Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 18 June 2021

17 JUN 1968

TRAGEDI KROH - BETONG 17 JUN 1968
 

"Memperingati 16 Pahlawan anggota Pasukan Polis Hutan PDRM gugur, mengorbankan jiwa mereka demi mempertahankan kedaulatan negara dari angkara pengganas komunis yang durjana.

Pengorbanan mereka demi keamanan Ibu Pertiwi tetap kekal abadi terpahat di sanubari setiap rakyat Malaysia.

Semoga perwira-perwira Polis ini mendapat tempat yang istimewa di sisi NYA.

Aamiin Ya Robbal Aalamiin".


SENARAI NAMA ANGGOTA YANG TERKORBAN

PANGKAT                                        NOMBOR                 NAMA

1.   PMG/KPL.                                     14892                        NIZAM BIN MOHD. ADAM
2.   PMG/KPL.                                     19839                        ABDUL GHANI BIN MOHAMED
3.   PMG/KPL.                                     24008                        MUSTAFA BIN HUSSEIN
4.   KONST.                                         1479                          ABDULLAH BIN AHMAD
5.   KONST.                                         1509                          LOH AH CHU
6.   KONST.                                         8365                          JALIL BIN BACHIK
7.   KONST.                                         11401                        ISMAIL BIN MAT SIDI
8.   KONST.                                         20239                        ABDUL HAMID BIN ABU BAKAR
9.   KONST.                                         23086                        CHAN ENG TECK
10. KONST.                                         24827                        MOHAMAD BIN OTHMAN
11. KONST.                                         25200                        HASHIM BIN ISMAIL
12. KONST.                                         25700                        ABDULLAH BIN ISMAIL
13. KONST.                                         30449                        ONG LOCK SAY
14. KONST.                                         30758                        MOHD. SALLEH BIN ABIDIN
15. KONST.                                         30833                        ISMAIL BIN AMIR
16. KONST.                                         40281                        ABDUL GHANI BIN DAUD

Al Fatihah, Semoga Roh Mereka Dicucuri Rahmat Oleh Allah S.W.T. Bagi Mendiang, Bersemadilah Dengan Aman.


Gambar 1 : Sewaktu berlakunya peristiwa serang hendap


Gambar 2 : Keadaan kenderaan Pasukan Polis Hutan PDRM selepas serangan


Gambar 3 : Bahagian hadapan kenderaan dengan kesan tembakan pada cermin

Mereka ini terkorban dalam tragedi serang hendap oleh komunis Malaya di Kroh, Gerik ! Tiada akhbar yang menyiarkan berita ulang tahun tragedi berdarah ! Manusia hanya ingat sekejap dan semasa susah selanjut hanya tinggal sejarah itu pun kalau ada yang mengingati ! Nampak sia-sia mereka mengadaikan nyawa pada bangsa dan negara selepas aman tiada siapa ambil peduli... Sedekah Al Fatihah !  @ dibaca !

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=4227305107315709&id=100001087853682

17 Jun 2021 : Peristiwa 53 tahun dahulu. INFO PERISTIWA KISAH SEJARAH MELAYU 

Serang Hendap Di Kroh Betong, Perak.

Nama anggota Polis Field Force yang terkorban :-

  1. L/Corporal 14892 Nizam b Mohd Adam
  2. L/Corporal 19839 Abdul Ghani b Mohamed
  3. L/Corporal 24008 Mustafa b Hussien
  4. Constable 1479 Abdullah b Ahmad
  5. Constable 1509 Loh Ah Chu
  6. Constable 8365 Jalil b Bachik
  7. Constable 11401 Ismail b Mat Sidi
  8. Constable 20239 Abdul Hamid b Abu Bakar
  9. Constable 23086 Chan Eng Teck
  10. Constable 24827 Mohamad b Othman
  11. Constable 25200 Hashim b Ismail 
  12. Constable 25700 Abdullah b Ismail 
  13. Constable 30449 Ong Lock Say 
  14. Constable 30758 Mohd Salleh b Abidin 
  15. Constable 30833 Ismail b Amir 
  16. Constable 40218 Abdul Ghani b Daud 

Pada 17 Jun 1968, lebih kurang jam 5.30 petang, satu konvoi sedang bergerak dari pangkalan PPH Kroh menuju ke Betong melibatkan Strike Force daripada Platun 11 Batalion 1, Kompeni C, Pasukan Polis Hutan (PPH) Ulu Kinta dan Platun 11 Batalion 2 untuk menjalankan tugas “Ops Sawadee Salam”.

Sebelum itu Platun 11, Batalion 2, PPH Ulu Kinta  yang diketuai oleh ASP G/3067 Tan Hun Tiong (Johny)  bersama enam orang anggota telah bergerak ke stor di Sungai Petani mengambil kawat duri untuk dibawa ke Tek Betong dan kemudiannya bergabung bersama pasukan bantuan Strike Force yang bermalam di Pangkalan Batalion 19 PPH Kroh.

Maklumat awal mengatakan pihak komunis akan menyerang Tek PPH di Betong. Di atas maklumat tersebut satu pasukan bantuan dan kawad duri diperlukan untuk mengukuhkan pertahanan di sana. Setelah semuanya berkumpul di Pangkalan Batalion 19 Kroh,  konvoi mula bergerak dengan di dahului oleh Inspektor Malik Arshad diikuti oleh empat buah kenderaan iaitu Land Rover, Trak Unimog serta Trak 3 tan  dan di belakang sekali adalah Trak 3 tan tanpa bumbung yang dinaiki oleh ASP Tan Hun Tiong bersama anggotanya yang sarat dengan katil tambahan dan kawat duri untuk di bawa ke Tek Betong. Apabila sampai di Pekan Kroh, Inspektor Malik Arshad telah berhenti untuk membeli barang keperluan dan meminta supaya ASP Tan Hun Tiong bergerak dahulu.

Sebaik sahaja lori ASP Tan Hun Tiong melepasi sempadan, kedengaran deruan kenderaan konvoi yang berada di belakang telah semakin hampir. Dengan tidak semena-mena ketika itu juga terdengar tembakan bertalu-talu ke arah konvoi Insp Malik Arshad. ASP Tan Hun Tiong dan anak buahnya dengan pantas melompat turun dari lori mengambil kedudukan berlindung. PC Low Teng (pemandu lori) tanpa berlengah telah memecut lori seorang diri menuju ke Tek Betong untuk meminta bantuan. ASP Tan Hun Tiong dan anggotanya terus dihujani peluru sehingga tidak dapat memberi bantuan kepada konvoi Inspektor Malik Arshad, walaupun jaraknya begitu hampir. Pasukan polis yang diketuai oleh Inspektor Malik Arshad terus melawan dan memberikan tentangan walaupun tiada tempat untuk berlindung. Akhirnya satu persatu anggota konvoi rebah ke bumi. Kedudukan musuh amat strategik kerana berada di atas tiga buah bukit dan menyerang sewaktu konvoi melalui selekoh tajam.

Beberapa minit kemudian satu Platun dari Tek Betong diketuai oleh Sarjan Isam bin Long telah tiba untuk memberi bantuan, tetapi segala-galanya telah terlambat. Pada waktu itu yang tinggal hanyalah mayat yang bergelimpangan dan anggota-anggota yang mengalami kecederaan parah. Konvoi seramai 35 anggota PPH yang diserang hendap oleh komunis telah menyebabkan seramai 16 orang terkorban dan 17 orang mengalami kecederaan manakala 2 orang anggota berjaya melepaskan diri dengan memasuki hutan berhampiran tanpa mengalami kecederaan. Mereka telah dijumpai beberapa hari kemudiannya dengan di dapati merayau-rayau di kawasan hutan tersebut dalam keadaan yang penuh trauma. Dua anggota di kalangan 17 anggota yang tercedera berikutnya telah meninggal dunia akibat dari kecederaan yang teruk di hospital. Sementara Inspektor Malik Arshad telah mengalami kecederaan yang parah dan pihak komunis turut mengambil serta merampas ke semua senjata, kelengkapan dan radio wireless set.

Ini adalah satu titik hitam dalam sejarah bagi Pasukan Polis Diraja Malaysia dan khususnya bagi Platun 11 Kompeni ‘C’ Batalion 1 PPH di dalam peperangan menentang pengganas komunis di Malaysia. Insiden ini akan selalu diingati sebagai salah satu pengorbanan yang dijalankan oleh pegawai dan anggota pasukan polis.

DARI GROUP FACEBOOK KISAH SEJARAH MELAYU. LIKE SHARE DAN VIRALKAN

https://www.facebook.com/groups/944196589713691/permalink/975333909933292/

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

PERISTIWA MENGKARAK PADA 25 & 26 FEBRUARI 1982

https://normanhafizi.blogspot.com/2021/05/25-26-februari-1982.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...