Arkib : 25 Mei 2019
SYAITAN KENA GARI DI BULAN RAMADHAN ?
Umat Islam perlu lebih fokus untuk mencapai kebaikan di bulan ini. Nabi S.A.W. telah menyebut juga bahawa pintu syurga dibuka, ditutup pintu neraka serta dibelenggu para syaitan (Riwayat Al-Bukhari, 1/18 ; Muslim, 1/41) ; terdapat juga ulama yang mengatakan bahawa bulan ini dinamakan ‘Ramadhan' (yang bermaksud panas) oleh Allah SWT kerana bulan ini adalah bulan menghanguskan dosa. (Rujuk Mughni, Ibn Qudamah, 4/116).
Ada pula yang bertanya berkenaan erti Syaitan di belenggu dalam hadith di atas. Sebahagian ulama berpandangan bahawa ia membawa maksud ketidakmampuan Syaitan menguasai orang yang berpuasa sebagaimana penguasaannya di luar bulan Ramadhan. Ini adalah disebabkan ganjaran pahala yang keberkatan Ramdhan kerap melemahkan nafsu jahat dari meneruskan agendanya. (Rujuk Al-Muntaqa Min At-Targhib Wa at-Tarhib, Al-Munziri dan Al-Qaradawi, 1/313 )
Ada juga yang menyebut sebahagian jenis Syaitan yang utama sahaja di belenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini. Walaubagaimanapun, sebenarnya ia adalah akibat dorongan nafsu jahat yang telah lama terdidik dan terbiasa dengan ajakan Syaitan. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan utama di belenggu. ( Rujuk Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Syeikh Atiyyah Saqar, 2/13).
#info #tazkirah #ramadan
No comments:
Post a Comment