Kalau kawan-kawan yang follow saya, tentu tahu saya ini suka makan sedap, suka benda-benda yang lawa... yer lerrr.. orang Perak di katakan!
Saya dahulu ada 4-5 jam tangan... jam pertama yang lawa, Cartier, semasa saya berumur 21-22 tahun, beli kat Singapore.
Kemudian ada IWC, Chopard, lagi satu Cartier, Rolex...
Tapi satu demi satu hilang.. di curi orang, tertinggal kat toilet semasa ambil wudhu, macam-macam.
Saya sedih sekejap, sebabkan utamanya ingat kena beli pengganti. Adoihh...
Kita jangan ratap benda yang hilang, rosak atau pecah.
Semua ini hanya barang dunia.
Sama juga jika kita ada barang elok-elok, berde’eh (bersungguh-sungguh) laaa bayar ansuran tiap-tiap bulan, lepas itu simpan dalam almari.. sayang nak pakai.
Jadi display pula...buat apa?
Pakai tetapi cermatlah.
Esok lusa, ditakdirkan mati, buat harta warisan? Eesshh, buat apa? Anak-anak pun entah-entah tak berkenan taste kita.
Kalau ditakdirkan Allah, hilang, rosak atau pecah, redhalah.
Kalau ditakdirkan Allah dikurniakan rezeki, beli barulah.
Jangan taksub dengan barang dunia.
Taksub dengan Allah dan RasulNya sahaja.
https://www.facebook.com/1053139405/posts/10221393659084937/
No comments:
Post a Comment