Opick - Ramadhan Tiba | Official Video
https://www.youtube.com/watch?v=XLunTSk5Z-c
Album: Cahaya Hati Cahaya Hati adalah album musik keempat karya Opick. Dirilis tahun 2008. Lagu populernya ialah Cahaya Hati, Ya Nabi Salam dan Ramadan Tiba. Download di iTunes: https://itunes.apple.com/id/album/cah... Yuk, Follow Social Media Aquarius Musikindo : ▶ Instagram : http://instagram.com/aquariusmusikindo/ ▶ Twitter : https://twitter.com/aquariusmusik ▶ Facebook: https://www.facebook.com/aquariusmusik ▶ Google+ (plus) : https://plus.google.com/1091944203164... ▶ LinkedIn : https://www.linkedin.com/in/aquariusm... ▶ Business Contact : contact@aquariusmusikindo.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Gambar 1: Bismillahirrohmanirrahim. Ya Allah, di penghujung bulan Syaaban ini, ku kirimkan Doa untuk saudara-saudara ku, sahabat-sahabat ku, dan orang-orang yang ku hormati serta orang-orang yang kucinta. Beri mereka kesihatan, tawadhu' dalam Iman, keluarga yang bahagia, rezeki yang barokah, serta terimalah amal ibadahnya dan pertemukanlah mereka dengan Ramadhan yang segera datang ini. Aamiin....
MARHABAN YA RAMADHAN, MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN
- Dalam satu hari Allah kurniakan satu waktu di mana seluruh di langit dan di bumi adalah untuk kita iaitu solat dua rakaat sebelum solat subuh.
- Dalam satu minggu Allah kurniakan satu hari yang penuh barokah, iaitu hari Jumaat dan di dalamnya ada satu waktu di mana segala doa kita Allah makbulkan.
- Dalam satu bulan ada beberapa hari Allah kurniakan iaitu hari hari putih, hari 13, 14 dan 15, di mana dalamnya ada keberkatan.
- Dalam satu tahun ada satu bulan yang Allah kurniakan, iaitu bulan Ramadhan yang mana dalamnya yang sunat jadi fardhu dan yang wajib Allah ganda-gandakan pahalanya dan bulan ini juga tutupnya pintu neraka dan terbuka luasnya pintu syurga. Dalamnya juga ada satu malam jika beramal ibadah sama seperti seribu bulan.
#info #tazkirah #ramadan
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Apabila Datangnya Bulan Ramadhan
------------------------------------------------//
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‛anhu, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda :
إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ
“Apabila datang bulan Ramadhan, maka dibukakan segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu Neraka serta dibelenggu segala syaitan.” (HR. Muslim no. 1079)
𝙁𝙖𝙚𝙙𝙖𝙝 & 𝙆𝙚𝙛𝙖𝙝𝙖𝙢𝙖𝙣 𝙃𝙖𝙙𝙞𝙨 ✍️🏻
1. “Dibukakan segala pintu Syurga” bermaksud gambaran yang menunjukkan banyaknya ketaatan yang menyebabkan terbukanya pintu Syurga (untuknya).
2. “Ditutup segala pintu Neraka” bermaksud gambaran yang menunjukkan kurangnya maksiat yang boleh menyebabkan pintu Neraka tertutup (untuknya.)
3. “Dibelenggu segala syaitan.” bermaksud gambaran yang menunjukkan terputusnya gangguan syaitan terhadap orang yang berpuasa kerana mereka tidak termakan dengan tipu daya syaitan ke arah maksiat.
Rujukan : Maqasid as-Saum oleh al-Imam Izzudin bin Abdul Salam.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=778732366102491&id=135317437110657
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Niat Puasa Ganti Ramadhan نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءٍ فَرْضَ رَمَضَانً ِللهِ تَعَالَى
Nawaitu sauma ghodin an’ qada’e fardhu ramadhona lillahi taala.
Aku niat puasa esok hari karena mengganti fardhu Ramadhan karena Allah Ta’ala.
Menunaikan Puasa ganti dibolehkan sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang, namun sebaik-sebaiknya adalah menyegerakan,karena kita tidak pernah tau sisa umur kita sampai kapan. Waktu qada’ puasa Ramadhan, waktunya adalah selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya. Walau bagaimanapun qada’ puasa yang dilakukan dalam masa dilarang berpuasa adalah tidak sah, contohnya seperti di hari raya. Adapun bagi orang yang mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi maka ia wajib qada’ dan membayar fidyah.
Semoga bermanfaat. Selamat beramal. In Sha Allah. Aamiin.
#info #doa #ramadan
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK...
#info #gambar #doa
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Extra Joss Malaysia - Ucapan Ramadan dari Ust Don
Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, Ust Don memberikan beberapa tips berguna untuk umat Islam.
Gambar 5 : Lafaz niat berpuasa di bulan Ramadhan
Salam Ramadhan Al-Mubarak. Esok Puasa!!!
Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan
Rumi – Nawaitu souma syahri ramadhaana kullihi lillahi ta’ala
Maksud – Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Ta’ala.
Lafaz Niat Puasa Untuk Besok Hari
Rumi – Nawaitu souma ghodin ‘an adaa’i, fardhi syahri ramadhaana hadzihissanati lillahi ta’ala
Maksud – Sahaja aku puasa esok hari fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.
Gambar 8 : Doa Berbuka Puasa
Doa Berbuka Puasa
Rumi – Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin
Maksud – Ya Allah keranaMu aku berpuasa dan kepadaMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka, Dengan RahmatMu wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Rumi – Usholli sunnatattarawihi rak'ataini ma-muman lillahi ta'ala
Maksud – Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat, makmum kerana Allah Ta'ala.
Cara Solat Terawih
Berikut adalah cara solat sunat tarawih yang boleh dilakukan sama ada secara sendirian atau berjemaah.
1. Lafaz Niat Solat Terawih. Lafaz niat sembahyang sunat Tarawih adalah seperti berikut :
اُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ إِمَامًا ِللهِ تَعَالَى
Sahaja aku sembahyang sunat Tarawih dua rakaat *(menjadi makmum / imam) kerana Allah Taala.
2. Menyempurnakan Rukun Solat Yang Lain.
Rukun sembahyang sunat Tarawih ini samalah dengan rukun sembahyang yang lain juga.
Ini bermaksud, selepas lafaz niat dan takbiratul ihram, kita perlu membaca al-Fatihah, surah pilihan, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, dan kemudian meneruskan rakaat kedua sehinggalah bacaan tahiyat akhir dan diakhiri dengan salam.
Jumlah rakaat boleh dilakukan sama ada 8 rakaat (4 salam) atau 20 rakaat (10 salam).
3. Bacaan Surah. Secara ringkasnya, sebenarnya kita boleh membaca apa-apa surah yang dihafal.
Namun pada malam 1 hingga 15 Ramadhan boleh juga dibacakan surah-surah yang tertentu pada rakaat pertama mengikut susunan seperti :
- Surah Al-Takathur
- Surah Al-Asr
- Surah Al-Humazah
- Surah Al-Fil
- Surah Quraisy
- Surah Al-Ma’un
- Surah Al-Kautsar
- Surah Al-Kafi run
- Surah An-Nasr
- Surah Al-Masad
Pada tiap-tiap rakaat yang kedua pula dibaca surah al-Ikhlas.
Dari malam 16 hingga akhir Ramadhan, Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr.
Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam-malam 1 hingga 15 Ramadhan iaitu bermula dari surah al-Takathur hingga kepada surah al-Masad.
*Penentuan sesuatu surah seperti yang disebutkan itu hanyalah untuk memudahkan kita mengingati bilangan rakyat sahaja dan kerana itu seseorang boleh membaca mana-mana surah atau ayat yang diingatnya.
IMAD - Berkat Ramadan
Selamat Berpuasa buat seluruh umat Islam :)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pengisytiharan Permulaan Puasa 1442/2021
Pantun Menyambut Ramadan
Anak melayu mengail ikan;
Perahu berlabuh ditengah lautan.
Sambil menunggu datangnya Ramadan;
Mohon maaf saya sampaikan.
Kecubung batu dari Kalimantan;
Disanding elok dengan berlian.
Bulan Mei bermulanya Ramadan;
Salah dan Khilaf mohon maafkan.
Kembang melati sungguhlah indah;
Ditengah taman jadi hiasan.
Harum Ramadhan tercium sudah;
Kalau ada salah mohon dima'afkan.
Makan roti jangan berlari;
Kalaulah jatuh kita yang rugi.
Bersihkan hati sucikanlah diri;
Sambut Ramadan tak lama lagi.
🤝🤝😊☺☺
#gambar #ucapan #ramadan
Pantun Menyambut Ramadan (versi Jawa)
Bocah cilik mangan sego,
Sego dipangan karo gulo,
Wes suwi orak ngomong Jowo,
Dino poso ki njalok ngapuro...
Nyimpan jenang nang jero tin,
Ngesok arek digowo mareng suro,
Keluputan kulo lahir batin,
Salah silap njlok dingapuro...
Buko poso lawuh'e gereh,
Njegor sunge dicaplok boyo,
Keluputanku sing akeh-akeh,
Kito 0 - 0 lah yo...
Selamat Menyambut Ramadhan, Aamiin semuanya...
#gambar #ucapan #ramadan
No comments:
Post a Comment