Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 29 July 2021

Bantuan Perlu Dilakukan Secara Ikhlas

 

SULTAN JOHOR: BANTUAN PERLU DILAKUKAN SECARA IKHLAS DAN BUKAN MELIBATKAN ISU PERKAUMAN

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, bertitah menegaskan bantuan keperluan makanan yang disediakan atas dasar membantu golongan memerlukan perlu dilakukan secara ikhlas, dan bukannya melibatkan soal perkauman.

Baginda Tuanku Sultan, bertitah ketika ini terdapat ramai individu tanpa mengira agama dan bangsa mengalami kesulitan seperti kehilangan pekerjaan dan terputus pendapatan, serta berdepan beban kewangan untuk membeli barangan keperluan makanan.

Jika mahu membantu mereka yang dalam kesusahan, bantulah semua tanpa mengira kaum dan agama, lakukan secara ikhlas tanpa menimbulkan sebarang isu berkaitan perkauman,” titah DYMM Sultan Johor kepada Royal Press Office (RPO).

Baginda Tuanku Sultan bertitah demikian sebagai mengulas satu rakaman video yang tular di media sosial, semalam berhubung bantuan keperluan makanan harian yang disediakan di sebuah kedai runcit di kawasan Skudai, Johor Bahru yang dikatakan menimbulkan soal perkauman.

DYMM Sultan Johor sentiasa menegaskan betapa pentingnya hubungan antara kaum dan toleransi yang sentiasa menjadi tunjang perpaduan Bangsa Johor.

Mengambil contoh kurniaan bantuan makanan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ), Baginda Tuanku Sultan bertitah ia disampaikan kepada rakyat tanpa mengira agama dan bangsa di seluruh Johor setiap minggu.

Niat kita adalah untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan, tidak perlu menimbulkan soal perkauman dalam bantuan yang dihulurkan,” titah DYMM Sultan Johor.

~

SULTAN OF JOHOR: FOOD AID MUST BE SINCERE, NOT BASED ALONG RACIAL LINES

HM The Sultan of Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar has stressed that food aid for those in need must be done sincerely for all, not according to ethnic differences.

His Majesty said that in the current situation, all people have fallen on hard times and are facing unbearable difficulties, regardless of their race or religion. 

If you want to help, please be sincere by helping anyone in need. Do not discriminate along ethnic lines,” said His Majesty.

HM Sultan Ibrahim made the comments following a viral video that showed a grocery shop in Skudai, Johor Bahru, offering basic food aid but allegedly discriminated against a certain race.

His Majesty emphasised yet again the importance of unity and tolerance amongst all Bangsa Johor.

Our unity is the backbone of our society. The Sultan Ibrahim of Johor Foundation (SIJF), for example, hands out food aid to all Johoreans every week, regardless of their race or religion.

The intention is to help all people in need. Issues of race or religion should never arise,” said His Majesty.

#sultanjohor #royalpressoffice #johor

https://www.facebook.com/456817247818307/posts/1900761686757182/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...