Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 2 January 2021

02 Januari 2021

Arkib : 02 Januari 2020. Kemaskini : 02 Januari 2021

Gambar 1 : Tahun 2020 hingga tahun 2021

Mesej daripada @⁨Norman Hasnun ❤🌹⁩

Perutusan Tahun Baharu 2021 Masihi

إسلام عليكم ورحمة الله وبركاته, 

سلامت سجهترا.

Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia Nya, kita masih berpeluang untuk terus berada di sini bersama-sama dengan rakan-rakan sedia ada sehingga ke saat ini. Alhamdulillah aamiin.

Bagi rakan-rakan yang telah meninggalkan kita sama secara zahir (kematian) mahupun secara batin (keluar group) marilah kita sama-sama berdoa agar mereka dilindungi dan dirahmati oleh Allah Taala. Aamiin Ya Robbal'alamiin.

Hari ini kita telah memasuki hari kedua bulan Januari 2021. Di harapkan agar anda semua sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya.

Pada tahun 2020 yang lepas, kita telah berjaya mengharungi cabaran dan dugaan bagi tempoh setahun perjalanan hidup. Tempoh ini adalah satu perjalanan yang mematangkan akal dan fikiran kita seiring dengan peningkatan umur. Tanpa pengalaman hidup, ianya tidak dapat membantu kita dalam menempuhi ujian kehidupan. Selain itu, kita juga telah menyaksikan perubahan sekeliling yang berlaku dalam hidup kita pada setiap hari, setiap masa dan setiap saat. 

Perjalanan hidup kita masih panjang (jika diizinkan tuhan) dan seharusnya kita perlu memanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Begitu juga penubuhan Kumpulan WhatsApp ini. Ianya telah melalui satu tempoh fasa perjalanan yang panjang (sejak 22 Februari 2016). Kini, ia telah mengorak langkah hampir 5 tahun lamanya. Namun, jika sekiranya tidak diisi dengan pengisian yang membantu dan membina, maka ia akan menjadi seperti WhatsApp kebiasaan yang lain. Akhirnya ia akan terbiar begitu sahaja dimamah usia.

Justeru itu, pada tahun 2021 ini, info-info kepelbagaian maklumat akan dikekalkan seiring dengan perkembangan semasa yang terkini. Ini bertujuan agar kita dapat memanfaat dan memantapkan lagi ilmu perniagaan kita masing-masing. Di samping itu, peluang-peluang perniagaan baharu sentiasa dibuka agar kita sama-sama memperolehi rezeki yang halal dan diredhai oleh Allah s.w.t. Secara tidak langsung, ini adalah antara manfaat yang diperolehi hasil perkongsian di sini.

Selain itu, setiap maklumat yang disalurkan akan disusun dan dikemaskinikan dengan rapi agar ianya seiring dengan perkembangan semasa yang berlaku di dalam negara apabila dipandang dari sudut pembangunan ekonominya.

Justeru itu, di sini dibahagikan jenis-jenis saluran maklumat tertentu kepada beberapa bahagian sebagai rujukan. Tajuk-tajuk utama dikategorikan seperti berikut :-

A. Siaran Media Crypto

Siaran ini akan merangkumi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan Matawang Digital iaitu Bitcoin dan juga Altcoins. Tajuk ini juga merangkumi ruang melalui harga penawaran di dalam pasaran semasa di dalam sistem LUNO

B. Siaran Media IGV

Siaran ini merangkumi aktiviti-aktiviti serta pelan pemasaran daripada pihak syarikat untuk maklumat para ahli-ahli program MyAppz2u dan juga bakal ahli.

C. Siaran Media Usahawan

Siaran ini diwujudkan untuk membantu dan memberikan motivasi kepada semua supaya anda mempunyai kekuatan dan semangat yang teguh serta jitu dalam menjalankan perniagaan anda masing-masing sebagai seorang usahawan.

D. Siaran Media Ekstra

Siaran ini merangkumi perkara-perkara berkaitan dengan info kes-kes penggodam (scammer), isu-isu terbaharu mengenai ekonomi semasa dan juga mengenai pembangunan koperasi. Selain itu, isu-isu lain yang berbangkit seperti dalam ruang Matawang Digital (Cryprocurrency) ataupun perniagaan yang sedia ada di pasaran yang melibatkan perniagaan jenis e-dagang (e-commerce) akan turut disiarkan.

Penutup

Semoga usaha kita untuk meneruskan perjuangan ini diberkati oleh Allah s.w.t. In Shaa Allah, aamiin.

P/S : Sekiranya maklumat yang disertakan mempunyai perkataan Ulang Siar Media berulang-ulang, anda boleh langkau bacaan itu dan terus fokus kepada maklumat yang disertakan. Sekian, terima kasih.

WhatsApp Group (Cryptoversity) : https://chat.whatsapp.com/17hNKXJocHPLLhZUq38cAr

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...