikiran malas berfikir. Hanya mahu rehat dan bermalasan sahaja.
9. Jika menyanyi lagu, lidah susah berhenti menyanyi dan asyik fokus kepada lirik lagu dan perkara melalaikan sahaja termasuk muzik yang mungkin mempunyai maksud terisrat atau sudah dijampi dengan unsur sihir secara halus dan tersembunyi. Hati-hati. Ia saling berkait.
10. Apa yang paling dibimbangkan bukanlah sakit fizikal pada tubuh badan. Tetapi sakit emosi, sakit jiwa, sakit mental untuk tempoh jangka masa panjang. Inilah salah satu bentuk serangan sihir di masa depan. Ia menyerang tidak kira siapa.
11. Sakit ini boleh muncul dan kekal dalam tempoh yang panjang. Atau ia hanya muncul pada waktu tertentu sahaja secara tiba-tiba. Namun hanya segelintir yang mudah merasa.
12. Ada orang tubuhnya tak rasa apa-apa. Alhamdulillah, Allah jaga. Maka perhatikan adakah unsur sakit pada jiwa, emosi dan rohani pula. Kerana adakala, sakit setiap orang tak sama.
13. Lihat tandanya pada jiwa dan dari sudut rohani selepas pulang nanti. Adakah rasa berat untuk beramal ibadah, berzikir. Hati tetap rasa tenang atau jiwa beremosi. Sentiasa mengingati Allah atau mudah lalai dalam mengingatiNya.
14. Seringkali penyakit mental, emosi dan rohani kerana unsur sihir meresap secara halus tanpa sedar. Sedikit demi sedikit.
15. Penyakit rohani sukar dikesan seperti penyakit zahir. Namun boleh dilihat dari sudut rutin harian kita. Mudah-mudahan kekal istiqamah dalam beramal ibadah. Dengan hati yang tidak lalai sentiasa mengingati Allah.
16. Dijangkakan gelombang ini akan berterusan sehingga 7 Januari 2020. Tahun baru, duduk di rumah atau pergi ke tempat yang dekat dengan sumber alam semulajadi. Seperti kawasan banyak pokok, sungai, air terjun yang dirasakan tenang.
17. Untuk sementara, elakkan pergi ke tempat terbuka seperti dataran di mana orang asyik menyanyi dan berpesta, hisap syisya dan tidak berbumbung. Terutamanya selepas maghrib hingga menjelang tengah malam.
18. Juga elakkan tempat di mana adanya perkara melalaikan dengan lagu dipasang dengan kuat, tempat yang kotor, dan tempat yang kurang mengimarahkan agama.
19. Jika mahu pergi juga, pastikan tubuh badan bersedia dengan segala ikhtiar dan persiapan benteng diri. Sihir dunia hari ini tidak sama seperti dulu. Sebenarnya mereka seringkali melakukan ritual ini cuma upacara hujung tahun ini dijangkakan jauh lebih besar.
20. Oleh itu, kita lakukanlah persiapan diri untuk memerangi mereka. Jangan bimbang, kita ada Allah. Namun hendaklah kita berusaha dan tidak sekadar berpeluk tubuh. Ikhtiar itu perlu.
21. Salah satu cara ialah baca ayat kursi sebanyak kali. Setiap kali selesai baca, tiupkan ke 7 arah. Kita ikhtiar, doa agar Allah pelihara pelihara kita dan keluarga dari segala bentuk gelombang sihir yang kuat. Agar terpelihara kesihatan emosi, tubuh badan, dan rohani daripada sebarang mudarat baik yang zahir mahupun batin.
Haseena Syaakira
Usaha meminta perlindungan Allah
1 Januari 2021
10.30 malam
#HaqqulYaqin #taqwajourney #SeeNA #SeeNothingButAllah #BahagiadenganAllah #HidupuntukAllah
#PersonalLifeCoaching
No comments:
Post a Comment