Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 26 July 2021

MALCOLM X


Haji El Malik Shabazz @ Malcom X

HAJI DAN MALCOLM X

Oleh : Muhammad Nazreen

Suatu hari apabila Haji El Malik Shabazz sedang mengerjakan ibadah rukun kelima Islam, dia meilhat betapa tingginya kebesaran agama.

Hal itu, dalam pandangannya adalah bagaimana ribuan umat manusia tanpa mengira darjat, asal usul dan kekayaan. Semuanya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dalam mengerjakan ibadah yang sama. Dia kagum akan semangat kemanusiaan yang dilihatnya itu langsung tiada membezakan warna kulit putih atau hitam, kaya atau miskin, menteri atau pengemis - semuanya sama di sisi ilahi.

Haji El Malik Shabazz adalah nama Islam seorang individu yang lebih dikenali dengan nama Malcolm X. Pulangnya beliau daripada mengerjakan ibadah haji pada tahun 1963 telah mendorong Malcolm X untuk menggerakkan kesedaran suatu gerakan sivil di Amerika Syarikat dalam menuntut keadilan untuk warga kulit hitam diberikan layanan yang lebih adil di sebuah negara demokrasi yang terpenting di dunia. 

Tak perlu kita ceritakan siapa Malcolm X. Tak ada yang lebih baik untuk menceritakan siapa Malcolm berbanding menonton sendiri filem arahan Spike Lee tentang Malcolm X yang berdurasi 3 jam setengah. Filem itu turut masuk daftar salah satu filem terbaik yang pernah dihasilkan sepanjang zaman.

Akhirnya dia syahid. Dia dibunuh akibat nyala rasa kebencian manusia fanatik beragama Islam yang berkongsi shahadah yang sama. 

Alasan Malcolm dibunuh adalah kerana dia sudah tidak lagi senang dengan kultus orang agama 'Nation of Islam' yang mengangkat darjat seorang manusia itu lebih tinggi berbanding manusia yang lain. 

Sewaktu Malcolm berada di Makkah mengerjakan haji, dia mengutus surat kepada pengikut setianya di Brooklyn...dengan rasa tulus dari hati...

SURAT MALCOLM X DARI TANAH SUCI

"Tidak pernah aku menyaksikan semangat yang penuh keikhlasan, tentang rasa persaudaraan yang diamalkan oleh setiap bangsa manusia di tanah ini, mereka bersatu atas rasa penghormatan kepada rumah Ibrahim, Muhammad dan para rasul yang diutuskan di Tanah Suci. Kala seminggu ini, aku tidak mampu berkata apa-apa, tiada yang mampu untuk aku ungkapkan tentang betapa besar rahmat dan belas kasihNya yang telah aku saksikan sendiri di Tanah Suci ini.

Aku diberi kerahmatan untuk mengunjungi Kota Suci Makkah. Aku tawaf tujuh kali mengelilingi Kaabah, yang dipimpin seorang mutawaf muda bernama Muhammad, aku minum air suci dari Telaga Zam Zam. Aku berlari anak di antara Bukit Al-Safa dan Al-Marwah. I berdoa di Kota Purba Mina dan Gunung Arafat.

Aku melihat puluh ribuan jemaah manusia dari seluruh dunia. Aku menyaksikan bermacam jenis manusia, daripada manusia yang berambut perang bermata biru sehinggalah segelap-gelapnya kulit manusia berbangsa Afrika. 

Tapi kami semua menyerah diri di dalam menggembleng ritual yang sama; ibadah yang menyemarakkan rasa persaudaraan dan kemanusiaan, yang selama ini aku tidak pernah percaya bahawa wujudnya semangat perpaduan di antara mereka yang berkulit hitam dan putih."

Salam Aidiladha buat semua

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=979043429581971&id=410784619741191

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...