Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Thursday 3 March 2022

03 Mac 1924

Tragedi 3 Mac 1924 : Ulang tahun ke-97 runtuhnya Khilafah Uthmaniyah

Detik hitam 3 Mac 1924 KEJATUHAN KHILAFAH ISLAMIYYAH

Setelah hampir 14 abad tertegaknya pemerintahan Khilafah Islamiyyah yang bermula dengan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a., akhirnya tanggal 3 Mac 1924 atau 27 Rejab 1342H menyaksikan detik hitam kejatuhan khilafah ini apabila umat Islam menjadi lalai lalu diserang dan dipergunakan musuh.

Dunia Islam semakin tenat, masalah datang satu demi satu, apatah lagi dengan pelbagai penyakit dengan pihak penguasa yang semakin jauh berpaling daripada petunjuk Rabbani.

Manakala ummah di seluruh dunia antarabangsa termasuk di Tanah Melayu kelihatan seperti anak ayam yang kehilangan ibu, darah tumpah tanpa nilai dipelbagai belahan dunia.

Tarikh ini bukan untuk dijadikan igauan nostalgia, tapi ia suatu beban untuk umat ini lebih bekerja keras untuk mengembalikan matlamat utama Allah menciptakan kita, iaitu hamba yang tunduk kepada segala perintah-Nya dan khalifah di muka bumi.

Bumi ini hanya akan makmur apabila Islam menjadi rujukan alam, dan ia bermula dengan perkara paling asas iaitu; pembinaan iman dan peribadi setiap muslim serta masyarakat dan negara yang bertamaddun dengan pautan bimbingan Ilahi.

Bersama kita bangunkan negara yang ‘Kuat, Maju dan Berdaulat’.

Salam perjuangan sumber dari https://t.me/zainurrashid

https://www.facebook.com/155707591143880/posts/5084356668278923/

------------------------------------------------------------------------------------------

Ataturk, Solahuddin dan 27 REJAB.

Mustafa Kamal Ataturk (Bapa Turki Moden)

Tanggal 27 Rejab adalah peristiwa yang sangat bersejarah buat umat sejagat

Peristiwa Israk Mikraj yang agung terjadi pada tarikh 27 Rejab tahun ke-11/12 kenabian. Selain daripada hadiah kewajipan solat, juga isyarat pembebasan al Aqsa dan Baitul Maqdis.


Pembebasan Masjid al Aqsa dan Kota Baitul Maqdis di Palestin

Ada 2 lagi peristiwa penting lain yang terjadi pada tarikh 27 Rejab, iaitu pembukaan kembali Baitul Maqdis dari Tentera Salib Eropah.

Selama 88 tahun umat Islam berada di bawah Salib bersama penindasan yang berpanjangan.

Pembebasan ini dilakukan orang tentera Islam yang dipimpin Salahuddin al-Ayubi. Peristiwa pembebasan Baitul Maqdis terjadi pada 27 Rejab 583 H, bertepatan dengan 2 Oktober 1187M.

Salahuddin al Ayubi

Peristiwa 27 Rejab yang berikutnya adalah apabila berakhirnya Khilafah Othmaniah Turki yang hebat lebih dari 6 abad ke tangan Kamal Ataturk dan bertukar menjadi Republik sekuler Turki. 

Peristiwa tersebut terjadi pada 27 Rejab 1342 H atau 3 Mac 1924 M.

Salam Israk Mikraj, salam perjuangan 

Dari : https://t.me/zainurrashid 

https://www.facebook.com/155707591143880/posts/5075850565796200/

------------------------------------------------------------------------------------------


6 tahun setelah kemangkatan Sultan Abdul Hamid II, benteng terakhir umat Islam seluruh dunia dihancurkan

Hari ini menandakan ulang tahun ke-98 umat Islam hilang sebuah institusi yang memegang hegemoni dan kuasa politik dunia secara berpusat, iaitu sistem khalifah di mana ianya diruntuhkan sendiri oleh umat Islam itu sendiri yang dibiayai dan didokong oleh kuasa Barat,  elit-elit Yahudi serta persatuan-persatuan 'underground'. 

Hilangnya institusi tersebut menjadi permulaan kepada siri-siri cengkaman kuasa-kuasa Barat seperti British, Perancis, Amerika dan sebagainya yang semakin kuat terhadap umat Islam di seluruh dunia Islam termasuk di Turki itu sendiri. 

Hasilnya juga, Turki yang dahulunya itu pusat pemerintahan, peradaban dan keilmuan Islam menjadi wilayah yang teramat sekular dan liberal sehingga ke hari ini. 

Malah, Erdogan sendiri menghadapi kesukaran dari pelbagai sudut untuk merealisasikan visinya bagi mengembalikan kegemilangan Uthmaniyyah di zaman moden ini. Lihat juga bagaimana gerakan liberal di sana cukup kuat mencengkam. Sekali jatuh, sangat sukar nak bangkit kembali. 

Pastinya, hakikat ini bukan hasil usaha oleh pihak musuh selama setahun dua tetapi sejak sekian lama dan bergenerasi. 

Trend nya serupa sahaja di Malaysia; talibarut, brainwash umat Islam, tekanan antarabangsa, gerakan persatuan-persatuan liberal, manipulasi akhbar (media), melemahkan sistem perundangan syariah dan sebagainya. 

Kita sudah saksikan bagaimana gerakan melemahkan sistem perundangan syariah sedang berlaku dengan begitu dahsyat di negara kita. Saya percaya, kes-kes yang ada itu hanyalah alat untuk mencapai 'the bigger picture' itu. Tidakkah kita sedar?

Ini dilengkapi lagi dengan situasi yang serupa ketika zaman dahulu, iaitu kelonglaian para pemimpin Islam walaupun mereka yang memerintah negara. Lihatlah berapa kerat sahaja yang berani bersuara apatah lagi menggunakan kuasanya. 

Faktor kejatuhan Uthmaniyyah yang saya kira serupa dengan apa yang berlaku di Malaysia adalah krisis perebutan kuasa sesama sendiri sehingga alpa akan percaturan musuh. Masing-masing sibuk penuhkan tembolok sendiri. Serupa, memang serupa. 

Saya harap coretan saya kali ini dapat memberikan kesedaran atau sekurang-kurangnya membuat kita berfikir sejenak. 

Berbeza parti, berbeza persatuan memang tidak boleh dielakkan tetapi 'common understanding' sesama umat Islam itu penting supaya kita boleh saling melengkapi dan tidak tempang. 

'Common understanding' kita yang paling utama adalah mengenai soal AQIDAH. Wajib kita bersama. 

Aminuddin Yahaya

Pengerusi PEMBELA

3 Mac 2021

---

Ikuti saya di Telegram: t.me/AminuddinYahaya

https://www.facebook.com/100044602112010/posts/510294823800584/

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

25 JUN 1861 : Abdulmejid i, Sultan Empayar Turki Uthmaniyyah

Nota : Teks artikel ini disediakan di dalam Bahasa Inggeris. Untuk memudahkan pemahaman anda, sila gunakan Google Translate seperti yang telah disediakan di dalam blog ini. Anda boleh gunakan sistem terjemahan daripada Google ini sama ada dalam Bahasa Melayu ataupun lain-lain bahasa.

Bacaan selanjutnya di sini : https://normanhafizi.blogspot.com/2021/06/25-jun-1861.html

Menjejak Sejarah Melaka Di Turki

Bacaan sepenuhnya di sini : https://normanhafizi.blogspot.com/2021/06/menjejak-sejarah-melaka.html

Sejarah Vaksin dan Imunisasi Bermula Di Turki

Bacaan sepenuhnya di sini : 

https://normanhafizi.blogspot.com/2021/09/sejarah-vaksin-dan-imunisasi-bermula-di.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...