Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 17 April 2021

Sahabat FB Budiman Sebagai Pembaca Senyap

Setiap selang beberapa hari, saya menerima mesej dari para sahabat FB budiman. Kebanyakannya memang terharu (dan ada juga yang bangga) saya membacanya. 

Mesej di bawah ini adalah antara yang saya terima minggu lepas...

Assalamualaikum

Dalam diam saya mengikuti posting abang mengenai dunia politik, masyarakat, disiplin diri & bermacam lagi. 

Latar belakang saya: saya orang kampung, arwah ayah kerja sawah dan mak suri rumah. Saya punya 5 orang adik beradik dan di dalam keluarga saya seorang sahaja yang berjaya ke universiti. Keluarga saya adalah tipikal orang Melayu kampung yang disiplinnya tidak tinggi.

Secara ringkasnya saya adalah dari golongan latar belakang B40 dan sekarang dapat mengubah transisi ke M40.

Banyak posting abang yang adakalanya saya setuju & tidak setuju. Namun sedikit sebanyak ada yang memberi impak dalam kehidupan seharian saya. 

Apabila saya cuba selami semula kehidupan saya tidaklah kejayaan yang besar namun satu kejayaan apabila dapat keluar dari kepompong B40 dan bukan mudah juga untuk membuka minda kepada sesuatu yang baru dan lebih baik. Bukan tidak mahu membuka tetapi adakalanya minda ini sendiri liat untuk terbuka di mana saya nampak ia berkisar dengan disiplin diri dan sikap seperti yang abang selalu tekankan di FB.

Kata sekali tak dengar, kata dua kali masih sama, tapi ada kalanya bila benda tersebut berulang kali barulah berubah. Dasar ini saya nampak kerana latarbelakang saya susah untuk menerima perubahan dan sesuatu yang baru di mana orang kampung sendiri suka untuk kekalkan yang lama dan tak mahu terima perkara baharu. Jadi saya sendiri sudah terbiasa dan anggap itu adalah biasa.

Namun, setelah keluar dari kampung, banyak membaca buku atau Quora, ikuti self-development talk seperti TEDx atau Oprah show di Youtube, saya rasa minda saya kurang liat dan boleh menerima perubahan dengan lebih mudah. Tapi seperti yang abang selalu post perlu banyak inisiatif sendiri dan kesedaran diri perlu wujud. Perlu banyak berfikir & muhasabah diri.

Bila balik ke kampung, keluarga saya dikampung tidak banyak yang berubah. Saya ada sedikit rasa konflik dalam diri jugak. Tapi saya sentiasa tidak lupa dari mana saya datang. Terlalu ambitious jika saya mahu mengubah mereka sedangkan saya sendiri pun struggle untuk keluar dari kepompong. 

Di sini saya ucapkan terima kasih atas suara dan nasihat di FB. Semoga diteruskan untuk pembacaan kami sebagai pembaca senyap.

https://www.facebook.com/1053139405/posts/10221674091735578/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...