Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Wednesday 16 June 2021

16 JUN 1905 PERJANJIAN PINJAMAN KEDAH - SIAM DITANDATANGANI

 16 JUN 1905 : PERJANJIAN PINJAMAN WANG KEDAH-SIAM


Gambar : Almarhum Sultan Kedah Darul Aman

Pada hari ini dalam tahun 1905, Perjanjian Pinjaman Wang Kedah-Siam telah ditandatangani di Bangkok dengan disaksikan oleh H.F. Williamson dan A.C.S. Ward. Pinjaman sebanyak RM2,600 000.00 itu dibuat oleh kerajaan Kedah untuk menampung perbelanjaan pentadbiran negeri. Sultan Kedah telah diwakili oleh Raja Muda Tengku Abdul Aziz, manakala pihak Siam diwakili oleh Menteri Kewangannya, Putera Mahisra Rachaharuthai.


Menteri Kewangan Siam, Putera Mahisra Rachaharuthai

Di bawah perjanjian ini, Sultan Kedah dikehendaki membayar faedah pinjaman dengan kadar 6% setahun dan dikehendaki menerima dan membayar gaji seorang Penasihat Kewangan untuk negeri Kedah yang dilantik oleh Siam. 

Sultan Kedah tidak dibenarkan membuat lain-lain pinjaman selagi pinjaman ini belum selesai. Perjanjian pinjaman ini membawa kesan dan perubahan dalam sistem pentadbiran negeri Kedah antaranya perlantikan W.F. Williamson sebagai Penasihat Kewangan Kedah di mana semua urusan Mesyuarat Perundangan Negeri adalah mengikuti nasihat beliau. 

Maka, bermula lah epiloq daripada Perjanjian Bangkok 1909 yang memisahkan Kedah dengan Setul, Patani dan Kelantan serta perpecahan Reman. 

#kedah #perjanjian #104th #siam #bangkok



16 Jun 1905 – Pada tahun 1905, satu Perjanjian Pinjaman Kedah-Siam telah ditandatangani. Pinjaman sebanyak 2,600 ringgit itu dibuat oleh kerajaan Kedah untuk menampung perbelanjaan pentadbiran. Dalam perjanjian itu Sultan Kedah telah diwakili oleh Raja Muda Tengku Abdul Aziz, manakala pihak Siam pula telah diwakili oleh Menteri Kewangannya Putera Mahisara Rachaharuthai.

Upacara menandatangani perjanjian itu berlangsung di Bangkok di hadapan dua orang saksi H.F. Williamson dan A.C.S. Ward. Antara syarat-syarat perjanjian ini adalah :
  1. Sultan Kedah dikehendaki membayar faedah pinjaman dengan kadar 6% setahun.
  2. Pembayaran balik pinjaman secara ansuran berserta faedah hendaklah dibuat pada 1 haribulan Jun tiap-tiap tahun.
  3. Sultan Kedah dikehendaki menerima dan membayar gaji seorang Penasihat Kewangan yang dilantik oleh Siam bagi menasihati baginda mengenai soal-soal pentadbiran kewangan Kedah.
  4. Sultan Kedah tidak dibenarkan membuat lain-lain pinjaman selagi pinjaman ini belum selesai.
Perjanjian Pinjaman Kedah-Siam membawa kesan dan perubahan dalam sistem pentadbiran negeri Kedah. Di antaranya ialah perlantikan Tengku Abdul Aziz sebagai Yang Dipertua Mesyuarat Perundangan Negeri dan Williamson sebagai Penasihat Kewangan Kedah. Dengan perlantikan itu segala urusan Mesyuarat Perundangan Negeri adalah mengikuti nasihat W.F. Williamson.

Apabila Williamson berhenti, kerajaan Siam terpaksa meminjam J.C. Hart dari kerajaan Inggeris untuk meneruskan tugas-tugas pentadbiran kewangan.

Sejak peristiwa ini kerajaan Siam mulai sedar bahawa Kedah tidak menguntungkan sebagai jajahan takluk. Akhirnya pada 31 Mei 1909 semasa menandatangani perjanjian Siam-Inggeris, kerajaan Siam telah bersetuju menyerahkan Kedah kepada Inggeris.

Penyerahan ini memaksa Kedah menerima seorang penasihat Inggeris yang bertanggungjawab menasihatkan Sultan mengenai segala hal kecuali soal-soal agama Islam dan adat istiadat.

---------------------------------------------------------------------------------------

Sekilas Fakta Sejarah Kedah Darul Aman

Gambar : Kesultanan Kedah adalah antara sistem beraja tertua di dunia. 

Antara monarki tertua di dunia, pemerintahan Kesultanan Kedah telah memerintah Negeri Kedah selama 884 tahun. Permulaan Kerajaan Kedah Tua sejak 1136 semasa era ulamak, Sheikh Abdullah Al Qumairi

P/S : Gambar arkib ialah Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Kedah ke-28.

Sumber artikel asal :

https://www.kedah.gov.my/direktori/9-kesultanan-kedah/9-sejarah-dan-salasilah-duli-duli-yang-maha-mulia

Sumber video : https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10218226848718257&id=1101123111

Sumber pautan artikel lain yang berkaitan :-

KISAH ASAL MELAYU...

"Kisah Kerajaan Kedah Tua Melalui Kalam Ulamak Amalan Pusaka Khalifah Wali Islam."

Bukan Melalui Sarjana Barat...

Kedatangan Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi Yamani Bersama 11 Sahabatnya Yang Lain Di Puncak Gunung Jerai, Kedah Darul Aman

Baca kisah selanjutnya di sini :-

KISAH ASAL MELAYU DARI KITAB SHEIKH DAUD AL FATANI...

https://normanhafizi.blogspot.com/2020/08/kisah-asal.html?m=1

#info #link #kedah #blog #ekstra

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...