Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 26 June 2021

NAMA ALLAH AL LATHIEF

 Saudara, Kawan dan Teman

Gambar 1 : Sampel contoh botol kicap jenama Kicap Kipas Udang

NAMA ALLAH AL LATHIEF TERTERA DIBOTOL KICAP.
Sudah tentu anda semua gemar makan Kicap HABHAL ini.
Kicap ini adalah hasil usaha keluarga saya dari Datuk Hj Ahmad bin Hj Abdul Lathief
Baru-baru ini telah dibawa ke perhatian kami tentang nama Abdul Lathief yang tertera dilabel botol kicap dengan tulisan jawi ( lihat gambar)


Gambar 2 : Nama Allah Al Lathief seperti yang tertera pada label botol Kicap HABHAL

Nama عبد الطيف terbentuk dari dua kalimah Abdu dan Al Lathief, اللطيف adalah nama Allah s.w.t. yang digabungkan dengan lafaz Hamba.
Nama Al Lathief jika ditulis dalam tulisan selain Arab maka tidak tertakluk pada hukum memuliakan kalimah-kalimah yang baik namun apabila ditulis dalam teks Arab ia merupakan nama Allah yang wajib dimuliakan dan tidak diletakkan di tempat-tempat yang tidak baik seperti di tandas dan tong sampah.
Meskipun perkara ini masih ada argument nya, dinasihatkan apabila anda mahu mencampakkan botol-botol yang ada tertera nama agung Allah s.w.t. ke dalam tong sampah, dikoyakkan bahagian yang ada nama Allah اللطيف tersebut untuk mengelakkan dari hukum tidak memuliakan nama Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...