Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 4 March 2021

Pandangan Mata Hati

Arkib : 28 Februari 2021


Gambar : Pandangan mata selalu menipu, Pandanglah dengan mata hati - Ibuna Zain

Zaman sekarang orang yang berbicara mengenai Akhir Zaman dan Fitnah Dajjal dianggap bodoh dan dijadikan lawak jenaka. Berhati-hatilah sebelum nak jadikan peringatan akhir zaman dan dajjal itu sebagai satu lawak. Sebab salah seorang yang mengingatkan kita tentang segala macam fitnah akhir zaman dan dajjal ini adalah Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad Sallalahu Alayhi Wa'Sallam. Tak rasa bersalah ke memperlekehkan apa yang telah disabdakan Nabi 1,400 tahun yang lampau. Janganlah disebabkan kebodohan orang lain kita pun nak ikut² troll. 

Orang-orang yang mengingatkan tentang Fitnah Akhir Zaman & Dajjal serta proses² yang berlaku hari ini. Mereka ini golongan yang cakna dan sedar. Mereka memikirkan nasib ummah dan keluarga. Mereka tidak dibayar atau ditaja oleh siapa², Melainkan hanya dengan berpandukan hadis² peringatan dari Nabi S.A.W. Fitnah Akhir zaman tu memang ada. Fitnah Dajjal itu memang tak lama dah menuju kemuncak. Sepatutnya kita ini dah tiada masa untuk bersenang lenang dan menjadikan dunia ini seolah² kekal. Beruntunglah mereka yang menyedari dan membuat persiapan dan bekalan untuk menghadapi fitnah yang dahsyat ini. 

Cuba buka dan cari hadis² Nabi berkaitan akhir zaman dengan segala apa yang berlaku hari ini dan segala tanda kiamat yang telah banyak terjadi. Takkan masih tak sedar dan nampak ? Itulah bahananya bila macam² ideologi dan doktorin kafir masuk dalam kepala otak. Kononnya merekalah yang berfikiran moden dan menentang segala pendapat dan hujah² mengenai akhir zaman yang dikatakan mengarut. 

Berapa ramai para Ulama yang bercakap dan membahas soal akhir zaman semenjak dari zaman para sahabat sehingga ke zaman hari ini. Bahkan mereka itu ulama² yang mu’tabar. Zaman ke zaman, Fasa ke fasa. Pasti ada ulama yang cuba mengingatkan ummat Islam mengenai fitnah akhir zaman ini, kecuali ulama² dunia yang sibuk menjaga jawatan. Sibuk untuk menjaga periuk nasi masing-masing sehingga asyik dengan dunia. Ilmu yang ada pada mereka hanyalah sekadar untuk mencari keuntungan dan kesenangan dunia. 

Apabila kita risau dan ambil tahu apa yang sedang berlaku hari ini dan mengingatkan kepada orang lain, ini bermakna kita masih ada kewarasan dan keimanan. Sekurang-kurangnya kita ingatkan keluarga kita agar jangan leka dengan zaman yang penuh fitnah ini. Zaman yang berlaku banyak penipuan, kemungkaran, kemaksiatan, kezaliman dan zaman yang penuh dengan kebathilan dilihat sebagai haq. 

Macam manalah kalian boleh tak percaya dengan fitnah akhir zaman. Sedangkan ada banyak hadis² Nabi dan karangan kitab² ulama yang membahaskan soal akhir zaman. Kerja² jahat dan niat jahat musuh Islam itu memang dah lama dirancang dan sedang berlaku, Takkanlah masih tak nampak apa yang sedang berlaku hari ini, Segala ideologi liberalisma, demokrasi, komunis, sekularisma dan lain-lainnya tu datang dari mana? Kalau bukan musuh Islam apabila jatuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah itu angkara rancangan siapa? 

Cuba belajar dan kaji sejarah. Cari hadis² Nabi berkaitan akhir zaman dan tulisan² ulama dan bandingkan dengan apa yang sedang berlaku hari ini, Kalau kita menanti dan membuat persiapan menunggu dan menyambut kedatangan Imam Mahdi. Begitu juga dengan mereka yang membuat pelbagai persiapan untuk menyambut Dajjal. Bezanya dengan kita mereka itu bersungguh-sungguh. Sementara kita ini masih leka dan hanyut dengan duniawi dan paling teruk apabila masih ingat perkara itu sebagai lawak jenaka yang mengarut. 

Saya tak harap orang faham pasal konspirasi puak² musuh Islam. Tapi saya harapkan kalian faham proses akhir zaman yang sedang berlaku, Saya harapkan kalian sedar kita dah jauh dari zaman kegemilangan Islam. Kita dah jauh dari zaman Rasulullah S.A.W dan Khulafa Ar Rasyidin. Saya harapkan kalian faham fitnah² dan musibah yang menimpa ummat Islam dan yang paling saya harapkan kalian membuat persiapan sama ada jasmani mahu pun rohani. Bagi mengukuhkan Tauhid masing-masing, kita haruslah berpegang teguh dengan sunnah Nabi dan juga perbanyakkan amal soleh. 

Pasal Illuminati ke, Freemason ke, Tolak tepi. Cuba fahamkan benar² apa yang dimaksudkan dengan Fitnah Akhir Zaman dan Fitnah Dajjal. Kalau dah faham dua ni, Inshaa Allah kalian akan sedar apa yang sedar berlaku hari ini. Fikirkan dan risaukan nasib keluarga dan anak cucu kita bermula dengan diri kita sendiri. Apa pula bala dan musibah yang bakal menimpa kita ummat Islam. Apa pun ingatilah kita sedang berada di zaman yang fitnahnya sangat dahsyat. Maka para ilmuwan pun tak terlepas ditipu dan bingung untuk menentukan perkara yang benar ataupun salah. Maka di sinilah gunanya doa, kefahaman, kesedaran, keimanan dan mata hati.

Moga Allah Merahmati Kita Semua... Aamiin 

Ingat! Janganlah melawak dengan Fitnah Akhir Zaman dan Fitnah Dajjal. Kalau tak percaya terpulang. Akan tetapi jangan sesekali persendakan dan jadikan ianya sebagai bahan jenaka. Geram betul saya apabila orang Islam sendiri perlekehkan apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W.

~serbanhitam

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pandangan Mata Hati 1 [25 Januari 2015]

https://www.youtube.com/watch?v=YTe8CGwGGPk

Assalamualaikum, dibawah ini adalah daftar lengkap dan link kajian mengikuti urutan yang disampaikan oleh AB ustaz Hj, Hussien B. Abdul Latiff.
Kami sampaikan kepada semua jamaah yang baru mengikuti kajian Ilmu Makrifatullah ini, agar mengikuti tema kajian dari Makrifatullah Asas sebelum melanjutkan pada syarahan berikutnya.
1. Makrifatullah asas 2. Yang Satu 3. Tanda-tanda / Firasat 4. Kutemukan Kebenaran 5. Hati Yang Tenteram 6. Kalau Anda Tahu 7 .Kalau Aku Tidak Wujud 8. Kalau Aku Tidak Buta
18. Rojak
9. Lebur..Nol 10. Jahit 11. Islam dan Sain 12. Pandangan Mata Hati 13. Rahsia Akbar 14. Rahsia Dalam Rahsia 15. Iqra 16. Perjalanan
17. Tangga Tangga

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hijjaz = Mata Hati

https://www.youtube.com/watch?v=gKQ5QQUU4u0

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Kalau hati itu bersih
Pandangan hati itu yang hakiki Hati kalau terlalu bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Pandangannya kan menembusi hijab Hati jika sudah bersih Tapi hati bila dikotori
Jasad lahir tumpuan manusia
Bisikannya bukan lagi kebenaran Hati tempat jatuhnya pandangan Allah Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...