JINS SHAMSUDIN DALAM KENANGAN
Hari ini genap empat tahun pemergian Allahyarham Tan Sri Dr Jins Shamsudin ke hadrat Ilahi. Beliau meninggal dunia kira-kira jam 5.45 petang akibat sesak nafas.
Jins Shamsudin mula menceburi bidang seni perfileman pada tahun 1956. Filem pertama lakonannya ialah KELUARGA TOLOL sebagai pelakon tambahan. Beliau kemudiannya muncul sebagai pelakon tambahan di dalam filem KEADILAN ILAHI dan ANAK-KU SAZALI dalam tahun yang sama.
Pada tahun 1957, P. Ramlee telah memberi peluang emas kepada beliau dengan watak utama sebagai Suria Kencana di dalam filem PANCA DELIMA. Beliau digandingkan bersama Hashimah Yon.
Kegiatan seni Jins Shamsudin berterusan sehingga dekad 2000-an. Beliau juga cemerlang dalam bidang akademik apabila menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) pada tahun 2010. Kajian ilmiahnya juga telah diterbitkan oleh Penerbit UUM dengan judul Filem Melayu: Citra Budaya dan Rakaman Sejarah pada tahun 2014.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah buat Allahyarham Mohamed Jins bin Samsudin (5 November 1935 – 1 Mac 2017)
No comments:
Post a Comment