Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 2 November 2021

Mee Bandung

ASAL USUL NAMA MEE BANDUNG DI MUAR (1959)

Diceritakan semula oleh Dato' Kamaruddin Abdullah (Atas permintaan)

#AnakJatiMuar 

Kalau kita ke Bandung, Indonesia, kita tidak akan jumpa mee bandung. Juadah ini hanya terdapat di bandar Muar. Tahukah anda macam mana mi ini dinamakan mee bandung?

Cerita ini sudah saya ceritakan dahulu, tetapi oleh kerana ada beberapa permintaan, biar saya ceritakan sekali lagi.

Pada tahun 1959, setelah negara kita merdeka, Tunku Abdul Rahman telah menganjurkan satu pesta budaya serumpun diantara Malaysia, Indonesia dan Singapura. Di bandar Muar, ia telah diadakan di panggung Cathay. 

Ketika itu saya baru berumur 10 tahun. Saya masih ingat ketika itu, Indonesia membawa artist mereka yang popular iaitu Bing Selamat, Sam Saimun, Titeik Puspa dan beberapa yang handal lagi. Setelah habis persembahan mereka, ketiga-tiga negara ini menyanyikan lagu popular negara mereka. Malaya menyanyikan lagu 'Rasa Sayang Hei', Indonesia menyanyikan lagu 'Ole Ole Bandung' dan Singapura menyanyikan lagu 'Gelang Si Paku Gelang'.

Setelah tamat persembahan, mereka semua mencari kedai untuk menjamu selera. Kebetulan, tidak jauh dari panggung Cathay, terdapat satu tempat yang bernama 'Kedai Siang Malam'. 

Di kawasan ini terdapat sebuah restoran yang menjual sejenis mi yang diminati orang ramai. Kedai ini terletak di Jalan Sisi dan tuan punya kedai bergelar Pak Ma'il Tenuk.

Walaupun ada yang sudah balik ke hotel masing masing, ada beberapa artist yang berasa lapar dan ingin menjamu selera. Mereka semua jalan kaki menunju ke kedai Pak Ma'il Tenuk. Sambil berjalan jalan, mereka menyanyikan lagu 'Rasa Sayang Hei, Ole Ole Bandung dan Gelang Si Paku Gelang'.

Setelah sampai, mereka semua order mee tersebut dan sambil menunggu mereka menyanyi ketiga-tiga lagu itu.

Apabila mee mereka sampai dan mula menjamu selera, seorang artist Indonesia cukup suka rasanya lalu dipanggilnya Pak Ma'il', dia bertanya, "Aduh Pak, enak sungguh mee ini. apa namanya mee ini Pak?" Pak Ma'il menjawab bawa mee ini tidak mempunyai nama khusus, hanya dipanggil mee kuah.

Artist itu mencadangkan dinamakan mee bandung oleh kerana apabila mee mereka sampai, mereka sedang menyanyi lagu 'Ole Ole Bandung'.

Semua ketawa dan bersetuju supaya mee kuah Pak Ma'il ini dinamakan 'Mee Bandung'. Mulai pada malam itulah tercipatnya nama Mee Bandung.

Jadi jika anda ke Muar, jangan lupa makan mee bandung dan sambil makan nanti, bolehlah nyanyi lagu 'Ole Ole Bandung' sebagai peringatan terciptanya nama mi ini. 🙂

Dato kamaruddin bin Abdullah adalah penulis buku "PAGES FROM MY PAST"

Menceritakan tentang kehidupan beliau di Daerah Muar era 50an dan 60an.

#SejarahMuar
#meebandungmuar


Posting sebelum ini : https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10221068970729531&id=1101123111

RESEPI MEE BANDUNG

  • Pes Mee Bandung (Pes ini boleh frozen kan, tahan lama)
  • Lada kering/Cili Boh 1 blender
  • Bawang putih (10 ulas)
  • Bawang besar (4 ke 5 biji)
  • 2 blender penuh udang geragau (rendam dulu)
  • Siap blender semua, tuang dalam periuk or kuali masak api kecil sampai air kering untuk dijadikan pes
  • Pes ini boleh buat pes untuk mee goreng

👉 Goreng kacang tanah & blender kering + biskut lemak untuk pekatkan kuah

Rebus daging untuk dapatkn air rebusan..ini yang buat sedap mee bandung itu..

Cara:

  • Tumis sambal tadi (2 sudu besar untuk seorang makan)
  • Masukkan air rebusan daging, agak-agak dalam 2 senduk besar (untuk seorang makan), pecahkan telur.
  • Dah mendidih masukkan kacang, udang, sotong rendam dan daging
  • Masukkan mee, masukkan sawi, tomato & perasakan

Akhirnya, Mee Bandung telah siap untuk dihidangkan..

Kredit Resepi : Yusreena Said Yusz https://buff.ly/3bkSOJm

fb://photo/345474747125140?set=a.125829175756366

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...