26 R.A.M.A.D.A.N
T.H.E. E.N.D. G.A.M.E.
1. Syawal hampir tiba. Ramai orang sedang sibuk buat kuih raya dan membuat persiapan raya. Kami pula sedang sibuk membuat persiapan bekalan senjata ghaib untuk kegunaan selepas Syawal. Untuk berdepan dengan kelompok elit 1blis yang bakal kembali ke HQ mereka beberapa hati saja lagi.
2. Dah 20 hari tak tidur malam. Tiada masa untuk membuat persiapan raya. Hanya iringan doa oleh ibu dan bapa buat kami di perantauan. Kilat sabung-menyabung bermula sebaik selesai acara majlis khatam al-Quran di sebuah masjid. Dentuman guruh yang berpanjangan melebihi 15 saat. Tiada hujan, tiada angin.
3. Kilat berdentum di merata tempat. Saiznya besar-besar belaka. Ia tidak hanya berlaku di satu kawasan. Tetapi meliputi sebuah kawasan yang luas. Bermula dari pukul 11 malam, ia berlangsung sehingga saat azan Subuh berkumandang.
4. Ke mana kami melangkah, kilat seperti mengikut kami. Menyambar di hapan, belakang, kiri dan kanan. Kami berbincang dan berisyikharah.
5. Akhirnya, kami memilih untuk bekerja di suatu tempat ini, atas sebab-sebab tertentu. Kilat tidak henti-henti menyambar di merata tempat. Kami dikelilingi oleh kilat yang beraneka warna dan saiznya cukup besar. Ianya agak menggerunkan, namun pada Allah kami bertawakkal.
6. Suasana perang di alam ghaib kini menghadapi fasa semakin getir di sesetengah kawasan. Aktiviti pemindahan rakyat sedang giat dijalankan di sebahagian zon perang yang sudah pun bermula.
7. Sudah hampir 20 hari tidak tidur malam. Peperangan sudah bermula 7 hari sebelum memasuki bulan Ramadhan. Ketua-ketua penyihir menghantar serangan tiada hentinya. Beribu batalion komando penyihir menyerang kami dalam satu masa.
8. Keadaan ini menampakkan situasi sukar yang kita bakal berdepan di masa hadapan. Buat persediaan terutamanya bagi mereka yang sakit. Ikhtiar perawatan ada pelbagai kaedah. InshaaAllah, usaha sahaja pasti ada jalannya. Allah jua sebaik-baik Penyembuh.
9. Antara tanda-tandanya, badan mudah merasa sakit, merasa sengal di bahagian sendi atau di bahagian belakang tubuh. Hati rasa tidak tenang, bersikap emosional dan badan merasa tidak selesa tanpa sebab.
10. Bila nak solat fardhu, berzikir, baca Quran, dan bangun Tahajud pula rasa berat nak buat. Di siang hari, hati rasa tiada mood untuk melakukan kerja.
11. Bagi mereka yang sihat agak sukar untuk memahaminya. Lihat simptom atau tanda pada ahli keluarga. Perlu bersikap peka dan waspada. Perjuangan mereka melawan permasalahan ini dalam diam sudah semakin melarat di dalam masyarakat kita. Ia ada melibatkan unsur sihir dan gangguan jin bagi penghidap sakit mental. Samada pada peringkat minor atau major.
12. Tanda-tanda lain pula, ada yang mudah mengalami kemurungan, mahu menyendiri, merasa putus asa, dan down tanpa sebab. Semasa sedang menunaikan solat, akan terpapar ibarat flash skrin dalam minda mereka pelbagai babak atau adegan yang boleh menimbulkan rasa marah, kecewa, sedih atau bernafsu secara tiba-tiba. Ia kemudiannya menular secara perlahan ke dalam kehidupan seharian.
13. Berhati-hati jika anda mendapat serangan sebegini. Anda mungkin sudah ditanda sebagai target untuk agenda mereka seterusnya. Jaga otak, jaga rohani, perkuatkan benteng diri. Jika ada saka, tolong rawat segera. Kalau ada duit simpanan, jangan berkira. Selesaikan isu gangguan sebelum keadaan menjadi lebih berat.
14. Pada malam 26 Ramadhan, serangan menghadapi kemuncak serangan dari pihak musuh. Ketua penyihir dari pelbagai negara membuat serangan bertalu-talu dari tengah malam sehingga menjelangnya Subuh.
15. Melihat video kejadian di Palestin, tempoh masa kejadian adalah sama. Serangan berlaku pada kami pada waktu yang sama terjadi di tempat mereka. Adakah ianya suatu kebetulan? Hanya Allah yang Tahu. Namun kami yakin, terdapat mereka yang lain turut mendapat serangan pada minggu yang sama.
16. Mereka melakukan serangan zahir dan ghaib tidak kira tempat dan tidak kira masa di seluruh dunia. Hanya Allah sebaik-baik Penolong dan sebaik-baik Penjaga.
17. Big Plan mereka pasti akan diakhiri dengan kemenangan di sisi Allah. Namun sebelum itu, kita mestilah berusaha untuk bertindak dan menyelamatkan diri kita dan ahli keluarga kita sebelum semuanya terlambat.
Clock Is Ticking.
Keluarlah dari papan percaturan.
Sebelum anda dicaturkan.
End Game. The War Has Just Begun.
Info tentang produk sihat, klik di sini : http://www.wasap.my/60134666797/jihadsihat
Haseena Syaakira
Jihad Sihat Demi Agama, KeranaNya
#HaqqulYaqin #HidupuntukAllah #taqwajourney #jihadsihat #healingjourney #BahagiaDenganAllah
#selfhealing
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157933917082761&id=521342760
No comments:
Post a Comment