Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 7 November 2021

Hidup Bahagia Dengan Semua Kaum Lain

 

Penulis : Robin Wong

Oleh kerana semua orang mula berkongsi cerita pengalaman rasis masing-masing, ini pula adalah pengalaman saya. Cerita agak panjang, jadi mungkin kalian boleh bancuh teh ais atau sediakan jajan sambil membaca.

Sebahagian besar tahu bahawa saya memilih untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Sebenarnya saya boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik. Saya memilih TIDAK bertutur dalam Bahasa Mandarin.

Semasa saya tiba di KL pada tahun 2008, saya secara sedar menolak belajar bahasa Kantonis, dan ini adalah keputusan saya sendiri, dan saya akan terus pertahankannya sepanjang hayat saya.

Ya, ini ada kaitannya dengan perkauman, saya rasa sudah tiba masanya saya mengatakan kebenaran saya, dan jika anda mengambil berat tentang saya sebagai rakan, ini adalah peluang anda untuk mengetahui mekanisma yang membuatkan saya terdetik.

Saya pergi ke sekolah rendah Cina di Kuching yang mempunyai aliran Melayu. Dua kelas diajar dalam Bahasa Cina sepenuhnya, dan satu kelas dalam Bahasa Melayu.

Ibu saya memilih untuk mendaftarkan saya ke aliran Melayu kerana dia bimbang saya tidak dapat menangani begitu banyak bahasa yang semakin meningkat dan dia melihat pentingnya Bahasa Melayu di Malaysia.

Berkatilah dia, dia seorang yang berwawasan dan masih kekal seperti itu. Ya ampun, kekejaman yang saya saksikan di sekolah Cina itu memberi kesan kepada saya seumur hidup.

Kelas aliran Melayu terdiri daripada sekitar 20-30% pelajar Melayu, sekitar 50% orang Cina (ya, kami mempunyai pelajar Cina dalam aliran Melayu di sebuah Sekolah Cina, saya adalah salah seorang dari mereka), dan kami juga mempunyai Anak Negeri Sarawak yang kaum lain, termasuk Iban dan Bidayuh.

Guru-guru dari kelas aliran Cina adalah raksasa dari dimensi neraka.

Mereka tanpa alasan yang baik masuk ke kelas kami (mereka tidak mengajar kelas kami, kami adalah aliran Melayu) sementara kami menunggu guru seterusnya tiba dan kemudian menjerit "KAMU SEMUA BODOH! KAMU SEMUA TAK GUNA BODOH!".

Saya ingat perkataan bodoh telah digunakan lebih dari 10 kali dalam jeritan itu.

Terdapat zon di sekolah itu. Pelajar aliran Melayu tidak dibenarkan berjalan ke zon aliran Cina. Pernah suatu ketika saya sakit perut, dan tandas terdekat dengan kelas saya pula penuh, jadi saya berlari ke zon Aliran Cina, yelah, kecemasan kan ... tidak sabar.

Seorang cikgu itu nampak saya, dan memberi amaran kepada saya dengan lembut agar tidak menyeberang ke zon mereka. Saya bernasib baik kerana hanya mendapat amaran. Rakan sekelas Melayu saya yang kebetulan berjalan secara tidak sengaja kena dua kali rotan.

Saya telah melihat bagaimana guru aliran Cina secara sistematik telah menyeksa, membuli, menganiaya kanak-kanak yang tidak bersalah secara lisan dan fizikal, hanya kerana mereka bukan orang Cina.

Saya sangat muda pada ketika itu. Saya tidak tahu apa-apa. Tetapi pengalaman ini berputar-putar dalam fikiran saya selama-lamanya. Ia adalah rasisme dan ternyata ianya berlaku.

Semasa saya berpindah ke sekolah Menengah St Thomas, saya terlepas dari rasa ngeri ini. Sekolah ini mempunyai minoriti Cina, dan majoriti pelajarnya terdiri daripada kaum bumiputera. Tidak ada yang boleh berbahasa Cina di sekolah ini, kami menggunakan bahasa Melayu, Inggeris dan Bahasa Sarawak secara bergantian.

Saya diajar bahasa Mandarin sejak muda, tetapi dengan cepat saya menyedari satu perkara. Sekiranya saya bercakap bahasa Mandarin, rakan-rakan Melayu / Bukan Cina saya tidak dapat memahami saya.

Ini adalah masalah dengan masyarakat Cina di Malaysia. Adakah anda sedar bahawa semangat anda untuk melindungi identiti dan tradisi anda telah menimbulkan isu dan masalah kepercayaan dari kaum lain?

Saya kagum dengan rakan Jepun saya di Universiti. Ok, kita keluar dari topik sedikit tetapi percayalah ini juga berkaitan.

Saya mempunyai 4 rakan pelajar pertukaran Jepun yang saya temui di Universiti, nama mereka adalah Shoko, Tomoko, Michiko dan Kensuke. Beberapa dari mereka ada dalam senarai rakan Facebook (FB) saya sekarang.

Mereka dengan sengaja memilih dan berjanji satu sama lain TIDAK untuk berbahasa Jepun sepanjang masa di Perth, Australia, bahkan kepada diri mereka sendiri, sehingga orang lain dapat memahami mereka dan mereka dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan.

Kembali ke kisah utama saya, saya minta maaf jika anda merasakan saya tidak bercakap bahasa Cina kepada anda adalah sebagai satu sikap yang sombong, tetapi saya tidak mengharapkan anda memahami pendirian saya.

Tetapi sebagai rakyat Malaysia, anda seharusnya dapat berbahasa Melayu yang mana ia lebih penting daripada berbahasa Cina.

Saya berjanji TIDAK PERNAH akan berbahasa Cina lagi, sebagai protes kepada semua kengerian yang telah saya saksikan ketika membesar, bersekolah di sekolah rendah Cina itu.

Sebilangan guru di sana lebih menakutkan daripada makhluk jahat dari filem seram.

Salah satu cara untuk MENGHENTIKAN perkauman di Malaysia? TUTUP SEMUA SEKOLAH CINA. Noktah.

Kita tidak memerlukan sekolah Cina. Untuk apa? Untuk meneruskan tradisi?

Bukankah kita sepatutnya merangkul kehidupan kita di sini di Malaysia dan mewujudkan Malaysia baru di mana kita hidup bahagia dengan SEMUA kaum lain, bergandingan tangan, dan tidak membiarkan bangsa atau bahasa memecah-belahkan kita?

Saya tidak menentang orang yang boleh berbahasa Cina, itu adalah pilihan anda. Sama seperti saya memilih untuk tidak boleh berbahasa Cina.

Tetapi, jika anda orang Malaysia, dan anda tidak boleh membina ayat Bahasa Melayu yang lancar, atau menulis surat dalam bahasa Melayu, kita tidak akan menjadi kawan baik.

Robin Wong merupakan seorang jurugambar, blogger, penulis dan content creator yang berpusat di Kuala Lumpur, Malaysia

#copypaste #istiqamah

https://www.facebook.com/groups/463352937849493/permalink/999232350928213/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...