Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 21 February 2021

Bersedialah....

Arkib : 29 Januari 2021

Beberapa hari ini matahari tidak lagi senyum seperti biasa. Tidak garang lagi. Wajahnya muram saja. Seakan memberi isyarat tertentu. 

Kalau kita perhati dunia luar. Sekarang banyak berlaku kemusnahan yang luar biasa. Contoh terdekat di negara Indonesia, jiran kita. Berlaku gempa bumi, banjir besar dan letusan gunung berapi.

Di samping itu, seorang demi seorang ulama, orang-orang alim termasuklah tuan-tuan guru pasantren (pondok) di negara itu telah pulang ke pangkuan Penciptanya.

Bayangkan, bermula 01 Januari 2021 hingga hari ini sudah 16 orang ulama Indonesia telah meninggalkan kita termasuklah ulama yang dikenali ramai iaitu:-

  • Syaikh Ali Saleh Mohammed Ali Jaber (Khamis 14 Januari 2021) dan 
  • Sayyidil Walid Al Habib Ali Bin Abdurrahman Assegaf (Jumaat 15 Januari 2021). Kesemuanya wafat bukan kerana diserang covid. 

Kepulangan ulama adalah satu musibah dan peristiwa besar bagi umat Islam. Kerana itulah cara Allah mengangkat ilmu dari manusia.

Di mana bila rumah ingin dirobohkan maka barang-barang bagus dan berharga akan diambil terlebih dahulu. Begitu juga dengan alam semesta ini, bila alam semesta akan dihancurkan, maka hamba-hamba soleh akan diambil terlebih dahulu kepada sang Pencipta.

Beringatlah semua. Dunia bakal huru hara selepas ini. Wallahu a'lam. Teguhkan iman kita. Tingkatkan amal ibadah. Berhentilah seketika berpolitik, berhenti berbalah sesama sendiri dan berhenti berebut kuasa. 

Mari sama-sama kita berdoa semoga Allah SWT selamatkan dan dilindungi diri kita, keluarga dan semua umat Islam dari segala fitnah, musibah dan bala bencana yang bakal berlaku. Wallahu a'lam.

Kita sekarang sudah berada di zaman fitnah. Kemungkinan selepas ini akan datang fitnah yang lebih hebat dan dahsyat lagi. 

Bersedialah....

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...