Arkib : 27 April 2020 Kempen Beli Produk Islam
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
Alhamdulillah aamiin syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi bersama-sama dalam ruangan di sini. Walaupun kita kini sedang menghadapi ujian dari Yang Maha Esa berkenaan dengan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia, namun kita tetap istiqamah dan sentiasa berjuang bersama-sama barisan hadapan (Frontliners 🇲🇾) untuk menghapuskan wabak ini sehingga ke akhirnya. In shaa Allah aamiin 🌹
Namun begitu, sering kali juga kita sama-sama berpesan sesama Muslim agar teruskan istiqamah kita dalam menguasai ekonomi Muslim. Hanya penguasaan ekonomi Muslim sahaja dapat membantu sesama kita di antara satu dengan yang lain.
Tanpa gandingan daripada semua pihak dan golongan, kita takkan mampu serta dapat bekerjasama demi mencapai impian penguasaan ekonomi Muslim sepenuhnya di Malaysia. Dalam apa juga keadaan dan situasi, kita sebagai Muslim tetap bersama-sama untuk membantu di antara satu dengan yang lain seperti bak kata peribahasa Melayu, "Bagaikan aur dengan tebing" dan juga "Bagai isi dengan kuku".
Sebagaimana juga dalam ajaran Islam, setiap orang Muslim itu adalah bersaudara. Maka, sebaik-baiknya kita menghulurkan tangan, ringankan beban bagi mereka yang memerlukan sokongan dan bantuan. Selain itu juga, penguasaan ekonomi Muslim adalah juga dituntut di dalam Islam kerana baginda Rasulullah s.a.w. sendiri merupakan model ikutan sebagai seorang Muslim teladan dan contoh sebagai usahawan perniagaan yang berjaya pada era zamannya itu.
Bagi memperjelaskan isu mengenai penguasaan ekonomi Muslim ini, di sini dikongsikan serba sedikit berkaitan dengan pengusaha non Muslim yang sebelum ini berjaya menguasai pasaran ekonomi Muslim di Malaysia dengan strategi perniagaan yang terbaik. Rujukan di sini : https://normanhafizi.blogspot.com/2020/06/jenama-muslim-vs-jenama-non-muslim-logo.html
Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Perkongsian ini adalah untuk menyedarkan usahawan Muslim iaitu tiada usaha sehingga berjaya tanpa kesabaran yang jitu dalam menempuh bidang keusahawanan. Kelebihan kepada kita sebagai Muslim ialah kesabaran itu adalah sebahagian daripada keimanan. Tanpa usaha yang gigih dan kuat serta strategi perniagaan yang terbaik, kita tidak akan mampu untuk bersaing dengan perniagaan yang telah lama dijalankan oleh mereka (non Muslim).
In shaa Allah aamiin, sekiranya kita berniat baik, Allah s.w.t. akan lorongkan jalan untuk kita mencapai impian dan tujuan tersebut. Semoga semua usaha kita semua akan dapat keberkatan dan ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t. In shaa Allah aamiin.
Sekian. 🌹
#intro #pengenalan #info #motivasi #muslim
No comments:
Post a Comment