Some write for money. Some write to share.
I write to share for your knowledge. Religions, Politics and Conspiracy Theories, these are my fields of interests.
I am not a perfect person. Please correct me if you saw my mistakes so that I will learn from it…
Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018
Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)
Sunday, 3 January 2021
TAHUN BARU MASIHI
Gambar : Peringatan - Ingat ! Malam Tahun Baru Bukan Perayaan Umat Islam
TAHUN BARU MASIHI
Kalau tak sambut? Jadi masalah ke?
Aku pelik juga la dengan orang Islam di Malaysia ini. Sibuk sangat nak sambut perayaan kuffar. Kalau tak sambut, jadi masalah ke?
Berapa banyak orang kafir masuk agama Islam disebabkan keterbukaan kamu menyambut perayaan mereka? Ada berbondong-bondong masuk agama Islam? TAK ADA!
Kalau tak sambut, kiranya tak berpadu ke? Banyak lagi cara nak "nampakkan" perpaduan itu. Bukan dengan menyambut dan meraikan perayaan mereka.
Agama mereka, biarlah mereka dengan agama mereka. Agama kita, biarlah kita dengan agama kita. Tak perlu nak "cross field" sangat.
Pada aku tak perlu nak pupuk semangat perpaduan antara kita dan mereka, tapi kerjasama sahaja. Kerjasama yang diperlukan, bukan perpaduan.
Berpadu dengan mereka pun nanti akan jadi hal yang dah berlaku dalam kebanyakan masyarakat Islam di negara lain. Makin jauh dari landasan Islam :
Tak dibenar azan berkumandang secara terbuka.
Tak boleh berpuasa di bulan Ramadhan dan amalan ibadah berkaitan secara terbuka.
Kena terima arak, judi dan riba.
Kena makan makanan syubhat macam mereka yang ada bahan haram seperti babi dan sebagainya.
Kena terima ideologi Elgeebeetee (LGBT) dan
Kena ikut cara hidup kebebasan seks dan sosial mereka.
Tiada program Zikir atau Selawat perdana secara terbuka.
Saya sejujurnya sebelum ini memang meraikan Happy New Year setiap tahun dari saya kecil sampailah dah besar sekarang. Besar umur dan besar badan juga tiber (Sebab PKP haha) . Semangat dan azam tahun baru, raikan dengan countdown etc.
Setelah saya mendalami ayat Quran & hadis ini dan syarah ulama' muktabar dalam isu ini, saya terus tidak meraikannya, sebagai taqwa saya kepada Allah.
Ramai yang kata, "Adoi, apa lah salah sangat New Year. Bukannya sembah agama lain pun".
Tetapi tahu tidak agama apa yang semangat ingin meraikan Happy New Year ini? Lihat petikan di bawah:
Iaitulah sambutan keagamaan Kristian sebagaimana dinyatakan dalam Ensikolpedia Katolik :
For the Catholics in England Pius VI (19 March, 1777) established the following lists of feasts: Easter and Pentecost two days each, Christmas, New Year’s Day, Epiphany, Ascension, Corpus Christi, Annunciation, Assumption, Sts. Peter and Paul, St. George, and All Saints.
Dalam website yang sama juga mengatakan ianya merupakan sambutan yang berasal daripada agama Pagan:
"Christian nations did not agree in the date of New Year’s Day. They were not opposed to 1 January as the beginning of the year, but rather to the pagan extravagances which accompanied it."
Jadi. Boleh tak Muslim sambut Happy New Year? Ayuh kita dalami dalil ini :
Dalam surah al-Furqan, surah 25, ayat 72 apabila Allah Taala menceritakan sifat-sifat Ibaadur Rahman :
Maksudnya : “dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara membersihkan diri daripadanya”.
Menurut Ulama Tafsir, maksud al-Zur (Lihat tempat bergaris) adalah perayaan-perayaan orang kafir [Ibn Kasir, 6/130].
Jelas daripada ayat ini Allah melarang kaum muslimin menghadiri perayaan kaum muyrikin.
Lihat juga hadis ini :
عن أنس بن مالك قال كان لأهل الجاهلية يومان في كل سنة يلعبون فيهما فلما قدم النبي صلى الله عليه و سلم المدينة قال كان لكم يومان تلعبون فيهما وقد أبدلكم الله بهما خيرا منهما يوم الفطر ويوم الأضحى
Maksudnya : Daripada Anas bin Malik katanya : Adalah kaum Jahiliah mempunyai dua hari dalam setahun untuk mereka bermain-main (berseronok) maka apabila Nabi s.a.w tiba di Madinah baginda bersabda : “Adalah kamu mempunyai dua hari (dalam setahun) yang kamu berlibur (berseronok) padanya dan Allah telah menggantikan keduanya dengan dua hari yang lebih baik iaitu Hari Raya Fitri dan Adha”. [al-Nasai, Sahih].
Daripada hadis ini, Rasulullah menyatakan bahawa Allah telah memansukhkan dan melarang Umat baginda merayakan perayaan Jahiliah dan sebagai ganti Allah Taala syariatkan dua perayaan dalam setahun iaitu Eidul Fitri dan Eidul Adha.
Ini hanya berkongsi pengalaman peribadi saya tentang saya tinggalkan sambutan yang saya raikan setiap tahun sebelum, dan sekiranya anda mahu ikut tinggalkan, alhamdulillah. Sekiranya anda ingin menyambut juga walaupun sudah dibentang ayat Quran & hadis jelas ini, terpulang anda.
No comments:
Post a Comment