Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Thursday 12 August 2021

09 OGOS 2021 - PEMERGIAN YANG MENGHIDUPKAN | Hidup Seketika Biar Beri Makna


TAKZIAH 
kepada seluruh keluarga
SITI SARAH BINTI RAISSUDDIN
Bintang Seni Tanah Air
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam 
kalangan mereka yang beriman
DARIPADA
KDYMM SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG

9 Ogos 2021 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Siti Sarah Binti Raissuddin, bintang seni tanah air yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 5.13 pagi, hari ini.

Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarhamah dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarhamah sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.



PEMERGIAN YANG MENGHIDUPKAN | Ustaz Elyas Ismail

https://www.youtube.com/watch?v=mqk7SK7ZReQ

Gambar 2 minggu lepas, dari FB Shuib Sepahtu

Innalillahiwainnailaihirojiun

Satu berita yang amat mengejutkan dan menyedihkan.

Saya mengikuti semua berita Covid-19.

Tidak saya sangka akan ke pengakhiran begini.

Remuk hati saya membaca kisah-kisah kematian ahli keluarga tercinta melalui posting-posting di media sosial.

Saya tidak dapat bayangkan apa yang saudara-saudari semua lalui.

Seorang demi seorang buat panggilan terakhir dengan keluarga, ditidurkan, kemudiannya pergi.

Seorang demi seorang meninggal mengejut.

Kisah arwah Siti Sarah amat menyentuh hati.

Seorang ibu yang mengandung tabahkan dan kuatkan diri melahirkan seorang bayi, sebelum pergi buat selamanya.

Dijemput oleh Pencipta.

Meninggalkan suami, anak-anak kecil juga.

Satu keluarga yang bahagia. Kini kehilangan ibu dan isteri.

Arwah seorang yang baik dan penyayang. 

Takziah Shuib Sepahtu  atas pemergian isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin, dan kepada seluruh ahli keluarga juga.

Tabahkan diri menghadapi dugaan ini.

Sama-sama kita doakan mereka yang dijemput Allah hari ini, ampunkanlah segala dosa mereka dan tempatkan mereka di kalangan yang beriman.

Al-Fatihah.

Saya doakan kesembuhan buat semua yang dijangkiti Covid-19 dan segala penyakit. 

Semoga diberkati dan dilindungi sentiasa.

https://www.facebook.com/157851205951/posts/10158053602280952/


SHUIB : IBU SUDAH TAK BALIK !! SEBAK, SHUIB CERITA PADA ANAK2 TENTANG KEMATIAN IBU MEREKA.

https://www.youtube.com/watch?v=-cD5_d8JFK8

----------------------------------------------------------------------------------------

Belasungkawa Siti Sarah Raissuddin 18 September 1985- 09 Ogos 2021


Al-Fatihah (bacaan) buat Siti Sarah Raissuddin 18 September 1985- 09 Ogos 2021

Nama besar bapanya, Raissuddin Hamzah sebagai penyanyi terkenal era 1980-an bukanlah tiket untuk Allahyarham Siti Sarah, 37, menempa nama dengan mudah dalam industri muzik tanah air.

Raissuddin juga tidak menggunakan jalan pintas menerusi hubungan baiknya dengan wartawan untuk menaikkan nama Siti Sarah, sebaliknya dia mendidik anak keduanya itu meniti laluan berliku menerusi penyertaan dalam pelbagai pertandingan nyanyian.

Pertandingan demi pertandingan disertai, namun rezeki tidak memihak kepada Siti Sarah untuk bergelar juara dan berpuas hati sekadar menduduki tempat kedua atau ketiga.

Raissuddin akhirnya membawa Siti Sarah untuk ke peringkat saringan pertandingan nyanyian anjuran majalah hiburan popular URTV iaitu Bintang URTV 2001 peringkat Zon Timur yang berlangsung di Kuantan Parade, Kuantan, Pahang.

Mereka lambat tiba dan menjadi peserta terakhir yang mendaftar. Raissuddin juga bertekad, sekiranya Siti Sarah gagal kali ini, lupakan saja niat menjadi penyanyi.

Namun, rezeki ternyata menyebelahi Siti Sarah apabila bergelar juara dan layak ke peringkat akhir pertandingan itu yang berlangsung di Saloma Bistro, Kuala Lumpur pada September 2001 dan berjaya muncul juara.

Salah seorang juri, Ajai yang juga komposer popular tertarik dengan suara Siti Sarah dan menawarkannya menyertai syarikat rakaman NAR Records pada awal 2002.

Album sulungnya yang menggunakan namanya sebagai judul album dikeluarkan pada tahun yang sama dengan lagu Kesetiaan dikeluarkan sebagai single pertama.

Dari situ, bermulalah era kegemilangan Siti Sarah dalam nyanyian. Malah, pada satu ketika nama Siti Sarah pernah disebut-sebut sebagai pengganti Datuk Seri Siti Nurhaliza berikutan kemantapan vokalnya selain memiliki pangkal nama Siti dan huruf S.

Selain itu, Siti Sarah juga seorang anak yang baik dan menjadi harapan keluarga.

Ketika bapanya bertanding dalam peringkat akhir Bintang RTM pada 1983, Allahyarham ibunya, Noor Aini Mohamad sedang mengandungkan Siti Sarah.

Hubungan dengan pihak media begitu akrab kerana Raissuddin mendidiknya begitu sempurna untuk berurusan dengan media.

Daripada gadis yang mulanya malu-malu dan merendah diri kerana menganggap tiada rupa berbanding penyanyi lain, dia mula membina kekuatan dan mencari imej yang sesuai buatnya.

Kegemilangannya terserlah kerana mempunyai tenaga pengurusan yang begitu efisyen.

Penyanyi yang dilahirkan pada 15 September 1984 ini turut berjaya menjadi peserta akhir untuk Bintang RTM 2001.

Kejayaan lain yang diraih ialah anugerah Artis Baru Terbaik, Album Pop Terbaik dan Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2003 (AIM 2003).

Selain itu, Sarah juga berjaya menerima anugerah Artis Baru Wanita Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2003 (APM 2003).

Dia juga satu-satunya artis baru yang turut tercalon dalam kategori Artis Wanita Terbaik yang dimenangi Siti Nurhaliza pada tahun terbabit.

Pembabitan lain Siti Sarah ialah menyertai pertandingan realiti musim kedua One In A Million 2008, pertandingan antarabangsa World Championship of Performance Arts (WCOPA) 2009, membintangi filem Man Sewel Datang KL (2011) yang dibintangi oleh suaminya, Shuib Sepahtu dan menyertai program realiti TV popular Gegar Vaganza 3 pada 2016.

Sarah bertemu jodoh dengan pelawak dan pelakon popular, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad pada 2011 dan memiliki empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang baru dilahirkan secara pembedahan pada Jumaat lalu.

Awal April lalu, Sarah berkongsi khabar gembira apabila dia disahkan hamil anak keempat.

Siti Sarah turut memiliki seorang abang dan adik lelaki iaitu Ahmad Firdaus dan Ahmad Yazeed.

https://www.hmetro.com.my/utama/2021/08/740648/belasungkawa-siti-sarah-raissuddin-15-september-1984-9-ogos-2021

Pak Yus. 30 November 2015. Isnin.

Abam. 10 Febuari 2020. Isnin.

Siti Sarah. 9 Ogos 2021. Isnin. 

Masa arwah Pak Yus meninggal, saya ingat lagi. Astro ulang berapa kali dalam sehari bacaan Al Fatihah untuk arwah. Masa itu arwah masuk Raja Parodi. Lepas arwah meninggal, minggu itu rancangan itu ditangguh sementara semata-mata nak buat tribute untuk arwah. 

Berminggu-minggu orang cerita kebaikan dia. Akhirnya pecah rahsia amalan arwah yang suka bersedekah. Ada pusat anak yatim di Kedah terima wang belanja setiap bulan dari arwah Pak Yus. Saya ingat lagi ayat pengetua tempat tu, "Lepas ni tak ada lagi lah nak bagi kami bantuan tiap bulan".

Kemudian tahun lepas, Abam. Fad dan Achey setiap kali bercakap pasal arwah mesti menangis. Begitulah juga pun ceritanya. Yang baik-baik belaka. Terutama bab suka tolong orang. 

Paling kita ingat kisah arwah Abam jaga mak dia. Setia sungguh. Baik sungguh. Lembut sungguh. Sampai mak dia kata, "Siapa lah nak jaga makcik kalau Abam tak ada".

Semalam pula Siti Sarah. Satu Malaysia. Dari Dato' Seri Najib, Anwar Ibrahim, Ebit Lew, Prof Muhaya, Ustazah Asma Harun, Ustazah Noor Bahyah. Setiap golongan. Segenap lapisan. Semua doakan arwah. Sampai menangis kita walau tak pernah jumpa dia. 

Tuan Nadir kongsikan kisah arwah bagi korban berbelas ribu untuk Gaza. Masa jenazah arwah sedang diuruskan, team BeePrihatin post di Instagram (IG). Orangnya dah tak ada tapi sedekahnya sedang berjalan. Dalam live di tanah perkuburan saya nampak ada orang comment. Dia ingat lagi masa Siti Sarah dan Shuib bagi bantuan banjir di Pahang.

Lalu dari 3 manusia berbeza ini, ada satu pengajaran yang sama. 

1. Tak kira kita di posisi apa pun, Allah tahu nilai kita. Kita artis. Kita pemimpin. Atau kita bukan siapa-siapa. Bila saja Allah kata Dia akan angkat nama kita, Dia akan buat. Walau dari tempat yang serendah mana. Sebab Allah saja yang kenal diri kita sebenar apa. 

2. Sebab itu jangan ada sangkaan pada sesiapa. Kita tak tahu apa pengakhiran setiap manusia. Juga kita tak tahu apa amalan rahsia dia yang Allah terima. Dan kita tak tahu dari bab mana tentang dia yang Allah redha. Anggap semua manusia baik. Yang tak baik hanya kita.

3. Sentiasa senangkan hati semua orang. Jangan buat orang susah hati sebab sikap kita. Apatah lagi kita nak susah hati dengan sikap orang pada kita. Orang yang penyayang sentiasa hatinya lapang. Dia cuma pandai suka. Tanpa ada prasangka.

4. Mereka semua orang susah masa kecik. Yus anak yatim. Abam dah tak ada ayah dan maknya pula sakit. Siti Sarah pernah cerita kena tolak gerai pukul 5 pagi sebelum pergi sekolah. Hidup ini macam roda. Allah boleh bagi sangat susah. Dan tiba-tiba boleh bagi sangat mewah.

5. Saat diuji dengan kesusahan mereka bersabar. Kemudian diuji pula dengan kekayaan tapi tak lupa diri. Apa Allah bagi, mereka bagi balik. Biasanya ujian susah ni orang boleh sabar. Tapi ujian senang ni selalu buat kita lupa untuk bersyukur. Buat kita rasa tak cukup. Takut nak bagi pada orang.

6. Kebaikan ni sama bagai minyak wangi. Dia meruap. Bila mana kita sorok tak bagi nampak pun, Allah akan tunjuk. Lepas tunjuk satu, keluar satu lagi. Dan lagi. Akan pecah harumnya sama macam pecahnya bau minyak wangi. Jika tidak masa kita hidup, waktu kita telah mati. 

7. Tinggalkan bakti dalam hidup orang yang kita sayang. Seikhlas hati. Pak Yus suka tolong anak yatim. Abam sabar jaga mak sakit. Siti Sarah punya taatnya pada suami, stokin pun dia sarungkan.

8. Tinggalkan impak pada orang keliling yang ada. Sehingga semua orang ada memori istimewa yang berbeza dengan kita tiap satunya. Ada kisah manis yang terus hidup walau saat kita telah tiada.

Hidup seketika biar beri makna.

Kredit : Siti Suryani Yaakop 

#KisahDunia #kdboom

https://www.facebook.com/296102267180035/posts/2852496468207256/

𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗-𝟭𝟵 𝗜𝗦 𝗥𝗘𝗔𝗟

Coronavirus yang dibesarkan daripada imej asal dan hanya boleh dilihat di bawah mikroskop

Sebentar tadi, sempat menonton LIVE di Instagram rasmi @shuibsepahtu. Jujur, ini LIVE yang sangat meruntun jiwa dan membuka mata kita semua tentang bahaya sebenar COVID-19. Berulang kali Shuib menyebut, bahawa 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗-𝟭𝟵 𝗜𝗦 𝗥𝗘𝗔𝗟.

Difahamkan, pembantu rumah Shuib disahkan positif sebelum ini. Segalanya berlaku dengan pantas. Pembantu rumah hanya pergi membuang sampah di luar rumah dan kebetulan terjumpa kawan dan BERSALAMAN. Selepas disahkan positif, seluruh keluarga Shuib pun menjalani swabtest dan mendapat keputusan positif sebelum negatif.

Difahamkan juga, pembantu rumah Shuib telah pun meninggal dunia Jumaat lalu, disusuli dengan isteri beliau iaitu Allahyarhamah Siti Sarah yang meninggal subuh tadi. Segalanya berlaku sangat pantas. Dalam LIVE yang berdurasi lebih kurang sejam itu, Shuib sempat berkongsi sesuatu yang sangat penting.

Subuh sebelum jenazah diuruskan, Shuib diberikan kebenaran untuk menatap wajah terakhir bidadarinya itu. Pada waktu sama, jururawat yang bertugas sempat berpesan agar Shuib menyampaikan sesuatu kepada rakyat Malaysia. Mungkin, pemergian arwah isterinya dapat membuka lebih banyak mata tentang kepentingan vaksin.

Pesan jururawat itu, tolonglah ambil vaksin sebab ia dapat melindungi diri dan orang lain daripada dijangkiti oleh wabak ini. Ya; memang tidak semua yang menerima vaksin akan dijamin sihat dan tidak dijangkiti. Probability untuk dijangkiti itu masih ada kerana vaksin sifatnya hanya melindungi. Tetapi, jika terjangkiti Covid-19 dan sudah divaksin, tubuh badan kita akan lebih kuat untuk melawan wabak itu terutamanya menghalang untuk menjangkiti keseluruhan paru-paru.

Difahamkan lagi, Shuib baru sahaja menerima vaksin pertama. Manakala, arwah isterinya BELUM DIVAKSIN. Disebabkan itu jugalah, doktor yang merawat memberitahu keadaan paru-paru arwah sudah dipenuhi dengan Covid-19. Kurang perlindungan dan dalam keadaan sarat mengandung, mungkin risikonya lebih tinggi. Namun kita akur, semua yang berlaku adalah ketentuan-Nya. Kita reda.

Shuib sempat berpesan dalam LIVE tadi, agar semua rumah menyimpan alat Oximeter untuk memeriksa paras oksigen dalam badan. Katanya, paras normal perlulah pada angka 96. Jika angka jatuh ke 95 atau 94 ke bawah, jangan tangguh. Teruslah ke hospital. Dalam keadaan sebak, Shuib sempat berkongsi kisah beberapa hari lalu, bahawa arwah isterinya menunjukkan bacaan Oximeter pada paras rendah iaitu 93. Namun tidak diendahkan oleh Shuib kerana menyangka semuanya baik-baik saja dan itulah sesalnya yang paling berat.

Cerita Shuib lagi, arwah isterinya selalu berpesan agar dia dan anak-anak mengamalkan pengambilan vitamin untuk menguatkan imuniti badan. Tapi Shuib tidak terlalu fokus kepada pesanan itu. Hanya sekadar dengar dan angguk. Sekarang, jika waktu boleh diundurkan semula— tentulah dia akan menelan segala macam vitamin sebab ternyata 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗-𝟭𝟵 𝗜𝗦 𝗥𝗘𝗔𝗟. Ujar Shuib, jika ada vitamin A-Z sekalipun, dia akan telan. Pemergian arwah isterinya benar-benar menyedarkan dia tentang bahaya wabak ini. 

Pada saya, apa yang dikongsikan oleh Shuib tadi sangat betul. Hakikat, kita akan ambil mudah soal wabak ini selagi belum kena pada badan sendiri. Selagi masih sihat dan kuat, kita akan menganggap wabak ini SELMAT. Tapi sekali terkena, menyesal sudah tidak berguna lagi. Sudah hampir dua tahun terkurung dalam rumah, mungkin jiwa kita tertekan dan bosan. Tetapi jangan sesekali melupakan wabak ini. Ingatlah, sudah lebih 10 ribu nyawa terkorban dalam negara kita akibat wabak ini dan angka itu terus MENINGKAT setiap hari! 

Yes, 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗-𝟭𝟵 𝗜𝗦 𝗥𝗘𝗔𝗟. Sekarang bukan lagi masa untuk bersuka ria, atau menyalahkan siapa-siapa. Jagalah diri sendiri dan keluarga terdekat anda. Patuhlah kepada SOP. Duduklah rumah jika tidak ada urusan penting di luar sana. Amalkan gaya hidup sihat, makan vitamin, periksa kadar oksigen setiap hari dan paling penting, AMBIL VAKSIN!

Vaksin diri anda dan orang kesayangan anda. Lindung diri, lindung semua. Kepada yang sudah pergi asbab dari wabak ini, kita sedekahkanlah Al-Fatihah buat mereka. Moga segala amalan diterima Allah SWT dan dipermudahkan urusan di alam sana.

Ingat, sesiapa sahaja boleh pergi akibat wabak ini. Allah SWT sedang memilih. Bersedialah dengan rohani dan amalan yang cukup. Kita tak pernah tahu, bila giliran kita dan bagaimana pengakhiran kita. Hargai orang-orang sekeliling anda, luangkanlah waktu sebaiknya. Ciptalah memori indah bersama. Insya-Allah. Semoga wabak ini segera diangkat, lenyap dari bumi dan dunia ini. Aamiin! (end)

Sumber bahan bacaan tambahan yang lain :

Sampai Rumah Ingat Nak Elak Jumpa Anak Tapi Tak Sempat Anak Kedua Terus Tanya

https://news-tel.com/sampai-rumah-ingat-nak-elak-jumpa-anak-tapi-tak-sempat-anak-kedua-terus-tanya-10467

Walaupun Kerusi Ini Kosong Saya Tahu Awak Ada Di Situ Kan

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/walaupun-kerusi-ini-kosong-saya-tahu-awak-ada-di-situ-kan-shuib/

Video Pelukan Terakhir Siti Sarah Dan Anak-anak Mengundang Sayu

https://www.hmetro.com.my/utama/2021/08/740378/video-pelukan-terakhir-siti-sarah-dan-anak-anak-mengundang-sayu

Da Tak Tahan Berdiam Diri. Akhirnya Ayah Komen Buat Pertama Kali Selepas Siti Sarah Meninggal Kan Kita Semua

https://www.lubukviral.net/2021/08/11/akhirnya-ayah/

Yang Pernah Kutuk Fitnah Sarah Masa Kes Macau Scam Hari Itu Sekarang Faham Tak?

https://www.mediahiburan.my/yang-pernah-kutuk-fitnah-sarah-masa-kes-macau-scam-hari-tu-sekarang-faham-tak-aznil-haji-nawawi/

Kalau Ada Yang Mesej Di Instagram Perlukan Bantuan Dia Cuba Bantu Tapi Sarah Tak Suka Orang Tahu - Pengurus

https://www.mediahiburan.my/kalau-ada-yang-mesej-di-instagram-perlukan-bantuan-dia-cuba-bantu-tapi-sarah-tak-suka-orang-tahu-pengurus/

Hanya 2 Baris Sahaja Mampu Dinyanyikan Dan Beliau Terus Berhenti - Pengurus Tokti

https://kdnews.site/hanya-2-baris-shj-mampu-dinyanyikan-dan-beliau-terus-berhenti-pengurus-tokti/


MUDAHNYA SEORANG ISTERI MASUK SYURGA :

  1. Taat Suami
  2. Jaga kebajikan suami dan anak-anak
  3. Tulang belakang kejayaan suami
  4. Jaga harta suami
  5. Jaga solat Fardhu dan sunat
  6. Sabar dan redha terhadap kesusahan suami
  7. Susah dan senang bersama suami
  8. Mati dalam bersalin
  9. Mati dalam nifas
  10. Mati dalam redha suami

MENGENANG ROMANTISME SITI SARAH & SHUIB



Gambar 1 : Dari jarak jauh


Gambar 2 : Shuib selepas pemakaman Allahyarhamah isterinya, Siti Sarah Raissuddin 

Posting sebelum ini : 

"Dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita dikembalikan"

Bersabarlah menerima ujian Allah. Isterimu insan terpilih. In syaa Allah dia kembali ke pangkuan Ilahi dengan syahid akhirat. Syurgalah ganjaran untuknya disana. Satu kerana meninggal akibat wabak covid dan kedua sebab meninggal kerana melahirkan anak nifas.  

Menangislah Shuib kita hanya manusia biasa. Sedang nabi saw juga menangis sewaktu Siti Khatijah meninggal dunia.. 

إنا لله وإنا إليه راجعون.. اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها..


Salam takziah buat sahabat saya @shuibsepahtu diatas pemergian bidadari syurganya @sitisarahraissuddin. Semoga Allah menempatkan Allahyarham dikalangan orang orang yang beriman dan pemergianya dicucuri Rahmat. Amin. Al Fatihah.


Shuib, Tabahnya Hatimu & Anak Anak| Ust Elyas Ismail

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

01 Jun 2021 : Al-fatihah (bacaan) Untukmu Sahabatku..

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...