Kenapa produk Muslim kurang dikenali? Jika kita ke mini market mahupun ke pasaraya, kita akan lihat banyak produk-produk keluaran syarikat terkenal. Kesemua jenama-jenama itu terkenal kerana kita biasa nampak dan dengar iklannya di akhbar, televisyen dan radio.
Meskipun ramai yang kata iklan-iklan di media sosial itu jauh lebih murah, malah percuma, iklan-iklan di akhbar, telivisyen dan radio memberi persepsi bahawa jenama yang diiklankan itu adalah produk yang bagus dan hebat.
Sementara itu, produk-produk yang hanya diiklankan melalui media sosial tidak dianggap produk hebat. Betul, banyak produk yang diiklan di media sosial pun boleh laku hingga juta-juta, tetapi keuntungannya akan lebih juta-juta jika diiklan di media akhbar, televisyen dan radio. Inilah peranan media massa.
Sebab itulah, walaupun ada produk Muslim diletak bersebelahan dengan produk yang halal tetapi bukan buatan Muslim di pasaraya, produk lain itu lebih diyakini berbanding dengan produk Muslim. Pengguna teragak-agak nak membeli sebab tak yakin akan kebagusannya.
Jadi, di antara masalah besar produk Muslim ialah keyakinan masyarakat hasil paparan iklan. Pengiklanan memainkan peranan untuk melonjakkan sesebuah produk itu di mata pengguna. Tetapi kos pengiklanan itu amat tinggi. Pengeluar Muslim kena belanja besar dan akhirnya terpaksa naikkan harga produk. Bila harga produk tinggi, pengguna pun akan cari yang lebih murah.
Sebab itu, di peringkat ini, biar kita himpunkan produk-produk kita di sesebuah tempat. Bila dah ada di bawah satu bumbung, pengguna mudah cari dan senang nak ulang beli. Kita sebagai pengguna Muslim kena main peranan untuk bantu produk-produk ini.
Pergilah ke pasar Muslim. Walaupun tak banyak lagi mini market seperti Lesong Mart, Ikhwan Mart, Az-Zain dan lelain yang kecil-kecil, kitalah yang patut beri sokongan hingga ia membesar dan terkenal. Malakat Grocer pun salah satu jenama mini market yang harus kita sokong.
Malakat Grocer pula ditunjangi KoPPIM, Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia. KoPPIM pula diilhamkan oleh PPIM; Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Jadilah ahli KoPPIM untuk bantu mantapkan bisnes orang Muslim.
No comments:
Post a Comment