Arkib : 06 Januari 2021
Bagi mereka yang ingin menjadi pejuang dan pembela agama, perbanyakkan berdoa meminta agar Allah memilih diri kita, keluarga kita, sahabat kita, saudara-saudara kita dan keturunan kita, agar terpilih di jalan agama dan berbakti untuk masyarakat, bangsa dan agama.
Kuatkan azam untuk ubah diri. Segalanya bermula di hati dan fikiran. Harus tetapkan niat di dalam hati, berjihad untuk bersihkan hati dari segala sangkaan dan usaha mengorbankan keinginan hawa nafsu sedikit remi sedikit mulai sekarang.
Minta Allah bantu dan permudahkan niat kita. Dan usahalah menjadi insan muslim yamg terbaik di sisi Allah. Atur kehidupan dan jalani hidup dengan sebaiknya.
Latih hati agar ikhlas perbuatan dalam berkhidmat tanpa mengharap apa-apa dari sesiapa pun. Selalu mendoakan orang lain di dalam doa kita.
Redha dengan takdir Allah. Memaafkan dan hidup hanya terisi dengan cinta Allah di dalam hati untuk semua makhluk.
Ujian paling besar bila ahli agama sendiri menentang, menyindir, mengata tentang usaha kami. Ada juga di kalangan Tuan-Tuan Guru.
Tak cukup dengan itu, dikutuknya keturunan kami. Dikata kami ini syok sendiri. Begitulah takdir Allah buat kami. Ya, kita semua diuji. Bahkan para Nabi diuji lebih hebat lagi.
Tak apa. Kami redha. Inilah ujian Allah buat kami di jalan ini. Yang menentang perjuangan ini bukanlah orang lain tetapi saudara seagama sendiri.
Belum dikira serangan dari ghaib lagi. Kami dan ahli keluarga kami ada yang telah kehilangan nyawa dan hampir kehilangan nyawa beberapa kali dengan izin Allah dan juga atas asbab dariNya.
Alhamdulillah, Allah jua memberi kekuatan dan kesabaran. Kami tetap berjalan atas kehendak Allah hingga kini, walau adakalanya tewas dengan air mata.
Hanya ingin berkongsi bahawa perjuangan itu mesti ada kekuatan jiwa, keikhlasan hati dan semangat juang. Persiapkan jiwa dahulu, maka yang lain akan menyusul datang, andai dijemput Ilahi. Semua atas pilihan Allah, bukan kita menentukan.
Berdoa agar Allah hantarkan pembimbing buat diri. Fokus perbaiki diri dahulu agar menjadi teladan buat insan lain. Pasangan, anak-anak, keluarga.
Kami hanyalah manusia biasa. Selalu mengingati kisah perjuangan dakwah dan cabaran Nabi bersama para sahabat. Beroleh kekuatan di dalam Tauhid. Dalam iman. Hingga nyawa mereka menjadi taruhan.
Moga semua insan di jalan ini tetap kuat, sabar, cekal dan istiqamah dalam Qudrat Allah dan Rahmat Allah, ketika berjalan di bawah petunjukNya. Allah bersama kita.
Haseena Syaakira
Kuat Diri Dengan Kudrat dari Ilahi
6 Januari 2020
5.15 pagi
#HaqqulYaqin #taqwajourney #HidupuntukAllah #MisiGlobal #BahagiaDenganAllah
No comments:
Post a Comment