Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 25 June 2021

RM4.9 trilion

  • Oleh KOSMO!
  • 23 Jun 2021, 10:38 am












Lelaki terkejut akaun ada wang RM4.9 trilion


Williamson akhirnya hampa kerana nilai paparan wang pelaburannya adalah kesilapan teknikal. – Fox5

ATLANTA, GEORGIA – Impian seorang lelaki dari negeri Georgia, Amerika Syarikat (AS) untuk bergelar trilionair sekali gus manusia paling kaya di Bumi lebur apabila nilai sejumlah matawang kripto miliknya yang disangka melonjak kepada AS$1.18 trilion (RM4.9 trilion), rupanya kesilapan teknikal.

Menurut akhbar Daily Star, Christopher Williamson, pada asalnya membuat pelaburan bernilai AS$20 (RM83.30) melibatkan mata wang kripto bernama Rocket Bunny.

Menurutnya, dia terkejut sebaik mendapati nilai pelaburannya tiba-tiba meningkat kepada AS$1.18 trilion (RM4.90 trilion).

Saya melihat kembali ke arah skrin dan amat terkejut sehingga terjatuh dari katil.

Saya kemudiannya membuka platform Coinbase sambil menghubungi kawan saya untuk meminta bantuannya mengenai cara-cara untuk menjual nilai tersebut,” ujarnya.

Tambah Williamson, dia kemudiannya bertanyakan mengenai perkara itu di Twitter dan dalam masa sama, nilai pelaburan itu pada skrinnya semakin meningkat.

Saya perlukan seseorang untuk menjelaskan tentang apa sebenarnya yang terjadi, dan saya akan membayar anda.

Saya dapat membayangkan sebuah kapal persiaran mega berbentuk seperti penguin sedang menanti,” katanya.

Keterujaan lelaki itu bagaimanapun terhenti apabila Coinbase membalas soalannya dengan memaklumkan bahawa terdapat kesilapan teknikal pada paparan nilai tersebut.

Maaf. Kapal persiaran penguin terpaksa menanti seketika. Pasukan kami sedia maklum mengenai kesilapan pada paparan nilai tersebut yang telah menyebabkan angan-angan ini muncul,” jawab Coinbase.

Sehingga kini, tiada satu pun individu di dunia yang bergelar trilionair.

Lelaki terkaya di dunia, yang merupakan pengasas Amazon, Jeff Bezos, memiliki nilai kekayaan bernilai AS$200.50 bilion (RM835.30 bilion). – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2021/06/23/lelaki-terkejut-akaun-ada-wang-rm4-9-trilion/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=lelaki-terkejut-akaun-ada-wang-rm4-9-trilion&fbclid=IwAR2fdxDfpObpl4UFVn30c2ttFMREm1RBhvHpYPi9Wl9furcjBE8xdeUpuRs

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...