Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 20 March 2022

Bosnia Herzegovina : Sebuah Kemerdekan Pada Februari 1992


Bendera Rasmi Bosnia & Herzegovina

Bosnia telah mengisytiharkan kemerdekaan dirinya pada tahun 1992 setelah diadakan satu referendum rakyat. Referendum ini disokong oleh orang Bosnia yang kebanyakannya beragama Islam dan orang Kroasia yang beragama kristian. Namun begitu, suku Serb menentang keras pembentukan negara Bosnia kerana mereka mahu mewujudkan sebuah negara Serbia yang merangkumi bekas wilayah Yugoslavia. Oleh itu, mereka menyokong tindakan Radovan Karadzic yang mewujudkan republik Srpska.


Antara pemandangan yang menarik di Bosnia

Kemerdekaan Bosnia ini kemudiannya diakui oleh Amerika Syarikat dan juga negara-negara Eropah. Sokongan ini mungkin bertujuan untuk melemahkan pemerintah komunis yang bertapak di Yugoslavia sebelum ini.

Juga sebuah pemandangan yang menarik di sini

https://www.facebook.com/826558591063535/posts/1632370957148957/ 

--------------------------------------------------------------------

SEKILAS FAKTA - BAGAIMANA KERAJAAN MALAYSIA YAKINKAN PBB DALAM MENYELESAIKAN KONFLIK DI BOSNIA TAHUN 1991-1995  

Pada awalnya, Bosnia Herzegovina adalah negara yang bergantung dengan negara Serbia, Montenegro, Croatia, Slovenia dan Macedonia yang membentuk sebuah negara bernama Yugoslavia. Tapi, lepas kejatuhan Soviet, negara-negara ni mula berpecah dan cuba untuk berkerajaan sendiri. 

Selepas Bosnia umumkan bagi menubuhkan kerajaan sendiri, kerajaan Serbia telah membantah dan mengambil tindakan keras dengan membawa tentera dan lancarkan kempen ketenteraan untuk merampas wilayah Bosnia dengan melakukan pembersihan etnik terutamanya kaum Muslim disana.

Konflik ini memerlukan peranan OIC dalam menyelesaikan masalah di Bosnia. Malaysia masa tu juga amat kecewa dengan Amerika Syarikat dan Eropah yang tidak adil dalam membela nasib Bosnia.

Ketidakmampuan PBB untuk menghentikan pembunuhan terhadap Bosnia dan Croatia telah mendorong Malaysia untuk terus memberi tekanan kepada badan dunia. Dengan itu, Mahathir lantang bersuara mengkritik apa yang dianggap tidak adil terhadap Bosnia.

Malaysia memainkan peranan yang besar dalam membela masyarakat Bosnia daripada terus dibunuh oleh rejim Serbia.

Dengan itu, Mahathir Mohamad menggunakan pelbagai saluran diplomatik, seperti OIC bagi meraih sokongan untuk Bosnia dan untuk meyakinkan negara-negara Islam supaya menghantar tentera dibawah payung PBB.

Pada April 1993, Malaysia gesa negara-negara OIC untuk berkumpul di Karachi, Pakistan. Dalam persidangan itu, OIC bersetujuh yang Bosnia perlukan seperti senjata untuk menghentikan keganasan Serbia.

Malaysia pada masa itu telah melobi OIC supaya menyokong rancangan yang membolehkan tentera Malaysia di Bosnia dari jalankan operasi keamanan kepada operasi perang kalau perlu. Apa yang diharapkan adalah tekanan OIC ni yang akan buatkan PBB ambil tindakan konkrit untuk hentikan peperangan.

Pada masa tu juga, Malaysia berharap OIC akan bekerjasama dengan organisasi antarabangsa lain untuk memberikan bantuan yang berkesan kepada rakyat Bosnia-Herzegovina. Pada masa yang sama, Malaysia menegaskan dan mencadangkan agar negara-negara OIC perlu melanjutkan bantuan kemanusiaan kepada Bosnia Herzegovina.

Sejak tahun 1992-1995, dianggarkan 100,000 nyawa telah terkorban dengan menyaksikan 80% darinya adalah Muslim Bosnia.

Akhirnya, konflik dan pembersihan etnik di Bosnia tamat pada Disember 1995. Malaysia dengan OIC telah meminta PBB untuk tubuhkan tribunal khas untuk dakwa mereka yang bertanggungjawab dalam kekejaman Serbia terhadap Bosnia. Hal ini telah membuktikan yang OIC juga adalah penyumbang terhadap keamanan yang dikecapi Bosnia hari ini.

SUMBER : MILITARY OF MALAYSIA

https://www.facebook.com/groups/3484764741560478/permalink/4171343599569252/ (telah dipadam)

https://youtu.be/klgV87cKSsI (telah dipadamkan)

-------------------------------------------

Pautan artikel lain yang berkaitan di sini :-

21st March : The Bosnian Muslim Community (English)

https://normanhafizi.blogspot.com/2021/03/21-march-bosnian-muslim-community.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...