Komuniti Kecil WhatsApp
Saya tiba-tiba dimasukkan ke dalam sebuah group WhatsApp sebuah warung yang saya selalu singgah. Pada mulanya saya rasa jengkel.
Nak left group tak sampai hati pulak. Jadi saya biarkan saja group WhatsApp itu menjadi wakeup call di pagi-pagi hari. Warung ini jual nasi lemak, dan lepas subuh pemilik group akan poskan menu pagi.
Lama-lama rasa seronok juga melihat transaksi dalam group WhatsApp ini. Ada orang nak sambal lebih, ada yang nak pesan laksam. Saya sekadar memerhatikan sahaja gelagat-gelagat mereka. group WhatsApp itu sudah jadi kampung.
Tak menang tangan kakak nasi lemak itu menaip order. Laksam sold out! Jerit kakak itu dengan tanda seruan.
"Alamak!" Balas pemesan.
"Esok akak simpan untuk awak ya!" Balas Kak Imah.
Dalam pukul sepuluh Abang Man penjual ikan pulak masuk ambil order. COD ikan, udang, ketam, semua segar-segar.
Pukul 12 ikan Abang Man sudah sold out.
Nanti petang sikit, Kak Milah jual wafer, ayam gunting pulak masuk ambil order.
Macam main jual beli saja. Saya pemalu, dan tidak mahu dikenali. Jadi, kalau nak beli saya WhatsApp personal saja.
Zaman sekarang, sudah berubah. Cukuplah kalau kita dapat berkomunikasi dengan baik dalam komuniti kecil kita, itu pun sudah memadai untuk kita mencari sesuap nasi.
Jika Tuan Puan dalam kesempitan disebabkan PKP ini, berkomunikasilah dengan komuniti kecil Tuan Puan. Mungkin di situ ada cahaya.
Semoga bermanfaat.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10218875839068801&id=1286870379
No comments:
Post a Comment