Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 28 March 2021

Salam Nisfu Syaaban

Arkib : 28hb Mac 2021 / 14hb Syaaban 1442H


Gambar 1 : #istananegara #malaysia #nisfusyaaban

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Malam Nisfu Syaaban

عَنْ مُعَاذِ بن جَبَلٍ عَن ِالنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:"يَطَّلِعُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ"

Daripada Muaz bin Jabal R.A. dari Nabi S.A.W. baginda bersabda: Allah mendatangi makhlukNya pada malam Nisfu Syaaban. Dia mengampuni makhluk kecuali orang musyrik (berbuat syirik) dan yang bermusuhan (HR Tobrani No: 16639) Status: Hadis Sahih 

Pengajaran :

1.  Bulan Syaaban memiliki kelebihan tersendiri di mana merupakan bulan yang Rasulullah S.A.W. paling banyak berpuasa sunat di dalamnya.

2.  Malam Nisfu Syaaban juga terdapat kelebihan dan keutamaan bagi mereka yang beribadat dengan diberikan keampunan kecuali kepada mereka yang syirik dan bermusuhan sesama mereka.



Gambar 2 : 3 Amalan Utama Malam Nisfu Syaaban

3.  Digalakkan kita memperbanyakkan ibadat dan memohon keampunan kerana  Nabi S.A.W. bersabda:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ فَقَدْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةً فَخَرَجْتُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ فَقَالَ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعْرِ غَنَمِ كَلْبٍ

Daripada 'Aisyah R.A. dia berkata, Pada suatu malam saya kehilangan Rasulullah S.A.W. , lalu saya keluar, ternyata saya dapati baginda sedang berada di Baqi', baginda bersabda: "Apakah kamu takut akan dizalimi oleh Allah dan Rasul-Nya?" saya berkata, wahai Rasulullah, saya mengira tuan mendatangi sebahagian isteri-isterimu, baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah ta'ala turun ke langit dunia pada malam pertengahan bulan Syaaban, lalu mengampuni manusia lebih banyak dari sejumlah bulu kambing." (HR Tirmizi No:670) Status: Hadis Daif

4.  Ibnu Rajab mengatakan, berkaitan dengan malam nisfu Syaaban, para tabi’in penduduk Syam, seperti Khalid bin Ma’dan, Mak-hul, Luqman bin Amir, dan beberapa tabi’in lainnya memuliakannya dan bersungguh-sungguh dalam beribadah di malam itu” (Lathaiful Ma’arif, hlm. 247).

5.  Ulama bersetuju tidak ada jenis ibadat yang dikhususkan pada malam tersebut seperti tidak ada solat Nisfu Syaaban 100 rakaat, tiada doa-doa khusus atau bacaan-bacaan khusus. Namun boleh sahaja untuk kita melaksanakan solat sunat malam juga mempelbagaikan doa dan zikir.

Marilah kita merebut peluang memperbanyakkan ibadat dengan solat sunat, zikir, membaca al-Quran, selawat, doa dan memohon keampunan setiap waktu dan masa. Khususnya di waktu musibah Covid 19 yang masih belum reda ini kita mohon agar dijauhkan dan diangkat musibah ini.

28hb Mac 2021 / 14hb Syaaban 1442H


Gambar 3: Salam Nisfu Syaaban

PEMBERITAHUAAN

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

 MALAM NISFU SYA'BAN 

jatuh pada

Hari : MINGGU MALAM SENIN (ba'da Maghrib), 28 Maret 2021.

Malam ke 15 bulan Sya'ban.

Dianjurkan membaca Surah Yasin ( 3x )

🏵️Surah Yasin ke 1 "Dibaca untuk memohon panjang umur dan ketaatan serta ketaqwaan dan dapat istiqamah kepada Allah Ta'ala".

🏵️Surah Yasin ke 2 "Dibaca untuk memohon diluaskan rezeqi yang halal & menolak bala".

🏵️Surah Yasin ke 3 "Dibaca untuk memohon ditetapkannya Iman Islam hingga akhir hayat".

Dan juga membaca :

📿 Astaghfirullahal 'Adzim ( 100x )

📿 Tahmid & Takbir ( 100 x )

📿 Shalawat Nabi ( 100x )

dan dzikir dzikir lainnya ..

🕋 Berdo'alah secara khusyu'... Meminta apa yang tersirat dalam hati. Karena malam Nisfu Sya'ban adalah malam yang sangat diijabah untuk dikabulkan semua doa" & hajat" yang diinginkan.

📙Para Ulama menyatakan bahwa Malam nisfu Sya'ban juga dinamakan malam pengampunan atau malam Maghfirah .

📙 Imam Al Gozhali RA. mengistilahkan malam Nisfu Sya'ban sebagai malam yang penuh dengan Syafaat ( pertolongan ) menurut Beliau.

♥️Malam ke 13 bulan Sya'ban Allah Ta'ala memberikan 3 Syafaat kepada hambaNya.

♥️Malam ke 14, seluruh Syafaat diberikan secara penuh.

♥️Malam ke 15, umat Islam dapat memiliki banyak sekali kebaikan sebagai penutup catatan amalnya selama satu tahun.


Gambar 4 : Hadis mengenai Nisfu Syaaban

Karena pada malam itu Allah Ta'ala menurunkan pengampunan kepada seluruh penduduk bumi terutama kepada hamba"Nya yang Shaleh.

🌼 Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amir Al Anshari radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ

Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.” (HR. Muslim no. 1893)

Allahumma bariklana fi Sya'ban wa balighna Ramadhan

🌹 Barakallahufikum 🌹

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...